TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah menganggap kenyataan jurulatih Harimau
Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang mendakwa, lambakan pemain
import dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) menjadi punca negara
ketandusan penyerang sebagai tafsiran sendiri.
"Seingat saya, pemain tetap sama, sebelum pemain import datang pun, para pemain inilah yang dia guna.
"Soal kekurangan (penyerang) itu saya tidak berani kata betul atau tidak, sebab pemain tetap ada.
Namun baginda bertitah, hal tersebut seharusnya tidak dijadikan
alasan tetapi Rajagobal harus bijak menggunakan kepakaran dan kemahiran
pemain sedia ada untuk melakar kejayaan buat negara.
"Kalaupun ada yang mengatakan mutu bola sepak pada peringkat liga tidak begitu tinggi, itu pandangan dia.
"Isu kekurangan pemain itu saya rasa tidak timbul," titahnya kepada
pemberita selepas merasmikan Restoran Pandu-Lalu McDonald's di Pekan,
Pahang semalam.
Mengulas mengenai kritikan Rajagobal yang dilakukan secara terbuka
berkaitan hal itu pula, baginda menyerahkan kepada pihak sekretariat dan
Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk mengkajinya.
"Saya tidak tahu sejauh mana kritikan itu tetapi saya rasa, kalau
keluar daripada syarat-syarat ditetapkan, satu tindakan perlu diambil
dan kalau tidak, kita terima dengan positif," titahnya.
Semalam akhbar melaporkan, kritikan Rajagobal berhubung lambakan
pemain import dalam saingan Liga Malaysia sehingga menyebabkan
kekurangan penyerang tempatan yang berwibawa akan dibawa ke mesyuarat
badan induk FAM minggu depan bagi menilai sama ada kenyataan tersebut
melanggar Artikel 88 ataupun tidak.
Sementara itu, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah menyeru para pemain
Harimau Malaya supaya menjadikan kekalahan 1-4 kepada Arab Saudi pada
perlawanan persahabatan Ahad lalu sebagai satu pengajaran.
Baginda bertitah, selepas kekecewaan itu, mereka perlu bangkit dan
mempamerkan rentak permainan terbaik ketika bertemu Yemen bagi aksi
Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam,
Selangor malam esok.
"Insya-Allah, perlawanan kali ini lebih baik daripada yang sebelum
ini. Ia suatu pengajaran kepada mereka dan perlawanan menentang Yemen
mudah-mudahan lagi baik," titah baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan