Memaparkan catatan dengan label Karim Benzema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karim Benzema. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Gunners umum buru Benzema


LONDON - Selepas mengibarkan bendera putih dalam cubaan mendapatkan Luis Suarez, Arsenal kini beralih perhatian kepada bintang penyerang Perancis dan Real Madrid, Karim Benzema sebagai sasaran terbaharu untuk dibawa ke Emirates. 

Hasrat itu diumumkan oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger sejurus selepas pasukannya membenam Fenerbahce 3-0 di Istanbul dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu. 

Dalam perlawanan itu, jaringan Kieran Gibbs, Aaron Ramsey dan sepakan penalti Olivier Giroud memastikan tiket Gunners dalam kancah bola sepak elit Eropah itu buat musim ke-16 berturut-turut. Ia mendorong Wenger berjanji kepada penyokong kelab untuk lebih serius dalam usaha mengukuhkan pasukan. 

Bagaimanapun berita buruk buat penyokong Gunners, Wenger mengakui, selepas terlalu lama tidak berada dalam 'permainan jual beli pemain' mereka kini sudah tidak begitu bagus dalam memancing pemain-pemain bintang, bermula dengan kegagalan untuk mengikat perjanjian mendapatkan Suarez yang disifatkan sebagai gagal. 

Namun begitu, ahli lembaga Arsenal bersedia memberikan dana 40 juta pound (RM206.22 juta) untuk Benzema. Wenger berharap Real bersedia melepaskan pemain antarabangsa Perancis itu bagi mengurangkan kos mereka membawa masuk Gareth Bale.

"Pasaran perpindahan bermula buat saya sekarang dan banyak aktiviti akan berlaku dari sekarang sehingga 2 September. Ia sudah bermula, sama seperti permainan poker, orang akan memegang kad selama yang mungkin untuk melihat apa yang berlaku di luar sana, pada akhirnya mereka akan membuat keputusan.

"Dari 21 Ogos sehingga 2 September, iaitu dalam tempoh 12 hari.. banyak perkara akan berlaku," ujar Wenger. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 12 Mei 2013

Barcelona sah juara Liga Sepanyol



KARIM Benzema (kanan) gagal menjaringkan gol ketika Real seri 1-1 dengan Espanyol kelmarin bagi membolehkan Barcelona mengesahkan kejuaraan tanpa turun ke padang.


MADRID - Barcelona mengesahkan status sebagai juara Liga Sepanyol buat kali keempat dalam tempoh lima tahun apabila pencabar terdekatnya, Real Madrid sekadar seri 1-1 dengan Espanyol awal pagi semalam.

Dengan keputusan itu, The Catalan yang berjaya mendakap trofi Liga Sepanyol buat kali ke-22 tidak perlu menunggu sebarang keputusan ketika berdepan Atletico Madrid awal pagi tadi.

Dalam aksi semalam, Espanyol dilihat memanfaatkan peluang apabila pengendali The Galacticos, Jose Mourin- ho hanya menurunkan skuad kedua menjelang pertemuan berdepan Atletico dalam final Piala Raja Sepanyol hujung minggu ini.

Hasilnya, mereka berjaya mendahului menerusi jaringan pembukaan Christian Stuani pada minit ke-22 sebelum Gonzalo Higuain menyamakan kedudukan buat Real sebelum rehat babak pertama.

"Tiada lagi yang boleh dilakukan selain mengucapkan tahniah kepada Barcelona. Saingan liga memerlukan aksi yang konsisten dan kami gagal melakukannya pada permulaan musim.

"Kini, kami mengalihkan tumpuan pada final Piala Raja Sepanyol dan mahu memastikan trofi berada dalam genggaman kami," kata perancang tengah Real, Xabi Alonso.

Dalam pada itu, Presiden Barcelona, Sandro Rosell menerusi Twitternya memberitahu: "Ia kejayaan yang cukup bermakna buat kami.

"Kejayaan ini merupakan penghargaan buat semua pihak yang berusaha keras menjadikannya satu realiti." - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 20 Mac 2013

Benzema mahu tamat kemarau gol


Karim Benzema (kanan) menyertai latihan skuad Perancis di Clairefontaine-en-Yvelines, dekat Paris, semalam. - AFP 
 
PARIS - Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema mahu menamatkan kemarau jaringan apabila membantu Les Bleus menghadapi Georgia dan Sepanyol dalam kelayakan Piala Dunia 2014.

Pemain yang bersama Real Madrid itu hanya menjaringkan 15 gol dalam 55 penampilan dan belum menjaringkan sebarang gol sejak Jun tahun lalu.

Dalam temu bual dengan radio Monte Conte, Benzema berkata: "Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi tidak mampu melakukannya sendirian dengan menggelecek lapan pemain pertahanan apabila mendapat bola.

"Orang lebih banyak bercakap mengenai jumlah jaringan yang saya lakukan sejak bersama The Bleus.

"Sedangkan saya telah banyak mencipta peluang kepada gerakan-gerakan jaringan tetapi ia tidak memberikan sebarang makna kepada para penyokong.

"Peminat berkata saya tidak menjaringkan sebarang gol tetapi saya membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran-hantaran menarik, namun itu mungkin tidak penting.

"Kami akan melalui dua perlawanan penting dan saya rasa cukup bersemangat kerana saya akan membantu Perancis.

"Kami mempunyai pasukan yang baik tetapi belum mencukupi kerana walaupun kami menang, kami sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol," kata pemain berusia 25 tahun itu. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Isnin, 7 Januari 2013

Mourinho diejek penyokong





MADRID - Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho tidak menghiraukan ejekan para penyokong yang berang dengan tindakannya merehatkan penjaga gol utama, Iker Casillas (gambar) awal pagi semalam.

Pada aksi Liga Sepanyol yang berkesudahan Real menewaskan Real Sociedad 4-3 di Stadium Santiago Bernabeu itu, Casillas sekadar memanaskan bangku simpanan apabila Mourinho kekal memilih penjaga gol kedua, Antonio Adan seperti mana ketika tewas kepada Malaga 2-3 pada 22 Disember lalu.

Bagaimanapun, Mourinho terpaksa menurunkan Casillas selepas Adan dilayangkan kad merah seawal minit keenam gara-gara mengasari Carlos Vela dalam kawasan kotak penalti.

Biarpun gagal menghalang sepakan penalti yang disempurnakan Xavier Prieto, kehadiran semula Casillas di tengah padang jelas mengembirakan penyokong skuad The Galacticos.

"Saya tidak peduli dengan ejekan penyokong. Saya tahu mereka mencemuh saya tetapi ejekan itu seolah-olah tidak menghormati Adan.

"Adan juga merupakan pemain Real, jadi dia berhak dihormati.
"Saya tidak faham perkara itu boleh berlaku," kata Mourinho.
Pada perlawanan itu, Real terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Karim Benzema seawal minit kedua manakala tiga lagi gol diperoleh menerusi Sami Khedira pada minit ke-35 dan Cristiano Ronaldo (ke-68 dan 70).

Biarpun Prieto berjaya meledakkan hatrik masing-masing pada minit kesembilan, ke-40 dan ke-76, ia sudah terlewat bagi Sociedad untuk menghalang anak-anak buah Mourinho membawa pulang tiga mata penuh.
Begitupun, kemenangan itu masih belum dapat meredakan tekanan yang dialami Mourinho setelah pencabar utama, Barcelona turut melakar kemenangan 4-0 ke atas Espanyol dalam satu lagi aksi liga. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my