Berita Harian
London: Hanya seminggu memasuki musim baru, Liga Perdana Inggeris
akan menyaksikan ‘pertembungan besar’ apabila Chelsea berdepan juara,
Manchester United, Isnin ini.
United memulakan misi mempertahankan gelaran dengan kejayaan besar 4-1 di Swansea City minggu lalu, tetapi kunjungan Chelsea bakal memulakan ujian empat perlawanan berturutan termasuk menentang Liverpool dan Manchester City.

Pengurus baru United, David Moyes (gambar) tidak boleh terlalu tegas
di awal musim dan mengerti anak didiknya berdepan lawan yang menerajui
takhta liga ketika ini.
Chelsea dahului liga
Chelsea menang 2-0 menewaskan Hull City sekembalinya Jose Mourinho daripada Stamford Bridge minggu lalu sebelum mengutip tiga mata lagi menewaskan Aston Villa 2-1 di tempat sendiri, Rabu lalu.
“Dalam permulaan Mourinho di Chelsea, mereka sudah tentu bermula dengan permulaan yang baik dan kami tidak berjaya mengejar mereka,” kata Ryan Giggs.
“Anda selalu mahukan permulaan yang baik. Jelas sekali kami melalui permulaan yang sukar tetapi kami bermula baik dengan menang di Swansea pada Sabtu lalu dan berharap akan meneruskannya.”
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan