LONDON - Masa depan Roberto Mancini dikatakan semakin gelap sebaik
Manchester City tumpas 0-1 kepada Wigan Athletic pada final Piala FA di
Stadium Wembley awal pagi semalam.
Dalam perlawanan itu, tandukan pemain Wigan, Ben Watson pada masa kecederaan berjaya memisahkan kedua-dua pasukan.
Berikutan kekalahan itu, Mancini tiba- tiba naik angin dengan menuduh pihak pengurusan The Citizens tidak
mengambil sebarang langkah menamatkan spekulasi yang mengaitkan
jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini sebagai pengganti beliau di Etihad
selepas ini.
"Saya hairan mengapa pihak pengurusan tidak menghentikan spekulasi
ini. Saya tidak tahu sama ada cerita itu betul atau tidak, kita perlu
tunggu dua minggu lagi," kata Mancini.
Pada masa sama, Mancini juga menegaskan, prestasi The Citizens cukup baik musim ini biar pun gagal meraih sebarang piala.
"Saya telah melakukan tugas saya dengan baik biarpun kami tewas di
final. Dalam bola sepak, apa jua boleh berlaku. Jadi, kita tunggu
apabila musim ini berakhir sama ada saya kekal di sini ataupun tidak,"
katanya.
Untuk rekod, Mancini sebelum ini meng- gantikan Mark Hughes yang dipecat pada 2009.
Beliau juga mengakui, pernah mengada- kan perbincangan dengan
pengerusi kelab, Khaldoon Al Mubarak sebelum Hughes dipecat sebelum ini.
Terdahulu, Pellegrini mengakui bakal berhijrah gara-gara masalah kewangan yang dialami Malaga.
"Semua mahu kekal termasuk saya tetapi situasi semasa tidak mengizinkan kami untuk terus bersama Malaga," kata Pellegrini. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan