Memaparkan catatan dengan label Micheal Owen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Micheal Owen. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Ogos 2013

Owen simpati nasib Suarez


LONDON - Bekas penyerang Liverpool, Michael Owen melahirkan rasa simpati terhadap Luis Suarez yang berhasrat untuk meninggalkan skuad The Reds.

Owen yang kini berkhidmat sebagai duta bola sepak England mengakui, dia memahami situasi yang dialami oleh Suarez, Wayne Rooney (Manchester United) dan Gareth Bale (Tottenham Hotpur).

Bekas pemain Liverpool, United, Newcastle dan Real Madrid itu memberitahu, ia merupakan impian bagi setiap pemain untuk beraksi dengan kelab gergasi Eropah.

"Saya bersimpati dengan Suarez. Saya tidak mengatakan tindakan Suarez itu tepat tetapi dia telah memberikan segala-galanya.

"Sebagai seorang pemain bola sepak, saya memahami situasi Suarez dan dia adalah salah seorang penyerang terbaik dunia.

"Dia dijangka tidak akan berjaya memenangi Liga Perdana England bersama Liverpool dan mereka langsung tidak bertanding dalam Liga Juara-Juara.

"Pencapaian Suarez begitu menakjubkan untuk Liverpool tetapi ia tetap sukar buat dia kerana kamu memerlukan kejuaraan dalam tempoh 15 tahun dalam karier.

"Ramai pihak kini memandang pemain itu tamak dan tidak setia kerana memilih jalan untuk berhijrah dari pasukan asal.

"Namun, anda pasti memahami bahawa wang bukan segala-galanya apabila anda masih gagal untuk menjuarai sebarang kejohanan dalam karier kamu," ujar Owen. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Ahad, 6 Januari 2013

Kelab Australia, Perth Glory minat khidmat Owen

SYDNEY - Kelab Perth Glory sedang berunding dengan pengurusan Michael Owen untuk membawa bekas pemain England itu ke Liga A Australia, kata laporan semalam.

 Owen, 33, yang menjaringkan 40 gol dalam 89 perlawanan antarabangsa buat England dan pernah bermain di Liverpool, Real Madrid dan Manchester United, ketika ini bermain buat Stoke City dalam Liga Perdana England.

Glory mempunyai baki satu posisi dalam skuad mereka bagi pemain antarabangsa itu selepas melepaskan penyerang Ireland, Billy Mehmet minggu ini dan belum memiliki seorang pemain asing.
Seorang jurucakap Glory mengesahkan kelab itu berminat dalam memperoleh khidmat Owen tetapi berkata, rundingan mereka masih di peringkat awal.

"Perth Glory berminat tetapi belum mengetahui terma dan syarat Michael.
"Sehingga ini diketahui, Perth Glory tidak akan memasuki sebarang rundingan lagi," kata kelab berkenaan.

Jika Owen menyertai Glory, dia akan menjadi pemain antarabangsa berprofil tinggi keempat dalam Liga A musim ini, di samping pemain Itali, Alessandro Del Piero, pemain Jepun, Shinji Ono dan penyerang England, Emile Heskey. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my