BIRMINGHAM - Frank Lampard muncul penjaring terbanyak Chelsea selepas meledakkan dua gol ketika membantu skuad The Blues menewaskan Aston Villa 2-1 pada aksi Liga Perdana England malam tadi.
Pemain tengah antarabangsa England itu berjaya mengatasi rekod
penjaring terbanyak Chelsea, Bobby Tambling yang meledakkan 202 gol.
Kemenangan di Villa Park itu turut mencerahkan peluang anak-anak buah
Rafael Benitez untuk menamatkan siangan musim ini dalam kelompok empat
pasukan teratas, sekali gus melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara
musim depan.
Pada perlawanan tersebut, Christian Benteke meletakkan pasukan tuan
rumah di depan seawal minit ke-14 sebelum Chelsea dipaksa beraksi dengan
10 pemain apabila Ramires diarah keluar padang pada minit ke-45.
Bagaimanapun, Aston Villa ditimpa malang apabila Benteke pula
dilayangkan kad merah pada minit ke-58 dan situasi itu memberi peluang
kepada Lampard untuk menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Lampard menyumbat gol kedua peribadi dan gol kemenangan Chelsea pada minit ke-88 untuk merekodkan jaringan yang ke-203.
Bagaimanapun, kejayaan Lampard itu lebih mencari tumpuan kerana dia
merupakan seorang pemain tengah berbanding Tambling yang beraksi di
posisi serangan.
Untuk rekod, Lampard, 34, meledakkan gol pertama bersama Chelsea pada
2001 selepas menyertai kelab itu dari West Ham United pada tahun yang
sama.
"Orang ramai bercakap mengenai rekod itu dan sesuatu yang menarik
apabila saya berjaya memperbaharui terutamanya dalam satu perlawanan
yang penting.
"Namun, saya tidak mahu terlalu meraikannya kerana Tambling sering
sakit sejak akhir-akhir ini dan saya mahu menghormati pemain yang hebat
itu," kata Lampard. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan