LONDON - Bekas presiden Real Madrid, Ramon Calderon percaya usaha
kelab itu untuk membeli pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale bertujuan
untuk menggantikan Cristiano Ronaldo.
Madrid membuat bidaan rekod dunia 85 juta pound (RM418 juta) untuk
Bale, yang menyatakan hasrat untuk berpindah dan Calderon mendakwa
penggantinya, Florentino Perez mahu membuat persediaan dengan
mendapatkan Bale, bimbang jika mereka kehilangan Ronaldo.
Ronaldo sudah lama dikaitkan dengan perpindahan semula ke bekas
kelabnya Manchester United dan ada laporan bahawa tuntutan gaji baharu
oleh pemain itu sukar untuk dipenuhi oleh Real.
Perez pernah mengisytiharkan Ronaldo akan kekal di Bernabeu sehingga
pemain itu bersara namun penyerang mereka menafikan dia telah
menandatangani kontrak baharu pada awal musim panas ini.
Calderon berkata, ketibaan Bale akan melegakan penyokong jika mereka Ronaldo memilih tidak mahu kekal di Madrid.
Saya tahu Ronaldo tidak gembira dengan sikap dan tindak tanduk
presiden kelab. Dia menuntut gaji baharu 20 juta Euro (RM86 juta)
setahun yang sukar diterima oleh Real.
Saya rasa presiden kelab mahu membuat persediaan sebaik mungkin
jika Cristiano tidak mahu menandatangani kontrak baharu. Itu andaian
saya.
Presiden bimbang pada suatu ketika Cristiano mungkin akan berkata saya tidak mahu terus berada di kelab ini.
Ia pastinya berita buruk buat Madrid. Saya memang mahu melihat dia
bersara di Real namun sekarang keadaannya sukar. Sama-sama kita tengok
minggu depan atau bulan depan sama ada masalah ini boleh diselesaikan
dan dia mungkin kekal," kata Calderon.
Bale memberitahu bos Spurs, Andre Villas Boas bahawa dia mahu
menyertai Carlo Ancelotti di Real Madrid pada hari pertama dia kembali
memulakan latihan selepas bidaan sensasi Real.
Pengarah Sukan Real, Zinedine Zidane berkata, Bale sepatutnya
dibenarkan merealisasikan impiannya untuk berpindah ke Sepanyol sambil
menambah dia mungkin boleh menjadi pemain terbaik dunia di Bernabeu.
Kata Zidane: Jika dia melahirkan hasrat untuk menyertai Madrid,
Tottenham harus memberikan kebenaran kepadanya untuk berbincang dengan
kami." - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan