Memaparkan catatan dengan label Pepe Reina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pepe Reina. Papar semua catatan

Rabu, 26 Jun 2013

Penjaga gol Belgium sertai Liverpool

LIVERPOOL - Penjaga gol Belgium, Simon Mignolet menjadi pemain keempat yang ditandatangani Liverpool dengan harga 10 juta pound (RM49 juta) semalam.

Mignolet sedia untuk bersaing dengan Pepe Reina bagi menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol No. 1 Kop.

Bekas pemain Sunderland, Mignolet, 24, lulus pemeriksaan perubatan di ibu pejabat Reds dekat Melwood sebelum menurunkan tandatangannya dengan kontrak lima tahun.

Ketibaan penjaga gol itu mencetuskan keraguan tentang masa depan penjaga gol Sepanyol, Reina, 30, yang menjadi sasaran Barcelona pada awal musim panas ini.

Mignolet menegaskan dia bersedia untuk mengambil alih tempat penjaga gol veteran, Reina.
Dia berkata: "Ini merupakan cabaran kerana itu yang saya mahukan. Saya mahu bermain dalam perlawanan besar, saya juga mahu beraksi bersama kelab besar dan bermain dalam tekanan.

"Saya sangat yakin dan saya tidak sabar untuk mencatat rekod tanpa bolos buat kali pertama. Saya sering berada dalam pertandingan yang besar sama ada bersama skuad kebangsaan Belgium dan juga sewaktu di Sunderland yang mana saya bersaing dengan Craig Gordon serta Keiren Westwood, yang juga merupakan pemain antarabangsa.

"Sekarang situasi sama berlaku sekali lagi dengan Pepe dan juga Brad Jones," katanya.
Rodgers telah pun menandatangani Kolo Toure, Iago Aspas dan Luis Alberto. 

Bos Kop itu berkata: "Saya gembira kami dapat menandatangani salah seorang penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris. Penyertaan Simon bersama kelab ini akan memberi peluang kepadanya membuktikan kemampuan sebenar dan meningkatkan permainannya."

Reina merupakan penjaga gol pilihan utama di Anfield sejak dia berpindah dari Villarreal dengan harga 6 juta pound (RM29 juta) pada 2005 dan merupakan pemain yang amat popular di Anfield.
Boss Sunderland, Paolo Di Canio berkata: "Simon merupakan pemain yang hebat, dia seorang yang profesional dan pemain yang baik. 

"Saya mengucapkan terim kasih kepadanya di atas sumbangannya kepada pasukan sepanjang musim lalu.

"Dia merupakan pemain penting dan pemergiannya diiringi dengan harapan terbaik untuknya dari warga kelab. Sasaran kami ialah membina sebuah skuad yang kompetitif dan penjualan tersebut memberi kami peluang untuk mengukuhkan pasukan." - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 8 Jun 2013

Reina sokong Suarez


REINA (kiri) tidak menghalang Suarez daripada meninggalkan Liverpool.


LONDON - Penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina mempertahankan keputusan Luis Suarez yang mahu meninggalkan Anfield sebelum musim perpindahan pemain ditutup, Ogos depan.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu mengakui bahawa dia gembira jika penyerang Uruguay tersebut kekal di Merseyside.

Begitupun Reina berkata, dia memahami keputusan rakan sepasukannya itu.
Suarez 'menggegarkan' kem Liverpool apabila dia mendedahkan mahu meninggalkan skuad The Reds dengan alasan tidak berpuas hati dengan layanan media di England. 

"Kami telah melihat sebelum ini bahawa mereka (pihak media) seperti tidak menyenangi dia dan keluarganya.

"Secara jujur, saya suka Suarez kekal di Leverpool tetapi saya juga faham kenapa dia mahu meninggalkan kami dan menyertai kelab yang besar.

"Apabila saya bercakap besar, ia tidak bermakna kelab itu hebat tetapi saya bermaksud cabaran yang akan diterima untuk memburu gelaran, bermain pada kempen Liga Juara-Juara dan beraksi dengan kelab-kelab terbaik.

"Ia juga kerana situasinya di sini dan kerana layanan daripada pihak media. Memang perkara seperti itu akan menyukarkan semua pemain," kata Reina.

Pada musim perpindahan kali ini, Reina turut dilaporkan akan keluar daripada kelab tersebut bagi menyertai Barcelona atau Arsenal.

Bagaimanapun, pemain Sepanyol yang kini melakukan persiapan bersama skuad antarabangsa untuk menghadapi Piala Konfederasi 2014 menegaskan, spekulasi mengenai masa depannya tidak akan mengubah kemahuannya. 

"Spekulasi seperti itu tidak pernah mengganggu saya, fikiran saya seratus peratus di Liverpool.
"Kami tidak boleh mengawal spekulasi tetapi saya boleh memberi jaminan yang saya akan kekal di Liverpool," tambah Reina. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 16 April 2013

Liverpool idam penamat bergaya



REINA (kanan) mengakui yang Liverpool begitu terdesak selepas berterusan kemarau kejayaan musim ini. Dengan tiket ke Liga Europa semakin jauh daripada jangkauan, dia hanya mampu berdoa sahaja.


LONDON - Pepe Reina menegaskan, Liverpool tidak akan membiarkan kempen mereka pada musim ini berakhir begitu sahaja meskipun impian untuk beraksi dalam kempen Liga Europa dilihat sudah tertutup buat mereka.

Liverpool ketika ini mengejar pasukan tangga kelima, Tottenham Hotspur dengan lapan mata dalam baki lima lagi perlawanan selepas seri tanpa jaringan dengan Reading minggu lepas.

Tatkala slot kelayakan Liga Europa dilihat sudah tertutup, Reina menjelaskan bahawa adalah penting bagi Liverpool menamatkan musim ini dengan nada cemerlang supaya ia mampu menjadi landasan terbaik bagi kempen 2013-14 mereka.

"Masih ada 15 mata lagi untuk dimenangi dan amat penting sekali bagi kami menamatkan musim ini dengan bergaya," kata penjaga gol dari Sepanyol itu.

"Kami perlu memastikan yang kami fokus terhadap baki perlawanan ini dan kami juga harus mengakhiri musim ini dengan kejayaan. Ia amat penting dari segi saingan musim depan.

"Lihat pada baki perlawanan kami yang tinggal - bertemu Chelsea dan Everton di tempat sendiri dan Newcastle di tempat lawan.

"Perlawanan seperti ini mampu menjadi satu motivasi kepada mana-mana pemain, terutamanya apabila kamu menyarung jersi Liverpool.

"Kami perlu mencetak beberapa kemenangan. Kalau ia dapat membantu kami layak ke Liga Europa, maka ia sesuatu yang bagus tetapi jika tidak, kami perlukan kemenangan ini demi menjaga maruah kami," katanya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my