Memaparkan catatan dengan label Jupp Heynckes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jupp Heynckes. Papar semua catatan

Isnin, 22 Julai 2013

Heynckes nafi kendali Barcelona



HEYNCKES lebih suka menikmati persaraan.


BERLIN - Jurulatih yang memenangi juara trebel bersama Bayern Munich musim lalu, Jupp Heynckes menafikan spekulasi bahawa dia bakal mengisi kekosongan jawatan jurulatih Barcelona.

Sebaliknya bekas pengendali Bayern berusia 68 tahun itu menegaskan bahawa dia lebih gemar menikmati tempoh persaraannya pada masa ini.

Heynckes telah mengemudi Bayern untuk muncul kelab Jerman pertama memenangi gelaran trebel iaitu Liga Juara-Juara, Liga Jerman serta Piala Jerman pada musim lalu.

Bagi saingan Eropah, Bayern melengkapkan gelaran kelima mereka manakala untuk liga domestik, ia merupakan gelaran ke-25 kelab itu.

Selepas mencipta sejarah gemilang tersebut, Heynckes bertindak meletak jawatan selaku jurulatih Bayern penghujung musim lepas namun dia menafikan bakal menggantikan tempat Tito Vilanova yang turut melepaskan jawatannya selaku jurulatih Barcelona Jumaat lalu.

"Saya rasa adalah mustahil untuk saya kembali membimbing kelab baharu selepas saya bersara bersama Bayern Munich.

"Saya kini sentiasa sibuk dengan hobi tersendiri. Saya juga aktif bersukan serta memelihara binatang peliharaan serta menguruskan kebun bagi mengisi masa lapang," kata He ynckes.

Vilanova, 44, bertindak meninggalkan Barcelona selepas dia perlu menjalani rawatan lanjutan serta pembedahan kanser tekaknya.

Selain Heynckes, bekas bintang Belanda, Ronald Koeman turut dikaitkan dengan jawatan jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu.

"Saya masih belum menerima sebarang tawaran tentang perkara tersebut.

"Tetapi, saya ada mendengar tentang keadaan kesihatan Vilanova dan saya bersimpati terhadapnya. Tetapi, siapa yang bakal menjadi jurulatih, saya masih belum tahu," jelas Koeman, 50, yang kini membimbing Feyenoord. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 18 Jun 2013

Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern

BERLIN - Pep Guardiola akan mengadakan sidang akhbar pertama sebagai jurulatih baharu Bayern Munich Isnin depan ketika bekas bos Barcelona itu diumumkan sebagai individu paling layak untuk menerajui generasi baru pemenang Liga Juara-Juara Eropah itu.

Jupp Heynckes menamatkan tugasnya sebagai jurulatih Bayern Jun setelah membawa kelab Bavaria itu mencatat sejarah kejuaraan treble apabila muncul kelab Jerman pertama memenangi kejuaraan liga, Piala Jerman dan kejuaraan Eropah dalam musim yang sama.

Hanya generasi terhebat Bayern pada era 1970-an yang menyamai pencapaian tersebut apabila memenangi tiga kejuaraan Eropah berturut-turut mulai 1974-1976.

Heynckes menyokong Guardiola untuk membina kejayaan Bayern dengan menegaskan pelantikan jurulatih dari Sepanyol itu 'adalah keputusan tepat untuk generasi baru'.

"Saya ucapkan selamat berjaya kepada Guardiola dan semoga menjulang banyak kejayaan, kerana pasukannya pernah menjadi pasukan saya.

"Saya gembira jika Bayern sekali lagi menang Bundesliga dan Liga Juara-Juara," kata Heynckes.
Memenangi 14 kejuaraan sepanjang empat musim di Barcelona, ini merupakan pelantikan pertama Guardiola setelah berehat selama setahun bersama keluarganya di New York, di mana menurut abangnya, jurulatih itu belajar bahasa Jerman.

Bayern berkata, sidang akhbar pertama Guardiola akan diadakan di Allianz Arena Isnin ini di mana jurulatih itu akan menunjukkan keupayaannya bertutur dalam bahasa Jerman.

"Pep belajar bahasa Jerman empat jam setiap hari," kata abangnya, Pere Guardiola.

Guardiola akan memulakan latihan pertama bersama skuad Bayern pada 26 Jun ini. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Selasa, 4 Jun 2013

Heynckes mahu 'bercuti panjang'



HEYNCKES memegang trofi yang dimenangi bersama Bayern Munich musim ini.


MUNICH - Pengendali vete- ran, Jupp Heynckes menitis- kan air mata ketika mengucapkan selamat tinggal kepada seluruh pegawai, pemain dan peminat Bayern Munich kelmarin.
Heynckes, 68, akan meninggalkan Bayern selepas melalui satu musim yang sangat gemilang bersama pasukan gergasi Jerman itu.

Heynckes yang menghadiahkan gelaran trebel kepada Bayern musim ini menegaskan, beliau masih belum memikirkan untuk membimbing mana-mana pasukan pada musim depan.

Beliau memerlukan rehat selepas 'bergelut' dengan satu musim yang sangat memenatkan bagi membantu Bayern menjulang gelaran trebel iaitu Liga Jerman, Piala Jerman dan Liga Juara- Juara.
Bagaimanapun, beliau turut mengesahkan ada menerima tawaran daripada beberapa kelab luar Jerman termasuk 'kelab-kelab kaya'.

Heynckes berkata, ketika ini beliau tidak berminat untuk mendengar sebarang tawaran itu kerana hanya berfikir untuk berehat sepuas- puasnya.

"Ingin saya memberitahu anda, ketika ini saya dalam tempoh 'bercuti'.

"Namun, saya tidak mahu menggunakan perkataan bersara terus kerana saya masih tidak tahu tentang masa depan saya selepas ini," tegas Heynckes.

Sebelum ini, Heynckes dikaitkan dengan Real Madrid yang juga bekas kelab yang pernah dibimbingnya suatu ketika dahulu dan beliau berjaya menjulang gelaran Liga Juara-Juara bersama kelab gergasi Liga Sepanyol tersebut.

Tempat Heynckes di Bayern bakal diisi oleh bekas pengurus Barcelona, Pep Guardiola manakala pengurus Real, Jose Mourinho kembali ke pangkuan Chelsea.

Pengerusi Bayern, Karl- Heinz Rummenigge dan presiden kelab, Uli Hoeness telah melahirkan penghargaan tertinggi buat Heynckes.

Mereka menganggap kejayaan Heynckes menjulang kejuaraan trebel akan menjadi suatu sejarah. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my