PETALING JAYA - Pemain tengah Johor Darul Takzim, Safiq Rahim semalam menafikan kononnya berlaku pergaduhan antara pemain dalam bilik persalinan Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Safiq mengakui terkejut dengan laporan media, kelmarin yang turut
mengaitkan namanya dalam dakwaan itu selepas pasukan Johor tewas 1-4
kepada Selangor dalam aksi Liga Super.
Memang seluruh pasukan berasa kecewa selepas kami tewas besar dalam
perlawanan tersebut tetapi saya nafi dan tidak mahu selindung apa-apa
tentang apa yang berlaku," katanya ketika ditemui media selepas sesi
latihan pertama pasukan kebangsaan di sini, semalam.
Malaysia akan menentang Arab Saudi dalam aksi persahabatan pada 17
Mac ini sebelum melayan Yemen dalam kelayakan Piala Asia 2015 pada 22
Mac dan perlawanan amal dengan Palestin, empat hari kemudian.
Apa yang berlaku adalah di antara kita-kita (pemain) sahaja,
apabila prestasi tidak bagus sudah pasti semua akan berasa kecewa
termasuk saya. Bagaimanapun semua pemain tetap bersatu walaupun menang
atau kalah, kami sentiasa bersama-sama mengharunginya, ujarnya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan bilik persalinan pasukan
tersebut kecoh ketika wartawan sedang menemuramah jurulatih kedua-dua
pasukan sebaik tamat perlawanan.
Jeritan Safiq kedengaran dari luar bilik persalinan ketika
jurulatih mereka, Fandi Ahmad meluru masuk ke dalam bilik persalinan
selepas dipanggil oleh seorang pegawai.
Bekas pemain Selangor dan ketua pasukan kebangsaan itu berkata,
hubungan seluruh pasukan sentiasa kukuh dan menolak dakwaan berlaku
situasi berpuak-puak antara pemain berstatus bintang dengan pemain lain.
Kami semua setaraf, tidak ada layanan istimewa baik pemain bintang
atau pemain lain, semuanya mendapat perhatian yang sama rata. Kalah atau
menang kami tetap bersama dan terus fokus dalam pasukan ini.
Kerjasama perlu antara satu sama lain untuk memperbaiki segala
kelemahan, terutama menjelang baki perlawanan pada masa akan datang,"
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan