Selasa, 7 Mei 2013

Misi 'hidup mati'


LONDON - Chelsea akan mengesahkan slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan sekiranya berjaya menewaskan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge awal pagi esok.

Ketika ini, anak-anak buah Rafael Benitez menghuni tangga ketiga liga selepas mengumpul 68 mata, masingmasing satu dan dua mata di depan Arsenal (67) serta Tottenham (65).

Aksi menentang Spurs dilihat sebagai satu pertarungan yang sengit bagi perebutan tempat dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England musim ini.

Jaringan tunggal Juan Mata ketika menewaskan Manchester United 1-0 hujung minggu lalu sangat bernilai buat skuad The Blues dan kemenangan ke atas Tottenham awal pagi esok menjanjikan tempat buat Chelsea pada kempen Liga Juara-Juara musim depan.

Pertemuan dua kelab London tersebut umpama perlawanan 'hidup mati' bagi kedua-dua pasukan kerana mereka pasti mengharapkan kemenangan untuk menjamin slot ke pertandingan berprestij di Eropah itu.

"Kejayaan memungut tiga mata di Old Trafford merupakan sesuatu yang menakjubkan kerana ia melonjakkan kedudukan kami di tangga ketiga. 

"Jika menang ke atas Tottenham, kami sah akan ke sai- ngan Liga Juara-Juara.

"Minda kami tidak ada masa untuk berehat. Kami bermain pada Ahad, Rabu dan Sabtu. 

"Jadi, kami perlu fokus kepada setiap perlawanan dan kini kami perlu menumpukan perhatian terhadap perlawanan menentang Tottenham," kata Mata.

Sementara itu, Spurs juga ada misi tersendiri pada pertemuan itu nanti kerana mereka wajib menewaskan Chelsea untuk tersenarai dalam kelompok empat pasukan teratas.

Kejayaan ke atas Chelsea itu juga sangat bermakna buat Spurs kerana berjaya mengetepikan satu lagi seteru setempat mereka, Arse- nal.
Untuk rekod, Spurs tidak pernah menang di Stamford Bridge sejak Februari 1990.

Jurucakap Spurs mengumumkan bahawa trio pemain tengah, Scott Parker, Mousa Dembele dan Aaron Lennon sudah pulih daripada kecederaan dan akan diturunkan pada perlawanan di Stamford Bridge.
Chelsea pula berharap pemain tengah, Eden Hazard akan pulih daripada kecederaan betis selepas terlepas perlawanan menentang United di Old Trafford, Ahad lepas.

Benitez berkata, ketua pasukan, John Terry dan Fernando Torres akan diturunkan bagi perlawanan menentang Spurs dan kedua-dua pemain itu hanya memanaskan bangku pemain simpanan pada pertemuan menentang United. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan