Rabu, 14 Ogos 2013

Arsenal rangka 'pelan B'


LONDON - Arsenal dilaporkan sedang merangka 'pelan B' dalam misi mendapatkan penyerang tengah baharu sekiranya gagal menyambar khidmat penyerang Liverpool, Luis Suarez.

Skuad The Gunners telah membuat dua tawaran rasmi kepada Suarez, namun percubaan itu telah ditolak oleh pihak pengurusan skuad The Reds.

Arsenal masih menaruh harapan untuk menjayakan misi itu kerana Suarez merupakan sasaran utama skuad The Gunners pada musim ini.

Kini, mereka telah merancang pendekatan kepada pemain Liverpool yang bernilai £50 juta (RM250 juta) dengan meminta harga paling minimum.

Namun, laporan di England difahamkan, skuad The Gunners telah memiliki pelan B sekiranya mereka gagal mendapatkan khidmat Suarez.

Dua pemain yang menjadi sasaran sebelum ini, Gonzalo Higuain dan Stevan Jovetic terlepas daripada genggaman pengendali Arsenal, Arsene Wenger apabila masing-masing memilih untuk beraksi bersama Napoli dan Manchester City musim ini.

Kini, Wenger yang pernah membida penyerang Manchester United, Wayne Rooney akan memberikan tumpuan kepada bintang Swansea City, Michu dan pemain City, Edin Dzeko jika gagal mendapatkan Suarez.

Sebelum ini, skuad The Reds menegaskan bahawa mereka tidak akan melepaskan penyerang Uruguay itu meskipun mendapat tawaran yang lumayan.

Bagaimanapun, skuad The Gunners tidak mahu berputus asa kerana mereka menyedari Suarez kini terdesak untuk keluar daripada Anfield untuk menyarungkan jersi Arsenal musim ini.

Selain itu, perancang Bayern Munich, Luis Gustavo turut berada dalam radar pengendali Arsenal. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan