Selasa, 8 Januari 2013

Tanpa Van Persie United mungkin huni pertengahan liga


LONDON - Tanpa Robin van Persie, Manchester United mungkin hanya mampu memenangi lima perlawanan dan mengumpul separuh daripada jumlah 52 mata yang mereka raih ketika ini.

Van Persie telah menjaringkan 16 gol liga setakat ini untuk pasukan teratas Liga Perdana Inggeris itu dan membantu gerakan yang menghasilkan enam jaringan yang disempurnakan oleh rakan sepasukan.
Dengan sumbangannya yang menakjubkan itu, United telah menang 17 perlawanan, seri sekali dan kalah tiga kali.

Namun jika mengetepikan semua jaringan Van Persie dan usahanya membantu mencipta jaringan dalam semua perlawanan, gambaran keupayaan United berubah secara dramatik.

Tanpa mengambil kira jaringan bekas pemain Arsenal itu, juga bantuan untuk rakan lain menjaringkan gol, United sebenarnya cuma menang lima perlawanan dan kalah 11 kali.

Menerusi sumbangan van Persie, United kini menduduki tangga teratas dengan kelebihan tujuh mata ke atas Manchester City.

Jika dibuat perkiraan, tanpa van Persie, United sepatutnya hanya mengumpul 26 mata dan menghuni pertengahan liga bersama West Ham dan Norwich.

Jika jaringan penyamaan pada masa kecederaan tidak diambil kira, United sepatutnya tersingkir daripada Piala FA kepada Hammers pada Sabtu lalu.

Ketika Van Persie, 29, tiba di Old Trafford, wujud kebimbangan mengenai rekod kecederaannya.
Musim lalu buat pertama kali dia bebas daripada kecederaan dan menikmati

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan