LONDON - Real Madrid bersedia untuk bersaing dengan Manchester City
dalam usaha mendapatkan khidmat bintang Malaga, Isco yang dianggarkan
bernilai £30 juta (RM137 juta).
The Citizens mahu perancang kelab Sepanyol itu mengikuti jejak
langkah jurulatih, Manuel Pellegrini yang bakal dilantik sebagai
pengurus baharu City pada musim panas ini.
Begitupun, hasrat kelab gergasi England itu sedikit terjejas apabila Real telah menyatakan minatnya terhadap Isco.
Pengarah Malaga, Francisco Aguilar berkata: "Real berminat untuk
menandatangani Isco tetapi belum ada persetujuan secara rasmi buat masa
ini.
"Ia merupakan satu penghargaan kepada Malaga yang mana pemain kelab
kami muncul sebagai salah seorang pemain yang menjadi rebutan kelab
ternama dunia.
"Sekiranya Isco meninggalkan Malaga dengan menyertai kelab lebih besar, ia akan memberikan kelebihan kepada kelab ini."
Kontrak semasa Isco bakal berakhir pada 2016 dan dia memiliki klausa pelepasan kontrak yang bernilai £30 juta (RM137 juta).
Tambah Aguilar: "Kepada mana-mana pasukan berhajat untuk mendapatkan
Isco, mereka harus membayar kos pelepasan klausa tersebut." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan