LONDON - Pengurus sementara Chelsea, Rafael Benitez menolak untuk
mengulas lanjut berhubung spekulasi melibatkan Jose Mourinho yang
dikatakan memilih kembali ke Stamford Bridge hujung musim ini
menggantikan tempatnya.
Mourinho menguar-uarkan akan meninggalkan Real Madrid selepas tamat
kempen Liga Sepanyol musim ini selepas skuad bimbingannya tersingkir
dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.
Jurulatih warga Portugal itu yang pernah memenangi dua gelaran Liga
Perdana Inggeris, satu Piala FA dan dua Piala Liga ketika tiga tahun
bersama Chelsea itu sebelum ini memberitahu amat berminat berpindah
menyertai kelab di England terutamanya The Blues.
Dalam pada itu, Benitez yang mengakui bersedia untuk meninggalkan
Chelsea apabila tamat kontrak bersama kelab itu pada hujung musim ini,
enggan mengulas berhubung khabar angin mengenai Mourinho.
"Itu bukan urusan saya. Saya perlu fokus perlawanan menentang Basel.
Setiap orang mempunyai hala tuju sendiri dan hala tuju saya adalah untuk
kekal fokus pada perlawanan yang bakal dihadapi," kata Benitez. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan