BEREGU Campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menepati ramalan
selaku pilihan pertama Kejohanan Badminton Grand Prix(GP) Emas Terbuka
Malaysia 2013 apabila mudah menundukkan pasangan dari China, Kai Lu-Luo
Yu 21-12, 21-19 pada aksi suku akhir semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, Peng
Soon-Liu Ying sekadar mengambil masa 31 minit untuk menyingkirkan
pasangan muda China yang baru pertama kali digandingkan beraksi pada
peringkat antarabangsa.
Menurut Peng Soon, gandingan Kai Lu-Luo Yu turut mempamerkan aksi
yang mantap meskipun perlawanan tersebut lebih memihak kepada mereka.
"Saya rasa pasangan China itu pun boleh tahan juga, walaupun baru
kali pertama digandingkan. Kombinasi mereka masih belum serasi dan belum
berada di tahap yang sepatutnya," jelas Peng Soon.
Pada aksi separuh akhir hari ini, Peng Soon-Liu Ying akan bertemu
pasangan dari Indonesia, Praveen Jordan-Vita Marissa yang turut mara
selepas menewaskan rakan senegaranya, Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle
Widjaja 21-17, 21-16.
Mengulas mengenai perlawanan hari ini, Peng Soon berkata, dia juga
tidak boleh memandang rendah terhadap lawan mereka di peringkat separuh
akhir itu walaupun perbezaan ranking antara mereka agak ketara.
"Walaupun ranking mereka rendah (ke-43) tetapi pasangan Indonesia ini
pernah menewaskan pemain-pemain yang lebih baik daripada mereka. Jadi
saya tidak boleh pandang rendah dan cuba untuk memberikan aksi yang
terbaik," katanya.
Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara, Tan Aik
Quan-Lai Pei Jing turut mara selepas menumpaskan gandingan Hong Kong,
Chan Yun Lung-Tse Ying Suet 25-27, 21-16, 21-18.
Aik Quan-Pei Jing akan bertemu pasangan Indonesia, Gideon Markus Fernaldi-Aprilsasi Putri Lejarsar Variella hari ini.
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei pula tersingkir selepas
tewas kepada Neo Vanessa-Yao Lei dari Singapura 21-13, 13-21, 21-19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan