London: Bintang sensasi Manchester United, Wayne Rooney dijangka terus kekal menyarung jersi skuad The Red Devils selepas enggan mengemukakan permohonan rasmi untuk berpindah.

Menurut laporan, Rooney sudah membuat keputusan memilih untuk kekal di Old Trafford sekali gus menamatkan spekulasi yang bertiup kencang sepanjang musim panas ini berhubung masa depannya dengan United.
Sebelum ini, Chelsea sudah mengemukakan dua tawaran kepada penyerang England berusia 27 tahun itu ke Stamford Bridge tetapi ditolak United dan pencabar itu dijangka kembali dengan tawaran ketiga.


Bukan untuk jual

Rooney kembali berada dalam kesebelasan utama United ketika seri 0-0 menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris tempoh hari - penampilan pertamanya dalam kesebelasan utama bersama skuad The Red Pengurus United, David Moyes menegaskan Rooney bukan untuk dijual malah penyokong pasukan tetap memberi tepukan serta sokongan kepada pemain berkenaan sekalipun sedar dia mungkin meninggalkan kelab itu.

Selepas tamat perlawanan, Mourinho berkata: “Kami akan menandatangani kontrak dengan pemain lain jika dia tidak menyertai kami. Saya mahu mencari pemain lain. Berapa lama kami boleh tunggu? Dalam tempoh 24 atau 48 jam.

“Kami tidak bodoh mencuba sesuatu yang orang lain tidak mulakan. Jadi, saya fikir ini adalah masa yang terbaik untuk menamatkan cerita demi kebaikan semua orang,” kata Mourinho.