Isnin, 25 Mac 2013

Mourinho nafi mahu ke Chelsea



MOURINHO mengaku akan kembali ke pangkuan kelab lamanya tetapi tidak semesti Chelsea kerana ada dua lagi kelab yang pernah dikemudinya sebelum ini iaitu Inter Milan dan Porto.


LONDON - Jose Mourinho menafi- kan spekulasi bakal kembali ke pangkuan kelab lamanya, Chelsea.
Ketika ini, jurulatih yang terkenal dengan gelaran 'The Special One' itu dilaporkan bersedia meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini dan dikaitkan bakal kembali ke pangkuan kelab lamanya.

Namun, Mourinho yang menjulang enam trofi sepanjang tiga musim bersama The Blues sebelum ini menafikan beliau bakal kembali ke Stamford Bridge.

"Semua orang tahu saya individu yang cukup gemarkan cabaran.
"Ia bukan satu keputusan mudah buat keluarga saya berpindah dari satu tempat ke satu tempat.
"Selepas pernah berada di England, Portugal, Itali dan Sepanyol, sudah tentu saya sukar mengenal pasti destinasi terbaharu selepas ini. Jadi, kita tunggu dan lihat," kata Mourinho.

Pada masa sama, Mourinho tidak menolak kemungkinan bakal kembali ke pangkuan kelab asalnya, namun bukan Chelsea.

"Mungkin saya akan kembali menjadi jurulatih kelab yang pernah saya kendalikan sebelum ini.
"Tidak mustahil saya membuat keputusan yang tidak dijangka semua pihak," katanya.
Sebelum ini, Mourinho dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama pemilik Chelsea, Roman Abra- movich bagi menggantikan Rafa Benitez.

Ketika ini, Paris Saint-Germain dilaporkan berminat mendapatkan sentuhan beliau manakala Inter Milan juga mahu Mourinho kembali mengendalikan pasukan itu bagi menggantikan Andrea Stramaccioni.
Selain Chelsea, Inter dan Real Madrid, Mourinho pernah mengendalikan kelab Portugal, Porto yang menjulang trofi kempen Liga Juara- Juara pada 2004. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan