Sabtu, 9 Mac 2013

QPR rugi 23 juta pound



LONDON - Pelaburan besar yang dilakukan Queens Park Rangers (QPR) dalam usaha kekal di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membuatkan mereka kerugian kira-kira 22.6 juta pound (RM105.72 juta) pada saingan musim 2011-12.

Pada musim pertama QPR dalam saingan liga, perbelanjaan gaji naik daripada 29.74 juta pound (RM140 jtua) kepada 58.46 juta pound (RM273 juta. 

Kos pembelian pemain pula meningkat 25 juta pound (RM116.94 juta). 

Itu perkiraan perbelanjaan yang tidak termasuk semasa mereka membeli pemain secara besar-besaran pada Januari lalu. Antara yang dibawa masuk adalah Christopher Samba dengan harga 12.5 juta pound (RM58.47 juta). 


Pengerusi QPR, Tony Fernandes dan pemegang saham yang lain membeli kelab berkenaan dengan harga 38.7 juta pound (RM182 juta), tahun lalu dengan jumlah hutang yang ditinggalkan adalah 88.9 juta pound (RM415.85 juta).

Sekiranya peraturan kewangan fairplay diperkenalkan, Fernandes dan rakan-rakannya perlu memastikan jaminan kewangan selama tiga tahun bagi memastikan kelab itu terus bertahan.
Fernandes perlu membuktikan mereka mampu menampung defisit kelab dari tahun 2016-17 hingga musim seterusnya.

Arahan baharu bakal dikeluarkan musim depan, di mana sesebuah kelab yang membelanjakan 15 juta pound (RM70.17 juta) dalam satu musim perlu menyediakan bukti bahawa mereka memiliki dana yang cukup bagi tiga tahun mendatang.

QPR bukan satu-satunya kelab yang bermasalah, Liverpool (40.5 juta pound), West Ham (25.5 juta pound) dan Aston Villa (17.7 juta pound) mengalami kerugian bagi musim 2011-12. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan