Memaparkan catatan dengan label Ryan Giggs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ryan Giggs. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Giggs harap United mampu benam Chelsea

Berita Harian

London: Hanya seminggu memasuki musim baru, Liga Perdana Inggeris akan menyaksikan ‘pertembungan besar’ apabila Chelsea berdepan juara, Manchester United, Isnin ini.

United memulakan misi mempertahankan gelaran dengan kejayaan besar 4-1 di Swansea City minggu lalu, tetapi kunjungan Chelsea bakal memulakan ujian empat perlawanan berturutan termasuk menentang Liverpool dan Manchester City.
Pengurus baru United, David Moyes (gambar) tidak boleh terlalu tegas di awal musim dan mengerti anak didiknya berdepan lawan yang menerajui takhta liga ketika ini.




Chelsea dahului liga


Chelsea menang 2-0 menewaskan Hull City sekembalinya Jose Mourinho daripada Stamford Bridge minggu lalu sebelum mengutip tiga mata lagi menewaskan Aston Villa 2-1 di tempat sendiri, Rabu lalu.
“Dalam permulaan Mourinho di Chelsea, mereka sudah tentu bermula dengan permulaan yang baik dan kami tidak berjaya mengejar mereka,” kata Ryan Giggs.

“Anda selalu mahukan permulaan yang baik. Jelas sekali kami melalui permulaan yang sukar tetapi kami bermula baik dengan menang di Swansea pada Sabtu lalu dan berharap akan meneruskannya.”

AFP

Selasa, 13 Ogos 2013

Giggs lancar perang psikologi



GIGGS (kiri) tidak gentar dengan kepulangan Mourinho sebagai pengurus Chelsea pada kempen Liga Perdana England yang bermula hujung minggu ini.


LONDON - Pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs melancarkan perang psikologi menjelang aksi pembukaan Liga Perdana England hujung minggu ini.

Giggs berkata, dia tidak gentar dengan kepulangan Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea.
Selain itu Giggs mengakui, United langsung tidak bimbang dengan cabaran Manchester City yang kini sedang sibuk berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan tersebut.

United yang menjadi juara Liga Perdana England musim lalu dengan kelebihan 11 mata, membuka kempen Liga Perdana England dengan langkah kanan apabila menewaskan Wigan Athletic 2-0 pada aksi Piala Perisai Komuniti, Ahad lalu.

Kini, Giggs berazam mahu membantu pengurus baharu United, David Moyes menjulang kejuaraan liga selain bertekad untuk mengekalkan trofi Liga Perdana England di Old Trafford.

Dia menyedari mengenai skuad The Citizens yang berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan itu dan penga- laman Mourinho yang membantu skuad The Blues menjulang trofi Liga Perdana England sebanyak dua kali.

Berbanding dengan dua musuh tradisi yang telah berbelanja sebanyak keseluruhan sebanyak £100 juta (RM501 juta) itu, United sekadar menggunakan dana sebanyak £2.4 juta (RM12 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain pertaha- nan muda, Guillermo Varela.

"Sudah tentu kepulangan Mourinho untuk bersama Chelsea dan City yang sedang berbelanja besar tidak akan membimbangkan United.

"Kualiti sudah ada dalam skuad ini. Kami telah membuktikan pada tahun lalu dan sekali lagi, United akan menunjukkan kemampuan sebenar pada saingan musim ini.

"Kami telah memenangi liga dengan pemain-pemain ini dan United tidak sabar untuk memulakan musim baharu.

"Jika kami berjaya mendapatkan pemain, ia bonus buat United tetapi jika tidak, kami akan berpegang kepada pemain-pemain lama," kata Giggs.
- Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 5 Julai 2013

Giggs, Neville sertai Moyes



GIGGS


LONDON - Pemain veteran Manchester United, Ryan Giggs diberi peranan sebagai jurulatih pasukan musim depan.

Bekas pemain United dan Everton, Phil Neville turut disenaraikan dalam skuad kejurulatihan pengurus baharu, David Moyes.

Moyes yang akan memulakan tugas di Old Trafford minggu ini turut menyenaraikan Steve Round, Chris Woods dan Jimmy Lumsden dari Everton untuk membentuk satu pasukan kejurulatihan yang mantap.

Giggs yang menandatangani sambungan kontrak selama setahun pada Mac lalu, sekali gus terus beraksi sehingga berusia 40 tahun akan menyertai pasukan itu.

"Saya berasa bangga apabila Giggs menerima tawaran untuk menjadi jurulatih pemain.

"Kejayaan dan kemampuannya untuk menyesuaikan diri dengan permainan sepanjang beberapa tahun lalu memberikann satu perspektif yang tiada tandingan dalam permainan moden.

"Kariernya adalah satu contoh untuk memberi inspirasi kepada pemain muda dan saya yakin, dia dan pemain-pemain akan memperoleh faedah daripada tugas baharunya itu," kata Moyes.

Giggs dijangka akan mengambil lesen profesional UEFA musim panas depan.

"Satu keistimewaan yang besar apabila dilantik menjadi seorang jurulatih pemain. Saya harap, saya mampu menggunakan pengalaman yang diperoleh sebagai seorang pemain dan sebahagian daripada keluarga United selama ini.

"Tidak ada rahsia lagi bahawa saya akan mengambil lesen dan saya lihat ini adalah langkah pertama dalam karier masa depan saya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Moyes serta pasukan," kata Giggs.

Giggs, 39, mengakui teruja mengenai prospek untuk memulakan karier kejurulatihan baru-baru ini.
Sementara itu, Neville yang menjadi kapten ketika Moyes membimbing Everton juga akan menyertai pasukan kejurulatihan selepas mengumumkan persaraan akhir musim lalu.

Dia tiba di kompleks latihan United semalam dan bersedia untuk kembali ke kelab di mana dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebelum berpindah ke Goodison Park pada 2005.

Neville, 36, memperoleh pengalaman bersama skuad Bawah 21 tahun (B21) bimbingan Stuart Pearce pada Kejohanan Bola Sepak Eropah di Israel baru-baru ini.
- Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 25 Januari 2013

United dapat semangat baharu



VIDIC (kanan) melayan kerenah para peminat sebelum menjalani sesi latihan di Aspire Academy for Sports Excellence, Doha, Selasa lalu.


MANCHESTER - Pemain pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic menegaskan bahawa skuad The Red Devils memperoleh keyakinan yang tinggi untuk menghadapi Fulham pada aksi pusingan keempat Piala FA di Old Trafford awal pagi esok.

Vidic berkata, latihan dalam keadaan cuaca panas di Qatar memberikan keyakinan tambahan kepada para pemain United menjelang aksi menentang Fulham itu.

United berlepas ke Timur Tengah, Ahad lalu selepas terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana England sekali gus menyebabkan jurang berkurangan kepada lima mata di depan pencabar utama, Manchester City.

Setelah kecewa dengan gol penyamaan Spurs menerusi Clint Dempsey, Vidic optimis cuaca panas di Qatar memberikan motivasi kepada rakan-rakan sepasukannya untuk menghadapi separuh kedua musim ini.
"Ia sangat baik setelah kami tiba di sana. Cuacanya sangat baik manakala segala fasiliti berada dalam keadaan yang sangat memuaskan.

"Berlatih dalam keadaan cuaca panas sangat baik dan sesuatu yang baharu buat kami berbanding cuaca di Manchester. 

"Kami pernah ke sana tiga tahun lepas dan kedua-dua kunjungan itu merupakan detik terindah dalam hidup kami," jelas Vidic.

Skuad bimbingan Alex Ferguson itu menewaskan West Ham pada aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford minggu lalu dan skuad The Red Devils menanti kehadiran skuad The Cottagers dalam misi mereka merangkul Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004.

Dalam final 2004 lalu, United menewaskan Millwall untuk melakar kemenangan kali kelima pada kempen Piala FA sejak Ferguson mula mengambil alih kelab itu pada 1986.

Namun, selepas itu pengendali dari Scotland itu sering mengeluh kerana kegagalan pasukannya merampas kembali gelaran tersebut sejak sekian lama.

Sementara itu, pemain veteran United, Ryan Giggs, 39, turut melahirkan perasaan yang sama selepas 'berpanas' di Qatar dan akan berjuang habis-habisan dalam baki saingan musim ini. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 20 Januari 2013

'Bale masih belum setanding Giggs'

DUA GENERASI BERBEZA... Bale (kanan) dan Giggs mempunyai karakter tersendiri apabila turun beraksi di tengah padang.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya perjalanan karier pemain sayap lincah Tottenham Hotspur (Spurs), Gareth Bale masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Ryan Giggs.
Ferguson berkata demikian menjelang pertemuan menentang Spurs pada aksi Liga Perdana England di White Hart Lane malam ini.

Bale, 23, yang berasal dari Wales, sama seperti Giggs, 39, telah mempamerkan prestasi cemerlang dengan meledak sembilan gol musim ini termasuk jaringan solo ketika membantu Spurs menewaskan United 3-2 di Old Trafford, September lalu.

Bagaimanapun, Ferguson menyifatkan persembahan bintang veteran United itu ketika sama usia dengan Bale lebih cemerlang dengan membantu The Red Devils menjulang tiga gelaran Liga Perdana England, Piala FA (dua) dan Piala Liga.

"Ia sekadar pandangan sahaja," ujar Ferguson.
"Pemain itu (Bale) adalah seorang pemain yang bagus tetapi tiada siapa dapat menandingi Giggs ketika usianya 23 tahun."

Dalam perkembangan lain, Ferguson enggan mengulas mengenai badi sepakan penalti yang sering dialami United.

Khamis lalu, Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang West Ham pada pusingan ketiga Piala FA di Old Trafford.

Penjaring terbanyak liga, Robin van Persie dijangka kembali berada dalam kesebelasan utama United ketika menentang Spurs.

Ferguson juga dikatakan tidak mahu lagi memberi peluang kepada Rooney untuk mengambil sepakan penalti.

"Saya masih belum membuat sebarang keputusan mengenai hal itu," ujar Ferguson.
"Apa yang pasti, kami tidak mahu gagal dalam sepakan penalti. Ia adalah satu peluang keemasan untuk meraih kemenangan dalam satu perlawanan.

"Bagaimanapun, ia bukan satu perkara yang saya mahu bincangkan." - AFP

Jumaat, 4 Januari 2013

Giggs sokong Ferguson

-Kosmo

GIGGS (kiri) yakin sistem penggiliran pemain yang digunakan Ferguson dapat membantu kejayaan United.


LONDON - Pemain veteran, Ryan Giggs menegaskan bahawa Alex Ferguson tidak berdepan masalah untuk menggembirakan para pemain Manchester United.

Giggs menyuarakan kenyataan itu menjelang aksi pusingan ketiga Piala FA menentang West Ham United di Upton Park awal pagi esok.

Ferguson mengamalkan sistem penggiliran pemain sejak Krismas lalu dan hanya David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans serta Michael Car- rick beraksi dalam semua empat perlawanan Liga Perdana England.

Situasi itu membolehkan United mengutip 10 mata untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan tujuh mata di depan pencabar utama, Manchester City.

Selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Wigan Athletic, Selasa lalu, Ferguson dijangka membuat beberapa lagi pertukaran pemain pada aksi menentang West Ham.

Pengendali kelahiran Scotland itu memberi bayangan bahawa pemain tengah Jepun, Shinji Kagawa akan membuat penampilan kedua sebaik pulih daripada kecederaan lutut yang memaksa dia berehat selama dua bulan.

Giggs, 39, dan seorang lagi pemain veteran, Paul Scholes, 38, kurang diberi peranan musim ini.
Kedua-dua pemain itu hanya beraksi dalam 13 perlawanan liga tahun ini.

Namun, pemain tengah Wales itu tetap dalam perancangan Ferguson.
"Sebagai contohnya, satu situasi yang sukar apabila kamu bersiap sedia untuk bermain pada perlawanan hari Rabu tetapi kamu tidak diturunkan. Selepas itu kamu perlu bersedia untuk menghadapi perlawanan hari Sabtu," kata Giggs.

"Bagaimanapun, ia hanya satu situasi untuk menguji tahap kecergasan kamu dan menjadikan kamu lebih hebat. Kamu tidak diturunkan pada aksi pertengahan minggu apabila kamu diperlukan untuk perlawanan hari Sabtu.

"Kebanyakan pemain berada dalam situasi ini kerana kami adalah sebuah skuad yang besar dan kamu tidak akan bermain setiap perlawanan.

"Seperti saya dan Scholes. Kami mungkin bermain lebih sedikit berbanding pemain lain tetapi kami perlu bersiap sedia apabila dipanggil untuk bermain." - AFP