LONDON - Tottenham Hotspur berharap pemain
bintangnya, Gareth Bale akan terus mempamerkan kecemerlangannya
menjelang perlawanan penting menentang Southampton di White Hart Lane,
hari ini.
Pasukan kendalian Andre Villas-Boas kini berada di tangga kelima
dalam liga yang memperlihatkan mereka sekadar akan kembali ke Liga
Europa musim depan, namun masih mampu mengejar kedudukan Chelsea serta
Arsenal yang berada di tangga ketiga dan keempat.
Kemenangan ke atas Southampton mungkin memberikan kesan kepada
peluang mereka untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara dan Bale yang
akan berdepan kelab lamanya sudah pasti akan bersemangat selepas
dinamakan Pemain Pilihan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Bola Sepak dan
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional.
Kejayaan itu dianggap satu yang besar kepada pemain berusia 23 tahun yang menyertai Tottenham pada Mei 2007 dari Southampton.
Villas-Boas tahu Bale yang dianggap pemain kelas dunia dijangka meraih banyak perhatian kelab-kelab besar.
Namun, Villas-Boas menafikan Tottenham terdesak menjual Bale jika mereka gagal berada di kalangan empat pasukan teratas.
''Pemain yang berada di sini akan kekal tidak kira objektif kami untuk layak ke Liga Juara-Juara berjaya dicapai atau tidak.
''Ini adalah maklumat yang saya terima yang saya akan kongsi
sepanjang musim ini, kami faham semakin banyak anugerah dan penghargaan
diterima pemain serta perhatian pihak media, kelab pasti akan melepaskan
pemain terbaik yang mereka miliki," katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan