BARCELONA - Pengurus Barcelona, Tito Vilanova mempertahankan
keputusan tidak menurunkan Lionel Messi ketika menyaksikan kelab itu
tewas 0-3 kepada Bayern Munich dalam saingan separuh akhir kedua Liga
Juara-Juara, semalam.
Kata Vilanova keputusan tersebut dibuat kerana Messi belum cukup cergas untuk aksi perlawanan separuh akhir itu.
Berikutan keputusan merehatkan Messi, Barcelona terpaksa membayar harga yang tinggi apabila tewas dengan kiraan agregat 7-0.
Keputusan itu juga adalah adalah yang paling dahsyat buat kelab gergasi Sepanyol tersebut musim ini.
Dalam pada itu, Vilanova turut menafikan Barcelona terlalu bergantung kepada Messi untuk meraih kemenangan.
Dia bermain di Bilbao pada Sabtu lalu kerana dia merasa amat baik,
namun selepas tamat perlawanan penyerang tersebut mula mengalami
kekejangan otot.
Pada semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) dia menjalani
latihan bersama kami, namun pemain tersebut masih lagi merasa kurang
selesa dan dia tidak dapat diturunkan bagi membantu pasukan.
Setiap tahun jika kami bermain tanpa Messi, kami berupaya memenangi
perlawanan dengan jumlah jaringan yang kecil namun pada tahun ini dalam
saingan liga kami telah menang perlawanan dengan keputusan 5-0 dan 3-0
tanpa penyerang tersebut.
Ketika anda mempunyai pemain yang hebat sebegini adalah normal jika dia menjadi tumpuan.
Jika Bayern beraksi tanpa (Franck) Ribery atau (Arjen)
Robben sudah tentu mereka tidak berupaya mencapai keputusansebegini," kata Vilanova.
Sementara itu, Vilanova turut mengakui kelebihan fizikal yang
dimiliki Bayern menjadi faktor utama kemenangan mereka pada dua saingan
separuh akhir Liga Juara-Juara.
Semua pasukan akan memperkukuhkan skuad mereka pada setiap musim
berbanding kami yang tidak melakukan banyak melakukan perubahan.
Bayern telah sampai di tahap sebegini kerana pemain mereka dan pemain kami ramai yang keluar.
Sungguhpun mempunyai pasukan yang hebat anda masih belum berupaya memenangi kesemua gelaran," kata Vilanova. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan