Memaparkan catatan dengan label Aston Villa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aston Villa. Papar semua catatan

Ahad, 12 Mei 2013

Chelsea resah hilang dua tonggak utama



TERRY terbaring di atas padang selepas dikasari Christian Benteke (dua dari kiri) yang kemudiannya dilayangkan kad merah. Selain Terry, Hazard juga ditimpa kecederaan serius dalam perlawanan itu yang menyaksikan Chelsea menang 2-1.


BIRMINGHAM - Chelsea dilihat menanti penuh debar sama ada dua tonggak, Eden Hazard dan John Terry akan cergas sepenuhnya menjelang final Liga Europa berdepan Benfica di Amsterdam Arena awal pagi Khamis ini.

Kedua-dua tonggak The Blues itu mengalami kecederaan teruk ketika mereka mengatasi Aston Villa 2-1 dalam aksi liga domestik di tempat lawan kelmarin.

Terry terpaksa diusung keluar selepas bertembung dengan Ron Vlaar manakala nasib serupa juga menimpa Hazard selepas dikasari Eric Lichaj pada masa kecederaan.

"Ia berita yang kurang baik dan kami terpaksa menunggu laporan perubatan bagi mengenal pasti tahap kecederaan yang dialami Terry dan Hazard.

"Kedua-dua mereka mengalami kecederaan yang serius di pergelangan kaki dan kami sedang memantau keadaan mereka," kata pengurus The Blues, Rafael Benitez.

Pada masa sama, Benitez turut memuji kecemerlangan Lampard yang meledak kedua- dua gol The Blues dalam perlawanan itu.

"Lampard pemain yang hebat, pencapaiannya benar-benar mengagumkan dan saya gembira dengan keadaan itu.

"Dia seorang pemain yang profesional dan saya yakin Lampard mampu beraksi dengan baik dalam tempoh beberapa tahun lagi," kata Benitez.

Dalam pada itu, Benitez juga menyifatkan kejayaan The Blues menyambar slot kempen Liga Juara-Juara musim depan mampu menggembirakan peminat Chelsea.

"Kami telah meraih sasaran untuk layak ke kempen Liga Juara-Juara. Kini, kami akan berusaha untuk sekurang-kurangnya menutup tirai musim ini di tempat ketiga," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 23 Januari 2013

Kelab kerdil ke pentas akhir Piala Liga


PEMAIN Bradford City, James Hanson (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan pada separuh akhir kedua Piala Liga menentang Aston Villa di Villa Park, semalam. - Reuters
 
KELAB divisyen empat, Bradford City meneruskan kejutan apabila mara ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris selepas menang dengan agregat 4-3 ke atas Aston Villa, semalam.

Bradford menjadi kelab divisyen empat pertama layak ke perlawanan akhir dalam tempoh lebih 50 tahun.
Pada perlawanan separuh akhir kedua semalam, Bradford kalah 1-2 namun tetap meneruskan kemaraan setelah menang 3-1 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, dua minggu lalu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my