Ahad, 6 Januari 2013

Chamakh sertai West Ham

LONDON - Penyerang Arsenal, Marouane Chamakh menyertai West Ham United secara pinjaman sehingga akhir musim ini, kata kelab baru pemain itu semalam.

Chamakh menyertai Arsenal pada 2010 juga menerusi pinjaman dari kelab Perancis, Bordeaux namun sukar untuk mengukuhkan kedudukan dalam skuad utama sebelum terus tersisih dengan kemasukan pemain baru.

Pemain antarabangsa Maghribi berusia 28 tahun itu menjaringkan lapan gol liga sepanjang 40 penampilan bersama Gunners.

"Saya sangat gembira berada di sini. Saya mahu beraksi dan memberikan yang terbaik untuk pasukan ini.

"Saya mampu membawa kebolehan saya menerusi tandukan, jaringan dan kita akan lihat nanti.
"Ini adalah perpindahan yang penting buat saya dan saya tidak mahu lagi mempersia-siakan masa," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan