|
SURI CRUISE telah mengeluarkan jenama fesyennya sendiri di usia tujuh
tahun. Anak kepada pelakon popular Tom Cruise dan Katie Holmes itu,
baru sahaja menandatangani kontrak untuk jenama fesyen yang menggunakan
namanya sendiri bernilai RM4.5 juta.
Sememangnya seorang yang mementingkan fesyen, Suri juga merupakan
anak selebriti paling bergaya di Hollywood. Dia akan melancarkan koleksi
pertama untuk kanak-kanak perempuan seusia dirinya pada musim luruh ini
di rangkaian pasar raya seluruh New York. Jika ia sukses, jenama
pakaian Suri itu akan dipasarkan di seluruh Amerika Utara pada tahun
depan.
Satu sumber memberitahu Contactmusic: "Walaupun usianya (Suri)
baru tujuh tahun tetapi minatnya terhadap fesyen sangat hebat. Dia
telah melalui tahun yang amat sukar dan menyesuaikan diri dengan satu
kehidupan baharu di New York, termasuk memulakan sesi persekolahan
biasa."
Jenama yang dikenali sebagai Suri itu merangkumi gaun, baju, jean, kasut dan juga aksesori.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan