Selasa, 8 Januari 2013

Guardiola pilih EPL jadi destinasi

 "Pep Guardiola ketika sebagai pemain"
Zurich: Pep Guardiola membuka pintu untuk mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menegaskan bahawa: “Saya akan kembali musim depan.”

Lantas pengurus yang paling diinginkan kelab utama dunia itu pasti menjadi buruan Chelsea, Manchester City, Manchester United dan Arsenal.

“Ya, musim depan saya akan kembali menjadi pengurus pasukan untuk sebuah kelab. Saya tak tahu lagi pasukan mana, tetapi saya akan kembali menjadi pengurus,” kata Guardiola yang kini dalam tempoh berehat selama semusim selepas membawa kejayaan gemilang buat Barcelona.

Dia yang bakal mencecah usia 42 tahun minggu depan menambah: “Saya akan kembali kerana saya masih muda. Saya rasa okey, dapat melihat bola sepak dari sudut penyokong dan seronok mengikut perkembangan pemain yang hebat.”

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich antara yang mahukan khidmat Guardiola tatkala masa depan pengurus City, Roberto Mancini tampak masih tidak menentu memandangkan pengarah bola sepak baru kelab itu, Txiki Beguiristain adalah individu yang melantik Guardiola ketika di Barcelona.
Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan