|
EKORAN gosip yang diterbitkan oleh sebuah akhbar tempatan pada hujung
minggu lalu yang mendakwa pelakon muda Emma Maembong dan Uqasha Senrose
tidak bertegur sapa, kedua-dua pelakon itu tampil memberikan respons.
Emma turut menjawab dakwaan dia dikatakan dia merampas kekasih Uqasha.
Sementara itu, Uqasha turut tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Emma Maembong dan Uqasha Senrose yang dihubungi menerusi telefon baru-baru ini.
Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose
gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah
dakwaan itu?
EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami
berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami
akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk
jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja.
Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha?
Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali
dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan.
Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha,
saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi
dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha
putus cinta.
|
Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha?
Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta.
Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu?
Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian
darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula
keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami
adalah sepupu.
Bagaimanakah pula dengan kehidupan Emma sekarang?
Buat masa sekarang saya hanya fokuskan kerjaya saja, tidak mahu ambil
tahu soal cinta. Saya ingin berehat daripada memikirkan tentang
komitmen.
Apakah perkembangan terkini karier Emma pula?
Saya baru selesai penggambaran filem Werewolf dari Bangladesh arahan
Mamat Khalid dan akan membintangi beberapa buah drama. Selain itu, drama
13 episod saya berjudul Kampung Girl dan Tiga Nenek Tiga Dara masih
menantikan untuk disiarkan di televisyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan