Rabu, 20 Mac 2013

United jadikan De Gea lebih baik


David De Gea 
 
MADRID - Penjaga gol Sepanyol, David De Gea percaya perpindahannya dari Atletico Madrid ke England untuk menyertai kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United telah menjadikan dia seorang pemain bola sepak yang lebih baik.

"Ini adalah musim kedua saya di England dan ia telah mengubah diri saya kepada yang lebih baik," kata De Gea.

Pemain berusia 22 tahun itu yang sering tidak berada dalam kesebelasan utama Alex Ferguson sejak 2011, kini mempamerkan peningkatan positif sekali gus menjadikannya antara prospek penting United untuk cemerlang.

Malah prestasi baik De Gea bersama United juga telah membolehkannya dipanggil menyertai pasukan kebangsaannya untuk menjadi pengganti penjaga gol Barcelona, Victor Valdes.

Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque meletakkan De Gea dalam senarai pemain gantian selepas penjaga gol veteran Real Madrid, Iker Casillas tidak dapat beraksi berikutan mengalami kecederaan tangan.
"Saya rasa amat bagus dan pasukan juga menerima saya dengan tangan yang terbuka.

"Mereka juga adalah pemain yang amat hebat," kata De Gea.
Sementara itu, pemain tersebut juga memberitahu ada berhubung dengan rakan sepasukannya Patrice Evra yang akan beraksi untuk Perancis ketika menentang Sepanyol pada saingan Kumpulan I esok.

"Ya kami ada berhubung antara satu sama lain dan kami akan cuba untuk buat yang terbaik mewakili pasukan masing-masing selain cuba untuk menang," kata De Gea. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan