Jumaat, 11 Januari 2013

Messi waspada kebangkitan Real

http://kakibola.forumado.net/t1291-messi-waspada-kebangkitan-real#1835

MESSI mahu mengetuai skuad kebangsaan Argentina menjulang trofi Piala Dunia 2014.


MADRID - Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi menganggap pasukannya masih belum boleh mencongak peluang bergelar juara Liga Sepanyol musim ini.

Ini kerana Messi percaya musuh tradisi Barcelona, Real Madrid masih berpeluang untuk mengatasi skuad The Catalan itu.

Ketika ini, Real ketinggalan 16 mata di belakang Barcelona yang masih unggul selaku pendahulu liga selepas merekodkan 17 kemenangan dan sekali seri.

Bagaimanapun, Messi menegaskan bahawa The Catalan tidak boleh terlalu selesa dengan kelebihan mata tersebut.

"Tiada apa yang mustahil dalam Liga Sepanyol. Musim lalu, Real berjaya memintas kami dengan begitu drastik.

"Apa yang saya tahu... kami tidak boleh mengabaikan mereka sebagai pesaing hebat kami," ujar Messi.
Dalam pada itu, Messi kini nekad mahu mengetuai skuad kebangsaan Argentina menjulang Piala Dunia 2014.

"Tiada apa yang mampu dibandingkan jika memenangi Piala Dunia bersama Argentina. Ini kerana menjulang piala berprestij dunia itu adalah kejayaan terbaik bagi pemain bola sepak," katanya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan