SWANSEA - Mikel Arteta yakin Arsenal mampu menamatkan saingan dalam
kelompok empat pasukan teratas pada kempen Liga Perdana England musim
ini.
Pemain tengah Sepanyol itu berkata, kegagalan skuad The Gunners melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara menyuntik semangat para pemain untuk merealisasikan impian tersebut.
Skuad bimbingan Arsene Wenger itu menang 2-0 pada aksi kedua kalah
matu di Allianz Arena kelmarin, kali pertama Bayern Munich tewas kepada
kelab England di gelanggang sendiri sejak 20 tahun lalu.
Begitupun, Arsenal gagal melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan
terbaik pada pertandingan berprestij di Eropah itu berdasarkan peraturan
jaringan di tempat lawan selepas tewas 1-3 pada aksi pertama di Stadium
Emirates, 19 Februari lalu.
Kegagalan itu menyebabkan Arsenal kini terpaksa mengharungi tempoh lapan tahun tanpa gelaran.
Namun, Arteta yakin terdapat banyak aspek positif yang boleh diambil berdasarkan persembahan Arsenal sepanjang musim ini.
Bekas pemain Everton itu mendesak rakan-rakan sepasukan untuk
menampilkan persembahan terbaik ketika berkunjung ke Swansea malam ini.
Ketika ini, Arsenal menghuni tangga keenam liga selepas ketinggalan
lima mata di belakang pasukan di tangga keempat, Chelsea dan berdepan
cabaran yang sukar sekiranya mereka layak ke kempen Liga Juara-Juara
musim depan.
"Keputusan ini (menewaskan Bayern 2-0) memberikan kami keyakinan
tetapi kami perlu terus bekerja keras kerana kami tidak konsisten dan
itu adalah kelemahan kami.
"Pada Sabtu ini (malam ini), jika kami gagal menampilkan aksi
terbaik, kami akan berdepan sebuah pasukan yang sukar di Swansea. Bagi
kami, Liga Juara-Juara sangat penting buat kelab dan para penyokong.
Kami tidak boleh melepaskannya.
"Namun, anda tidak tahu apa yang akan berlaku dalam bola sepak. Kami
perlu fokus pada diri sendiri. Buat masa ini, ia tidak bergantung kepada
kami. Satu-satunya perkara yang perlu kami lakukan adalah memenangi
semua perlawanan," kata Arteta. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan