MANCHESTER - Manchester City tidak akan cuba untuk mendapatkan Wayne Rooney (gambar) musim panas ini.
Masa depan Rooney bersama Manchester United diragui setelah kelab itu
bersedia menerima tawaran 25 juta pound (RM117 juta) untuk penyerang
tersebut.
Kelab kaya-raya, City merupakan satu-satunya pasukan di dunia yang mampu membeli penyerang England itu.
Akhbar Britain, The Sun mendedahkan, sasaran juara Liga
Perdana Inggeris itu adalah bintang Napoli, Edinson Cavani dan
penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao.
Pengurus City, Roberto Mancini mengakui dia adalah peminat Rooney
tetapi di bawah struktur baru kelab, warga Itali itu perlu meyakinkan
pengarah bola sepak, Txiki Begiristain dan ketua eksekutif, Ferran
Soriano jika mahu membawa masuk pemain tersebut.
Dan dipercayai, Begiristain menganggap pemain berusia 27 tahun itu tidak memenuhi kriteria mereka.
Walaupun pada awalnya menunjukkan minat, namun City berasakan mereka
hanya diperguna untuk memenuhi tuntutan Rooney yang gagal disempurnakan
oleh Red Devils. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan