PARIS - Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema mahu menamatkan kemarau jaringan apabila membantu Les Bleus menghadapi Georgia dan Sepanyol dalam kelayakan Piala Dunia 2014.
Pemain yang bersama Real Madrid itu hanya menjaringkan 15 gol dalam
55 penampilan dan belum menjaringkan sebarang gol sejak Jun tahun lalu.
Dalam temu bual dengan radio Monte Conte, Benzema berkata: "Saya
telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak mampu melakukannya sendirian
dengan menggelecek lapan pemain pertahanan apabila mendapat bola.
"Orang lebih banyak bercakap mengenai jumlah jaringan yang saya lakukan sejak bersama The Bleus.
"Sedangkan saya telah banyak mencipta peluang kepada gerakan-gerakan
jaringan tetapi ia tidak memberikan sebarang makna kepada para
penyokong.
"Peminat berkata saya tidak menjaringkan sebarang gol tetapi saya
membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran-hantaran menarik,
namun itu mungkin tidak penting.
"Kami akan melalui dua perlawanan penting dan saya rasa cukup bersemangat kerana saya akan membantu Perancis.
"Kami mempunyai pasukan yang baik tetapi belum mencukupi kerana
walaupun kami menang, kami sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak
gol," kata pemain berusia 25 tahun itu. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan