|
KETIKA umat Islam di Malaysia masih sibuk meraikan Hari Raya
Aidilfitri, dunia hiburan tempatan pula terus hangat dengan
cerita-cerita sensasi.
Terbaharu, seorang pelakon lelaki yang digosipkan gemar bercinta
dengan wanita yang lebih berusia. Dia yang sudah punya kekasih kini
dikaitkan pula sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang aktres
terkenal yang juga model jelita.
Kononnya jalinan percintaan mereka tercetus selepas kali pertama bergandingan dalam sebuah produksi lakonan.
Meskipun gosip itu tidak mendedahkan nama kedua-dua pelakon
berkenaan, ramai yang menuding kepada Zul Ariffin, 27, dan Nasha Aziz,
42, sebagai orang yang dimaksudkan oleh penulis gosip berkenaan.
Sementelah mereka kali pertama digandingkan dalam telemovie raya
berjudul Kasih Bersulam Daun Palas yang ditayangkan baru-baru ini.
Bagaimanapun, timbul persoalan memandangkan Zul diketahui umum kini
sedang bercinta dengan penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd, Gayatri Su-Lin
Pillai, 30-an.
Kosmo! segera menghubungi Zul untuk mendapatkan penjelasan sebenar.
Kosmo!: Baru-baru ini ada gosip yang mendedahkan tentang seorang
pelakon muda yang sudah mempunyai kekasih yang berusia telah menjalinkan
hubungan cinta dengan pelakon wanita di lokasi penggambaran. Impaknya
ramai yang membuat tanggapan bahawa anda merupakan pelakon yang
dimaksudkan itu. Boleh jelaskan mengenai gosip itu?
ZUL ARIFFIN: Saya minta maaf kerana tidak membaca gosip berkenaan
memandangkan saya sibuk beraya dengan ahli keluarga di Taiping, Perak
dan baru sahaja tiba di Kuala Lumpur. Jadi, saya memang tidak tahu
langsung mengenainya.
Gambaran yang ditulis oleh penulis gosip berkenaan seolah-olah ia
merujuk kepada anda manakala pasangan gosip yang dimaksudkan ialah Nasha
Aziz. Adakah benar anda dan Nasha sedang menjalinkan hubungan cinta?
Saya dan Nasha menjalinkan hubungan cinta (ketawa)? Saya akui kami
berdua digandingkan buat kali pertama dalam sebuah telemovie berjudul
Kasih Bersulam Daun Palas.
Memanglah kami telah menjalinkan hubungan cinta, tetapi itu semua
terjadi dalam telemovie yang kami lakonkan. Di luar lakonan, tak ada
hubungan istimewa antara kami.
|
Namun khabarnya anda dan Nasha begitu mesra di lokasi penggambaran telemovie tersebut. Apa komen anda?
Mengenai kemesraan itu, ia timbul disebabkan kami pelakon utama dalam
telemovie berkenaan. Jadi, tidak salah kalau saya hendak bermesra
dengannya bagi mencari keserasian, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang
lebih serius.
Penggambaran itu dibuat pada bulan puasa, jadi sudah tentu akan ada
sedikit tekanan. Untuk menghilangkannya, saya wujudkan suasana ceria
seperti mengusik Nasha serta pelakon dan kru produksi yang lain.
Jadi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa semua gosip ini timbul
akibat salah faham beberapa pihak terhadap kelakuan saya sepanjang
seminggu penggambaran tersebut.
Apa pandangan anda apabila kali pertama digandingkan dengan Nasha?
Secara jujurnya saya begitu menghormatinya sebagai artis yang lebih
senior dan sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan. Selain itu,
saya melihatnya sebagai seorang pelakon yang cukup profesional dan
berbangga dapat bergandingan dengannya.
Bagaimana pula status hubungan anda dengan Gayatri sekarang? Sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga?
Setakat ini hubungan kami masih seperti biasa, malah dia ada datang
beraya ke kampung saya di Perak baru-baru ini. Tidak dinafikan memang
ada saudara-mara yang bertanyakan tentang perkahwinan, namun kami belum
memikirkannya lagi.
Boleh ceritakan sedikit tentang sambutan Aidilfitri anda tahun ini?
Rasanya tidak ada sebarang perbezaan yang besar berbanding
tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu, berlaku satu kejadian apabila saya
telah pitam semasa hari raya keempat sehingga terpaksa dibawa ke
hospital.
Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan saya tidak
mengalami sebarang masalah kesihatan yang serius. Saya rasa perkara itu
terjadi akibat memakan yang diambil memandangkan saya mempunyai sejaran
penyakit darah tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan