PELAKON utama filem Bisikan Syaitan, Wan Sharmila ternyata lega apabila adegan panasnya bersama Fizz Fairuz dipotong.
Menurut Sharmila, dia tidak sanggup menanggung risiko dihimpit kontroversi sekiranya babak tersebut terlepas untuk tayangan.
Selepas dapat tahu pihak LPF (Lembaga Penapisan Filem) memotong babak tersebut saya memang sangat bersyukur.
Bukan untuk menampakkan saya ini seorang yang baik tetapi saya tidak
mahu berhadapan dengan pertanyaan serta tohmahan akibat babak tersebut.
Memang bila dapat tahu babak itu dipotong, perkataan pertama yang
keluar dari mulut saya, Tuhan masih sayangkan saya. Bukannya apa,
pasti akan ada kontroversi yang melanda selepas itu.
Sikit sebanyak adegan tersebut akan menjadi bualan orang, itu yang
saya tak mahu," katanya selepas tayangan perdana filem tersebut di Kuala
Lumpur Selasa lalu.
Filem Bisikan Syaitan yang turut dibintangi Nabila Huda dan Fizz
Fairus itu telah memulakan tayangannya di seluruh Malaysia pada Khamis
lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan