Isnin, 11 Mac 2013

Anak Will Smith bercinta


Jaden Smith 
 
Anak kepada Will Smith, Jaden Smith nampaknya sudah mula mengorak langkah ke alam dewasa apabila dikhabarkan sedang bercinta dengan adik Kim Kadarshian.

Menurut laporan US Magazine, pelakon yang sedang meniti anak tangga dalam kerjayanya, Jaden dilihat begitu akrab dengan Kylie Jenner yang juga adik tiri kepada Kim Kadarshian.

"Pasangan ini dilihat sedang menikmati makan tengah hari bersama-sama dengan kekasih barunya di Caffe Nero, London.

"Mereka sudah dua hari berada di bandar London kerana menghadiri majlis ulang tahun penyanyi Justin Bieber," kata sumber.

Jaden dilaporkan kelihatan santai dengan memakai baju dan seluar hitam manakala Jenner pula memakai jaket hitam dan kasut but.

Dalam pada itu, satu sumber turut memberitahu pasangan itu masih belum bercinta secara rasmi sebaliknya sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Memang mereka dilihat keluar bersama, namun buat masih ini mereka berdua masih mengenal hati budi masing-masing dan selesa menjadi teman baik," jelas sumber itu

Jenner yang baru berusia 15 tahun, sebelum ini digosipkan dengan penyanyi dari Australia, Cody Simpson, namun dia menafikannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan