LONDON - Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny cuba mencetuskan
kemarahan Tottenham Hotspur apabila mendakwa musuh utamanya itu belum
cukup bagus untuk berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana
England.
Bintang Poland itu menganggap skuad The Gunners memiliki kelebihan untuk mengatasi Spurs dan satu lagi pencabar terdekat dari London, Chelsea musim ini.
"Jika kami menang kesemua baki dua perlawanan selepas ini, ia sudah mencukupi buat Arsenal.
"Ini kerana Chelsea dan Spurs akan tercicir mata kerana mereka akan bertemu sesama sendiri awal pagi esok.
"Jika anda lihat jadual perlawa- nan Chelsea, ternyata ia tidak semudah yang dijangka.
"Mereka masih perlu 'melayani' Spurs dan Everton yang mana semua pihak mengetahui ia bukan satu perlawanan yang mudah.
"Bagi Spurs, mereka (tidak akan layak dalam kelompok empat teratas
liga) kerana mereka tidak memiliki kualiti itu," kata Szczesny.
Di sebalik kenyataan penjaga gawang No. 1 skuad The Gunners
itu, Arsenal tidak akan berjaya beraksi pada kempen Liga Juara- Juara
musim depan biarpun mereka berjaya memenangi baki dua perlawanan akhir
itu.
Situasi tersebut akan berlaku sekiranya Spurs berjaya memenangi baki tiga perlawanan terakhir dan skuad The Blues hanya memerlukan dua kemenangan sahaja biarpun mereka tewas kepada skuad Andre Villas-Boas itu.
"Pada mulanya saya yakin Spurs akan seri 0-0 dengan Southampthon, Sabtu lalu.
"Namun, mereka berjaya mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan
Southampton 1-0 tetapi ia tidak penting bagi saya," Szczesny - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan