Sabtu, 9 Mac 2013

Spurs julang martabat Inggeris

LONDON - Tottenham menaikkan martabat bola sepak Inggeris apabila membenam gergasi Itali, Inter Milan 3-0 pada ketika juara Eropah, Chelsea tunduk 1-0 kepada Steaua Bucharest dan Newcastle sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Europa, semalam. 

Gareth Bale sekali lagi menjadi senjata ampuh Spurs dengan meledak gol ke-21 musim ini, manakala dua lagi jaringan kelab London itu disempurnakan oleh Gylfi Sigurdsson dan Jan Vertonghen. 

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa bekalan selesa apabila berkunjung ke San Siro pada perlawanan ulangan minggu depan.


"Kami bermain baik dan sudah menetapkan tempo sejak awal permainan," ujar Bale, yang pernah melakar hatrik ketika menentang Inter pada saingan Liga Juara-Juara tiga tahun lalu. 

Dalam perlawanan terdahulu, Chelsea tumpas di Bucharest menerusi sepakan penalti Raul Rusescu.
Pengurus Chelsea, Rafael Benitez melakukan lima pertukaran daripada skuad yang menundukkan West Brom 1-0, hujung minggu lalu. 

Satu lagi kelab Inggeris, Newcastle memilih laluan sukar apabila seri 0-0 dengan Anzhi Makhachkala. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan