Sabtu, 17 Ogos 2013

Luis Suarez akhirnya kembali ke Anfield


Luis Suarez (kiri) menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Stoke City di Anfield, semalam. - REUTERS 
 
LONDON - Pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal, Luis Suarez akhirnya kembali ke Anfield semalam sambil memberikan 'tabik hormat' kepada penyokong sebelum menyaksikan Liverpool menentang Stoke City dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris.

Pemain Uruguay itu yang diarah menjalani latihan bersendirian selepas mengisytiharkan mahu meninggalkan kelab, namun kembali menyertai latihan pasukannya selepas meminta dia maaf kepada Reds.

Suarez tiba di Anfield sebelum sepak mula dan menerima tepukan gemuruh daripada penyokong di dalam stadium sebelum meninggalkan padang sambil mendukung anak perempuannya, Delfina.

Suarez digantung enam perlawanan pertama musim baharu Liga Perdana kerana menggigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic dalam perlawanan di Anfield April lalu. Pengurus Brendan Rodgers berkata, dia tidak akan membincangkan mengenai nasib Suarez sehinggalah pemain itu tamat tempoh penggantungan. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan