LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menegaskan bahawa
beliau tidak bimbang mengenai masa depannya bersama Manchester City.
Pengendali kelahiran Itali itu berkata, beliau tidak memerlukan apa
jua simpati daripada pihak atasan skuad The Citizens untuk terus kekal
di Stadium Etihad.
Sebelum ini tercetus spekulasi yang mendakwa yang masa depan Mancini
sudah tidak selamat selepas Pengarah Sukan City, Txiki Begiri- stain
dilihat makan bersama ejen jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini.
Bagaimanapun Mancini mengakui, beliau sudah bosan untuk melayan
laporan tidak berasas itu selepas Pellegrini muncul sebagai individu
baharu yang dikaitkan dengan 'kerusi panas' tersebut.
"Saya berharap beliau (Pellegrini) menikmati hidangan yang lazat.
"Anda (wartawan) sepatutnya bertanyakan soalan ini kepada Begiristain, bukannya saya.
"Namun, ia bukan perkara penting buat saya. Sebelum ini, banyak pihak
yang mengaitkan jawatan saya dengan bekas jurulatih Barcelona, Pep
Guardiola, Carlo Ancelotti (Paris St. Germain), Brendan Rodgers
(Liverpool) dan terbaharu, Pellegrini.
"Jika ada seorang pengurus yang tidak memenangi tiga trofi dalam
tempoh dua tahun, anda berhak menulis laporan seperti itu," kata Mancini
yang masih mempunyai kontrak selama empat tahun bersama City.
Ditanya mengenai jaminan Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak terhadap
masa depannya, Mancini menambah: "Saya tidak perlu bertanyakan soalan
itu kepadanya.
"Kami tidak pernah berbincang mengenai isu ini, sebaliknya saya dan Mubarak memiliki hubungan yang sangat baik." - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan