BIRMINGHAM - Chelsea dilihat menanti penuh debar sama ada dua
tonggak, Eden Hazard dan John Terry akan cergas sepenuhnya menjelang
final Liga Europa berdepan Benfica di Amsterdam Arena awal pagi Khamis
ini.
Kedua-dua tonggak The Blues itu mengalami kecederaan teruk ketika mereka mengatasi Aston Villa 2-1 dalam aksi liga domestik di tempat lawan kelmarin.
Terry terpaksa diusung keluar selepas bertembung dengan Ron Vlaar
manakala nasib serupa juga menimpa Hazard selepas dikasari Eric Lichaj
pada masa kecederaan.
"Ia berita yang kurang baik dan kami terpaksa menunggu laporan
perubatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami Terry dan
Hazard.
"Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius di pergelangan kaki dan kami sedang memantau keadaan mereka," kata pengurus The Blues, Rafael Benitez.
Pada masa sama, Benitez turut memuji kecemerlangan Lampard yang meledak kedua- dua gol The Blues dalam perlawanan itu.
"Lampard pemain yang hebat, pencapaiannya benar-benar mengagumkan dan saya gembira dengan keadaan itu.
"Dia seorang pemain yang profesional dan saya yakin Lampard mampu
beraksi dengan baik dalam tempoh beberapa tahun lagi," kata Benitez.
Dalam pada itu, Benitez juga menyifatkan kejayaan The Blues menyambar slot kempen Liga Juara-Juara musim depan mampu menggembirakan peminat Chelsea.
"Kami telah meraih sasaran untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara.
Kini, kami akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menutup tirai musim
ini di tempat ketiga," katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan