WALAUPUN hasrat untuk bergelar juara pada Kejohanan Hoki Piala Sultan
Azlan Shah (PSAS) edisi ke-22 tidak kesampaian, namun skuad hoki negara
telah mempamerkan kebangkitan yang luar biasa.
Penolong ketua jurulatih negara, Arul Selvaraj berkata, secara
keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan prestasi yang
dipersembahkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan jemputan tertua di
dunia itu.
“Walaupun sedikit kecewa kerana gagal menjulang trofi kejuaraan,
namun saya gembira dan tidak menduga prestasi pemain-pemain negara kini
berada pada satu tahap yang sungguh membanggakan.
“Bercakap mengenai perlawanan akhir kelmarin, saya sangat terkejut
melihat perubahan karakter pemain negara yang berjaya menyaingi
kepantasan pasukan No. 2 dunia serta juara tujuh kali PSAS, Australia,”
katanya.
Menurut Selvaraj, sejak daripada awal kejohanan ini lagi, beliau
telah menjelaskan bahawa pasukan ini masih dalam proses pembelajaran
serta masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
Katanya, dengan melangkah sejauh ini serta melihat kepada prestasi
terpuji oleh semua pemain, tidak mustahil dalam sedikit masa lagi
pasukan negara mampu menggegar pasukan- pasukan elit dunia lain.
“Selepas perlawanan semalam (kelmarin), saya memberi ingatan kepada
semua pemain bahawa mereka sekarang sudah berada pada satu tahap lebih
tinggi berbanding sebelum kejohanan ini bermula.
“Oleh itu, mereka diingatkan agar sentiasa mengekalkan prestasi
tersebut pada perlawanan peringkat antarabangsa dan juga peringkat
kelab,” kata Selvaraj ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ini merupakan percubaan keempat negara untuk muncul juara kejohanan
tersebut selepas tiga kali kecundang dalam perlawanan akhir sebelum ini
iaitu pada tahun 1985 dan 2009 (India) manakala pada 2007, mereka juga
tewas kepada Australia.
Tempat ketiga kejohanan kali ini diraih Korea Selatan selepas
menewaskan juara edisi lalu, New Zealand 2-1 manakala India di tempat
kelima selepas menewaskan Pakistan 4-2.
Sementara itu, pemain negara, Mohd. Razie Abdul Rahim dipilih sebagai
Pemain Terbaik kejohanan manakala Pemain Terbaik perlawanan akhir
dimenangi pemain Australia, Trent Mitton.
Penyerang negara, Faizal Saari dan Rupinder Pal Singh dari India pula
berkongsi anugerah Kasut Emas manakala penjaga gol negara, S. Kumar
pula memenangi gelaran Penjaga Gol Terbaik.
Anugerah Fairplay diberi kepada Korea Selatan.
agen resmi terpercaya indonesia
BalasPadamBonus 10% Deposit Pertama / Cashback 5% - 10%
Minimal Deposit IDR 50.000,- Raih Kemenangan Anda Sekarang Juga 100% Tanpa Bot
Untuk Info, Bisa Hubungi Customer Service Kami ( SIAP MELAYANI 24 JAM ) :
Telegram : +62812-2222-995 / https://t.me/bolavita
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita