Memaparkan catatan dengan label Aaron aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aaron aziz. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2013

Percaturan empat pelakon berkaliber




JAUH di perkampungan Batu 18, Ulu Langat, Selangor, sebuah produksi sedang berkampung melunaskan projek filem terkini. Di kawasan kolam ikan, bersebelahannya terdapat sebuah rumah kampung. Di kediaman tersebut, banyak orang yang semuanya terlibat dalam pembikinan filem dengan judul Tembus.

Tembus belum ditayangkan di pawagam, namun sutradaranya, Ahmad Idham sudah bijak menyu- sun strategi. Tiga pemain utama filemnya bukan nama kecil dalam industri seni tempatan. 

Mereka - Khir Rahman yang sudah cukup gah kredibilitinya, Aaron Aziz dengan popularitinya bukan picisan dan Fazura, si manis kesayangan peminat juga telah terbukti keberkesanan lakonannya. 

Bergabung dengan kehebatan tiga anak seni ini, Idham memancing aktres sensasi dan terkenal Indonesia, Luna Maya untuk pertama kali mencuba nasib dalam pasaran Malaysia.

Secara tidak langsung filem tersebut diwakili oleh pelakon dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antagonis Luna
Mememang watak Marylia, Luna mengakui ini bukan pertama kali dia menerima tawaran untuk berlakon di dalam produk Malaysia. Bagaimanapun katanya, dia akhir- nya memberi kata setuju untuk terbabit dengan Tembus selepas diyakinkan oleh pengurusnya, Iman Tang.

"Sebelum ini memang ada banyak tawaran ber- lakon yang datang kepada saya. Bagaimanapun, saya tolak kerana saya tidak tahu 'corak' sebenar industri hiburan Malaysia. Namun, selepas mempunyai pengurus di sini dan kebetulan tawaran ini datang, saya bersetuju untuk mencuba nasib," ujar Luna.

Selain itu jelas Luna, pokok utama yang menggerakkan hatinya untuk bersetuju terbabit dalam Tembus adalah kerana karakter Marylia yang dianggap menarik.

Marylia merupakan watak antagonis, satu watak yang jarang dimainkan oleh Luna sepanjang berkecimpung sebagai pelakon di republiknya.

"Apa yang saya gemar tentang watak Marylia ini kerana ia satu watak psiko yang terjadi kerana cinta," katanya yang enggan mendedahkan lebih banyak tentang karakter tersebut.

Ditanya apa kepentingan buatnya untuk terjun masuk di dalam industri seni Malaysia, mantan ke- kasih Ariel Noah itu memberitahu, dia hanya mahu mencuri pengalaman berlakon di dalam rumpun yang sama.

Ujarnya: "Saya sedar, banyak drama saya ditayangkan di sini tetapi saya tidak pernah beker- jasama dengan produksi di sini.

"Jujurnya, ya saya tidak punya sebarang kepen- tingan untuk berlakon di sini tetapi saya mahu mencuri pengalaman bekerja di sini. Belajar tentang cara kerja dan saya juga tahu bahawa Aaron, Fazura dan Khir misalnya merupakan pelakon yang hebat."

Ditebak dengan persoalan tentang kebarangkalian jika filem tersebut gagal di pasaran adakah dia akan tetap menerima tawaran lain, Luna menegaskan, setiap filem yang di- hasilkan tidak punya rumus matematik yang boleh menjelaskan sama ada ia bakal gagal atau sukses.

Sebaliknya, ia bergantung kepada selera setiap individu. "Saya sebagai pelakon akan cuba memberi yang terbaik, namun pada penghujungnya ia bergantung kepada selera masing-masing."
KHIR dan Aaron bakal menyuntik aura dan kredibiliti lakonan masing-masing dalam filem Tembus.


Tak langgar prinsip Fazura
Seperti Luna, Fazura yang kini kembali aktif berlakon memberitahu, dia menerima lamaran Idham kerana tertarik dengan karakter Izza, seorang ibu yang kehilangan anak.

Sebagai seorang wanita yang belum berumah tangga, jauh sekali memiliki anak, ia merupakan cabaran utama buat aktres tersebut melunaskan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

"Saya rasa watak Izza satu cabaran yang menarik untuk saya realisasikan. Sebagai seorang yang belum berkahwin saya perlu membawa watak isteri dan ibu yang kehilangan anak. Itu sesuatu yang sukar buat saya," ujarnya.

Namun, faktor utama yang membuat dia bersetuju memainkan watak isteri kepada Hadi, lakonan Aaron adalah ia tidak melanggar prinsipnya yang perlu bersentuhan secara berlebihan dengan lelaki.
Katanya: "Ini bukan paparan tipikal suami isteri yang perlu ada adegan di atas katil atau berpelukan berlebihan dan sebagainya. Sebab itu, saya terima tawaran ini kerana ia lebih tentang konflik yang mahu dipaparkan."

Sementara itu, bercakap tentang dirinya yang sentiasa menjadi buruan penerbit biar dia sendiri mengehadkan setiap penglibatannya untuk mengelak khalayak muak, Fazura bersyukur kerana kepercayaan yang masih tebal buat dirinya.

Bagaimanapun kata Fazura, dia akan terus selektif demi prinsip yang dipegang selain sibuk dengan bisnes House of Doll miliknya.

"Insya-Allah, untuk filem dan tele- movie, saya masih boleh terima tetapi untuk terbabit dengan drama rantaian, ia sedikit berat kerana saya punya komitmen lain iaitu bisnes untuk selalu diberi perhatian," katanya.

Rezeki Aaron
Aaron Aziz yang begitu 'panas' sebagai pelakon menjelaskan, dia mene- rima tawaran Idham kerana melihat Tembus bukan sekadar sebuah naskhah thriller yang tipikal. Sebaliknya, kata Aaron ia penuh dengan kejutan.

"Ini bukan filem yang senang untuk orang tebak kesudahannya. Sementelah, saya juga senang membina keserasian dengan semua pelakon," jelas Aaron.

Tembus menjadi filem ke-11 Aaron. Ditanya bagaimana dia mengasingkan dirinya dari dunia lakonan filem dengan drama, Aaron memberitahu, dia tidak pernah mengkelaskan jenis pelakon apa dia berada. Sebaliknya, dia senang meletak dirinya sebagai seorang pelakon yang bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ujarnya: "Saya seorang yang realis- tik. Saya bermain untuk filem dan drama kerana saya seorang pelakon. Melalui kedua-dua cabang ini, saya dapat mengaut pengalaman yang berbeza dan inilah rezeki saya."
LUNA dan Fazura melakonkan watak yang saling berbeza antara satu sama lain.


Khir tidak mendabik dada
Menjadi pelakon paling senior di dalam filem ini, Khir Rahman ironinya seorang yang cukup merendah diri. Dia tidak mendabik dada hanya kerana dia seorang senior, jauh sekali memperlekehkan tiga rakan mainnya.

"Mereka semua pelakon yang hebat dan telah terbukti kehebatan mereka. Saya senang bekerja dengan mereka dan keserasian kami mudah wujud," katanya yang memegang watak Mazri.

Ditanya apakah kelebihan filem tersebut, Khir memberitahu, penonton tidak akan dapat menebak konflik yang berlaku pada separuh cerita dan hanya akan mengetahui kebe- narannya pada penghujung cerita.

Sengaja menjolok Khir dengan persoalan tentang banyak pihak takut untuk mendekatinya kerana dilihat sebagai seorang anak seni yang serius, Khir tersenyum. 

Pantas dia membetulkan persepsi tentang dirinya yang banyak disalah tafsir.

Dia mengaku seorang pembikin seni yang serius dan suka melaku- kan impak terhadap setiap pembabitan atau karya, ironi, dia seorang yang mudah didekati.

"Kelemahan saya, saya memang seorang yang tidak pandai bercakap. Ditambah pula dengan raut wajah yang garang. 

Namun, itu tidak bermakna saya sukar didekati, jujurnya saya okay untuk didekati," ujarnya bersungguh- sungguh.

Ditanya tentang kariernya di luar lingkup seorang pelakon, Khir memaklumkan selain menunggu tayangan filem miliknya, Balada Pencinta berada di pawagam pada 24 Oktober depan, dia juga bakal menerbitkan filem yang diusaha sama dengan produksi Camwerk Studios milik Aqasha, Zain Ruffedge dan Syed Hussein berjudul Garang.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 26 Jun 2013

Aidil pasrah, Afiq mampu jadi pengganti

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

Mohd. Aidil Zafuan
 
KUALA LUMPUR - Hati mana yang tidak luluh apabila mengetahui tidak dapat bermain di pentas akhir Piala FA.

Namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh nadi pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak yang sekadar menjadi penonton pada final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Walaupun telah membuat rayuan terhadap penggantungan dua perlawanan ekoran kad merah yang diterimanya semasa menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Datuk Taufek Razak Selasa lalu menegaskan keputusan pengadil muktamad dan tidak boleh dipinda.

Jelas Aidil, dia tidak boleh menggambarkan betapa kecewanya kerana tidak dapat beraksi dalam perlawanan akhir.

Namun dia meletakkan harapan yang tinggi agar rakan sepasukannya mampu membawa pulang trofi sulung kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
''Apabila dapat tahu rayuan saya ditolak, saya cukup kecewa kerana impian saya mahu mahu membantu Johor DT di perlawanan akhir tidak tercapai.

"Namun dalam bola sepak ia adalah permainan berpasukan dan saya yakin dengan kebijaksanaan jurulatih untuk merencanakan taktikal.

''Sesiapa sahaja yang menjadi pengganti saya, saya yakin dia boleh bermain dan memikul tanggungjawab yang diberikan pada pentas akhir bagi membantu kemenangan Harimau Selatan.

''Sekurang-kurangnya saya bersyukur kerana berjaya membawa Johor DT layak ke perlawanan akhir Piala FA dan itu sahaja saya boleh bantu kepada pasukan," katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Aidil pernah beraksi pada perlawanan akhir Piala FA 2010 semasa bersama Negeri Sembilan dalam aksi yang menyaksikan skud Hoben Jang Hoben menang melalui sepakan penalti ke atas Kedah.

Namun, kehadiran semula ketua pasukan, Kamarul Afiq Kamaruddin yang baru pulih daripada kecederaan tepat pada masanya selepas dia beraksi pada perlawanan menentang Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa lalu.

"Kehadiran semula Kamarul Afiq cukup melegakan kerana dia mampu beraksi dengan baik.
"Jadi ketiadaan saya mungkin tidak memberikan masalah besar di bahagian pertahanan kerana dia merupakan seorang pemain yang baik.

''Walaupun pengalaman bermain di perlawanan akhir mungkin menjadi sedikit masalah kerana dia tidak pernah beraksi di tahap sebegini, tetapi saya rasa dia boleh tangani dengan baik, begitu juga dengan pemain lain," katanya.

Selain Kamarul Afiq yang dijangka hampir pasti mengisi kesebelasan utama, pemain yang menjadi pilihan untuk digandingkan bersama bekas pemain Sime Darby itu di bahagian pertahanan tengah adalah Ahmad Tharmini Saiban atau Mohd. Muslim Ahmad.

Aidil sempat berpesan kepada rakan sepasukannya agar mampu menamatkan penantian 15 tahun kemarau kejuaraan Johor dengan memenangi Piala FA sebagai hadiah buat rakyat Johor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Jumaat, 8 Februari 2013

Jangan cemburukan saya - Aaron Aziz



WATAK Adam Mukriz yang dilakonkan aktor Aaron Aziz dalam drama bersiri popular Adam & Hawa nampaknya benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton setia drama itu.

Lebih mengejutkan baru-baru ini, sepasang suami isteri berusia sekitar 50-an telah bercerai gara-gara si suami cemburu melihat isterinya yang obses dengan Aaron dan leka menonton drama Adam & Hawa.

Perkara itu diketahui Aaron dan dia sendiri cukup terkejut dengan apa yang telah berlaku itu.
"Saya tahu tentang perkara ini. Memang sangat terkejut sebab sampai bercerai kerana lakonan saya dalam drama Adam & Hawa.

"Apa yang boleh saya katakan, Adam Mukriz atau mana-mana watak yang dilakonkan saya tidak lebih sekadar lakonan semata-mata kerana itu sudah kerja saya sebagai pelakon.

"Jangan cemburukan saya kerana rasanya tidak wajar minat drama sampai bercerai-berai. Pasangan itu perlu berbincang, mungkin ada silap di mana-mana," katanya yang ditemui pada acara Jom Fiesta anjuran Utusan Karya Sdn. Bhd., Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebelum Adam & Hawa, drama Nora Elena juga menimbulkan isu apabila ramai wanita mengidamkan lelaki yang romantis seperti watak Seth Tan lakonan Aaron. Ditanya apakah rahsianya sehingga watak-watak lakonannya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton, Aaron hanya tertawa panjang.

Tuturnya: "Kerja saya cukup berbaloi andai saya dapat menghiburkan penonton. Saya tidak pernah memilih watak kerana setiap watak yang diberikan saya akan lakukan seikhlas yang mungkin.

"Maknanya, saya mahu penonton percaya lakonan saya seolah-olah benar. Jika penonton percaya dengan watak yang saya bawakan, itu satu penghargaan buat saya, tetapi dalam masa yang sama penonton harus ingat, itu sekadar lakonan sahaja."
Mahu kekal sebagai aktor

Selain berlakon, Aaron juga bergelar seorang pengarah drama dan iklan serta pengacara program realiti popular Fear Factor. Terbaharu, Aaron juga menyumbangkan suara dalam lagu Salam Semua dengan anak didiknya kumpulan Sleeq yang dianggotai Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph).

Meskipun berkebolehan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa, Aaron hanya mahu dikenali sebagai aktor sahaja.

"Bidang pengacaraan hanya sebagai percubaan dan saya sedar bidang itu bukan untuk saya. Memang saya cukup seronok menjadi pengacara program Fear Factor tetapi banyak lagi yang perlu saya belajar.

"Jika untuk program rakaman saya okey tetapi untuk siaran langsung seperti program Maharaja Lawak Mega saya tidak berani.

"Pengarah drama dan iklan sebenarnya itu pekerjaan saya sebelum datang ke Malaysia lagi dan masih aktif sebagai pengarah sampai hari ini. Cuma jadi penyanyi bersama Sleeq itu perkara yang sangat baru.

AARON diapit Alyph (kanan) dan Syarif.

"Apa salahnya mencuba tetapi lagu Salam Semua merupakan lagu pertama dan terakhir saya (ketawa). Saya mahu orang kenali saya hanya sebagai aktor," balasnya.
Walaupun rezeki dalam bidang lain turut datang bergolek kepadanya, Aaron mengekalkan prinsip enggan tamak dan hanya melakukan pekerjaan yang dia benar-benar mahir sahaja.
"Seronok jadi penyanyi dan pengacara tetapi biarlah pekerjaan itu dilakukan oleh orang yang lebih mahir sahaja.
"Aaron Aziz tidak akan memiliki sebarang album solo (ketawa). Saya sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjadi penyanyi kerana sedar tahap vokal saya berada di mana.

"Pekerjaan sebagai pengarah akan diteruskan dan saya akan tampil dengan produk baharu di bawah syarikat sendiri iaitu Aaronaziz Production. Buat masa ini masih dalam peringkat perbincangan, selepas jadual saya kosong daripada lakonan saya akan duduk di kerusi pengarah semula," ujarnya.
Tidak cerewet

Walaupun nama sudah berada di puncak populariti, tetapi Aaron mengakui dia tetap seperti dahulu dan tidak memilih watak lakonan yang ditawarkan kepadanya.

Enggan selektif kerana menurut Aaron setiap watak yang diterima mempunyai nilai seni yang tersendiri. Terpulang kepadanya serta pengarah untuk mencorakkan watak itu.

"Memang saya tidak pernah memilih tawaran lakonan. Kalau dilihat semula watak yang saya bawakan, saya pernah berlakon pelbagai genre drama dan filem.

"Saya tidak letak diri saya di tempat yang tinggi sehingga mempunyai kuasa memilih watak dan produksi. Cuma kekangan saya adalah jadual kerja yang padat," ungkapnya jujur.

Tegas Aaron, dia enggan cerewet kerana bukan mudah untuknya membina nama seperti hari ini, setiap tawaran yang datang dianggap sebagai rezeki buatnya.

"Jika saya melakukan sesuatu dengan ikhlas, saya percaya hasilnya juga akan baik. Apa yang saya ada hari ini bukan datang dengan mudah, saya berusaha untuk mendapatkannya.

"Penat itu perkara biasa. Kerja apa sekalipun memang penat. Saya lakukan semua untuk keluarga dan minat terhadap lakonan," tuturnya.

 -Kosmo_