Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nora Danish. Papar semua catatan

Ahad, 21 Julai 2013

Tabah cara Nora Danish


Nora Danish
RAMAI yang mempertikaikan niat Nora Danish yang kini telah berbaik-baik dengan Fasha Sandha. Sejak lawatan Nora ke rumah Fasha yang baru saja lepas melahirkan anak pada April lalu Miss J dah dengar macam-macam cerita.

Ada yang kata Nora saja cari perhatian orang ramai apabila memuat naik gambar kemesraan bersama Fasha. Saja cari publisiti murahan. Dan macam-macam lagilah yang Miss J dengar.

Terbaharu pada satu majlis yang mengumpulkan Nora-Fasha dan Jejai pada satu masa, ada yang beritahu Miss J yang Nora tak wajar mempamerkan kemesraan dengan bekas suami di hadapan khalayak. 

Bimbang kalau timbul fitnah lain apabila melihat kemesraan itu. Nanti apa pula kata peminat masing-masing bukan? 

Tapi bila difikirkan semula buat apa Nora nak berpura-pura? Pada hemat Miss J dia memang seorang wanita yang tabah. Dia tak peduli tanggapan negatif orang terhadapnya.

Apa yang Nora utamakan adalah hubungan baik dengan orang sekeliling. Itu sikap yang membuatkan Nora dikenali dan disenangi dari dulu sampai sekarang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 13 Julai 2013

Nora, Fasha hapus sengketa lama


NORA DANISH bercuti daripada penggambaran drama atau filem sepanjang Ramadan.


SIAPA sangka hubungan keruh antara aktres Nora Danish dengan Fasha Sandha selama ini kembali jernih selepas Nora melawat anak Fasha iaitu Putra Rayfal Rizal Ashram ketika pelakon tersebut sedang dalam pantang.

Atas sebab itu juga, Nora dan Fasha tiada masalah untuk sama-sama menghadirkan diri memberi sokongan ke majlis pelancaran koleksi baju pengantin milik adik kembar Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang berlangsung di Grand Duchess, Fraser Place, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Menurut Nora yang kelihatan jelita dan seksi dengan gaun hitam belahan ke pangkal paha, dia dan aktres drama Chinta itu sudah lama berbaik.

Kenyataan yang sama dijawab oleh Fasha yang masih lagi kelihatan menawan biarpun tubuhnya agak berisi selepas melahirkan anak sulungnya itu.

“Saya dengan Nora sudah lama baik, malah kami banyak kali berjumpa setiap kali Jejai dan saya mengambil Rayqal mahupun ketika Nora menghantar anaknya ke rumah kami,” ungkap Fasha mengenai anak Nora, Putra Rayqal hasil perkahwinannya bersama Jejai sebelum ini.

Tutur Fasha lagi: “Apa pun yang terjadi, anak saya adalah adik kepada anak Nora. Jadi, secara automatiknya kami sudah seperti keluarga.”

Fasha pasang CCTV
Mengulas mengenai kehidupannya selepas memperoleh cahaya mata, Fasha berkata, menjadi ibu adalah pengalaman paling berharga sepanjang hidupnya.

Dedahnya, lakonan bukan lagi menjadi perkara utama, sebaliknya Rayfal kini menjadi keutamaannya. 

Jawapan itu diberi tatkala dia disoal jika bidang lakonan tidak lagi memihak kepadanya disebabkan ramai muka-muka baharu yang menghiasi industri lakonan.

“Pendapatan saya bukan bertumpu pada berlakon sahaja. Saya juga mempunyai perniagaan salon rambut. Kalau tidak berlakon, saya akan lakukan perkara lain.

“InsyaAllah, saya dalam perancangan untuk menjalankan sebuah lagi perniagaan yang memfokuskan pakaian bayi dan juga pakaian lelaki,” ujarnya lagi.

Sedang menjalani penggambaran drama bersiri Tentang Hati di samping aktor popular Aaron Aziz, Fasha akui, berasa rindu dengan anaknya setiap kali berjauhan dengan anak kesayangannya itu.
FASHA SANDHA dan Jejai kini bahagia bergelar ibu dan bapa kepada anak sulung mereka, Putra Rayfal.


Begitupun, kerinduannya terhadap Rayfal terubat apabila dia mengambil keputusan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Tindakannya itu juga disebabkan dia ingin menjaga keselamatan anaknya yang dijaga oleh pembantu rumah.

“Ketika menjalani penggambaran, saya akan memantau Rayfal setiap setengah jam. Saya risau keadaan anak saya selepas melihat satu klip video pembantu rumah melambung bayi dahulu,” jelasnya.

Berkongsi sambutan Ramadan, tutur Fasha, dia lega kerana suaminya bukan seorang yang cerewet dari segi makanan.

Katanya, Jejai makan apa sahaja yang dimasaknya, cuma setiap hidangan perlu ada menu ikan bilis atau ikan goreng.

Nora berehat
Cerita sambutan Ramadan turut diajukan kepada Nora. Tahun ini, aktres berusia 31 tahun itu nekad untuk berehat sepanjang Ramadan.

“Bermula Ramadan tahun lepas, saya berehat daripada segala aktiviti seni selama sebulan. Begitu juga pada Ramadan tahun ini,” ujarnya yang berazam mengerjakan solat tarawih sepanjang Ramadan.
Begitupun, kata Nora, dia tidak akan menolak sebarang jemputan program amal.

Disoal apakah menu wajib ketika berbuka puasa, jawab Nora, setiap kali berbuka, dia akan menikmati martabak, kuih seri muka dan ayam panggang.

Sementara itu, mengulas mengenai koleksi baju pengantin Pu3 kepunyaan dua beradik kembar iaitu Putri Azalea Ashram Ramli dan Putri Yasmin Ashram Ramli, Nora memuji bekas adik iparnya itu sebagai orang yang berbakat dalam mereka fesyen busana.

“Pujian saya bukan disebabkan kami rapat. Pencapaian kedua-dua beradik itu sangat membanggakan,” ujar Nora.

Fasha turut memuji koleksi baju pengantin Pu3. Menurutnya, kesemua koleksi baju pengantin Pu3 biarpun nampak ringkas, tetapi cantik.

“Rekaan baju-baju pengantin mereka sangat berbeza dengan baju-baju pengantin yang terdapat di Malaysia,” ungkapnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Sabtu, 8 Jun 2013

Nora Danish akui belum berpunya


KOTA BHARU 7 Jun - Pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Puteri, Nora Danish Mohd. Hanif mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa.

Bagaimanapun ibu tunggal itu tidak menolak kemungkinan seandainya suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk bergelar isteri semula.
Nora berkata, setelah menempuh pelbagai dugaan sebelum ini, dia tidak akan terburu-buru membuat keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

"Pada masa ini saya tidak mahu lagi memikirkan soal jodoh, biarlah Allah yang menentukan soal itu. Perkara utama saya sekarang adalah menumpukan sepenuhnya terhadap kerjaya.

"Saya tidak akan terburu-buru untuk berumah tangga sekarang, biarlah saya tumpukan soal kerjaya terlebih dahulu dan andai suatu hari nanti dibukakan pintu hati, saya tidak menolaknya.

"Lagipun anak saya sudah berumur empat tahun jadi teringin juga untuk kembali mempunyai anak selepas ini," katanya tersipu-sipu malu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Krim Mandian Ulung Fruitale FairWhite UV di ruang legar pasar raya Mydin Mall di sini hari ini.

Kehadiran pelakon jelita itu ke negeri ini adalah untuk mempromosikan produk penjagaan diri sabun buku dan krim mandian dengan ekstrak buah-buahan semula jadi tersebut.

Sejak memegang status janda setelah bercerai dengan Rizal Ashram Ramli pada 2008, pelakon cantik itu berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Dia tidak pernah lekang dengan pelbagai gosip percintaan apabila dikaitkan dengan beberapa rakan artis seperti Zizan Razak, Adi Putra dan terbaharu, Shaheizy Sam.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kegiatan seninya, Nora berkata, dia sedang sibuk menjalani penggambaran untuk program sempena Hari Raya Aldilfitri tidak lama lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my