|
“SIAPA Peter (James) Butler? Setakat yang saya kenal, beliau suka
mencetuskan masalah dan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehan
beliau.”
Demikian tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri
Zolkples Embong ketika mengulas mengenai kenyataan bekas jurulatih
Kelantan, Terengganu dan T-Team itu yang mempertikai pelantikan Lim
Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara
baru-baru ini.
“New Director or Youth Development! Don’t know him, however give him a
chance - obviously cheap option but what do you expect here #belucky.”
Itu antara kata-kata Butler yang mempertikai pelantikan Teong Kim dalam
laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini,
“Segalanya sudah jelas. Pemilihan Teong Kim dilakukan menerusi proses
terperinci, malah melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy
Jamaluddin.
“Pandangan saya terhadap Butler sangat mudah. Seandainya dia seorang
yang bagus, sudah pasti dia berada dalam senarai yang harus
dipertimbangkan.
“Sebaliknya nama beliau tidak pernah disebut sebagai calon layak
melatih mana-mana program di bawah kendalian MSN,” kata Zolkples di
Bukit Jalil semalam.
Dengan beberapa kontroversi yang dicetuskan Butler sebelum ini,
Zolkples menganggap pengendali kelahiran Halifax, England itu sebagai
pencetus masalah (trouble maker).
“Tengok saja sejarah dia yang bukan saja di sini tetapi di negara
luar seperti Thailand dan Indonesia yang dikhabarkan penuh dengan
masalah.
“Ada saja kontroversi yang tercetus setiap kali beliau mengendalikan pasukan atau kelab bola sepak.
“Jangan lupa juga bagaimana dia memporak-perandakan dan menghentam pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).
“Tapi kalau dah syok sendiri, kita pun tak boleh buat apa,” katanya.
Zolkples turut memberi amaran jika Butler terus mengeluarkan
kenyataan-kenyataan mencemarkan imej negara, jurulatih berusia 47 tahun
itu akan berdepan tindakan undang-undang.
“Pihak berwajib harus lihat adakah perlu beliau terus berada di negara kita,” katanya.
Kosmo! sebelum ini pernah melaporkan kenyataan Butler menerusi laman
Twitter miliknya sehingga mencetuskan kemarahan Presiden PBSNT, Datuk
Che Mat Jusoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan