PELAKON, Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama ahli gusti,
The Rock semakin pulih selepas dikejarkan ke hospital akibat penyakit
hernia. Menurut laporan E! Online, Johnson dibawa ke hospital baru-baru
ini dan telah menjalani pembedahan pada Isnin minggu lalu.
Dia dilihat sudah beransur pulih apabila dia memuat naik gambarnya
menerusi laman sosial Twitter miliknya di hospital dengan memakai baju-T
biru berlambang Superman.
Walaupun keadaan kepalanya masih lagi berbalut, tetapi dia tetap
menunjukkan aksi seolah-olah sudah pulih sepenuhnya," kata sumber.
Selain memuat turun fotonya di twitter, dia turut memberi maklumat terkini mengenai perkembangannya kepada peminat.
Dia sering memberi maklumat terkini mengenai kadar kesihatannya menerusi twitter hari ini khusus buat peminatnya.
Malah, dia juga menyifatkan dirinya masih kuat ibarat watak kartun
hero popular Superman seperti gambar memakai baju-T yang dimuatkan
itu," jelasnya.
Namun, selepas pembedahan dijalankan, doktor telah berpesan kepada Johnson supaya berhenti mengangkat benda-benda berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan