Kelana
Jaya: Selepas mencetuskan kontroversi apabila gagal melapor diri ke kem
latihan skuad kebangsaan 11 Julai lalu, nama Badhri Radzi langsung
tidak tersenarai dalam senarai 24 pelatih skuad kebangsaan untuk
perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China di Tianjin, Selasa
depan.
Malah, jurulatih skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal tidak
menyenaraikan kapten Kelantan yang lebih mesra dengan panggilan Piya itu
dalam kalangan 14 pemain dalam senarai menunggu.
Ketika diajukan persoalan mengapa Piya tidak dipanggil dan berada dalam senarai menunggu, Rajagobal mengakui betapa Badhri memang tiada dalam perancangannya untuk perlawanan persahabatan itu.
Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan