LONDON - Frank Lampard berkata, dia memahami
sebab Rio Ferdinand menarik diri daripada skuad England menentang San
Marino dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia, esok.
Lampard berkata, bekas rakan sepasukannya di West Ham United itu
kekal sebagai antara pertahanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.
Ferdinand menarik diri daripada skuad England Isnin lalu dan isu itu
menjadi topik hangat menjelang perlawanan di San Marino, di mana akhbar
England melabelkan keadaan ketika ini sebagai 'sandiwara' dan
'memalukan' buat jurulatih Roy Hodgson.
Pengerusi Liga Perdana Inggeris, Dave Richards menyertai perdebatan
dengan berkata, penarikan diri Ferdinand selepas beberapa hari pemain
itu berkata akan menyertai skuad, membawa keadaan mengaibkan.
Lampard berkata, dia menghormati keputusan Ferdinand.
"Saya simpati kepadanya dan juga pasukan. Dia berada pada prestasi
yang baik, jadi memang rugi apabila kehilangan pemain sepertinya.
"Saya bersimpati dengannya tetapi perkara utama sekarang adalah kami mahu mendapatkan keputusan yang bagus.
"Tidak ada isu peribadi, perkara utama sekarang ialah mengenai
keputusan perlawanan, apabila anda berusia 30 tahun, anda harus
mengekalkan kelainan anda.
"Rio mengalami beberapa kecederaan pada awal kariernya dan dia terus
berada pada tahap tertinggi kariernya," kata Lampard dalam sidang akhbar
semalam.
Dengan John Terry tidak lagi tersenarai, penarikan diri Ferdinand,
menyebabkan England kekurangan pemain berpengalaman pada pertahanan
tengah.
England, yang kini menduduki tempat kedua dalam Kumpulan H akan berdepan pendahulu kumpulan, Montenegro seminggu lagi. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan