Memaparkan catatan dengan label Theo Walcott. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Theo Walcott. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Ogos 2013

Arsenal elak dilanda malapetaka


KEJAYAAN menewaskan Fenerbahce dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara Eropah Rabu lalu akan dijadikan Arsenal bekalan untuk berdepan Fulham malam ini.


LONDON - Theo Walcott percaya, kemenangan Arsenal terhadap Fenerbahce dalam aksi playoff pertama kempen Liga Juara-Juara kelmarin mampu menjadi tonik semangat buat mereka supaya kembali bangkit dalam saingan Liga Perdana England.

Skuad kendalian Arsene Wenger kini mahu melupakan kekecewaan ditewaskan Aston Villa dalam aksi pembuka tirai liga minggu lalu menjelang aksi berdepan Fulham di Craven Cottage malam ini.
Kekecewaan penyokong fanatik The Gunners juga dilihat belum ternokhtah ekoran kegagalan Wenger mendapatkan pemain baharu musim ini.

Justeru, Walcott percaya mereka mampu memberikan cabaran dalam saingan liga domestik sebaik menewaskan Fenerbahce dengan kemenangan bergaya 3-0 di tempat lawan.

Menurutnya, kemampuan Arsenal menewaskan Fenerbahce meskipun tempang tanpa beberapa pemain utama yang tercedera pastinya menyuntik moral mereka ketika berdepan Fulham malam ini.
"Kemenangan itu cukup penting buat kami selepas memulakan kempen liga dengan keputusan yang mengecewakan.

"Saya gembira apabila kami berjaya mengendalikan tekanan itu dengan baik.

"Sebagai pemain profesional, kami tidak akan terjejas dengan sebarang kritikan melainkan apa yang dikatakan pengurus," kata Walcott.

Pada masa sama, Walcott juga menegaskan mereka telah melupakan kekecewaan ketika berdepan Villa tempoh hari.

"Kami perlu segera bangkit dan enggan memikirkan kekalahan itu.
"Kini kami kekal fokus menjelang aksi berdepan Fulham dan jika kami berjaya mempamerkan aksi ketika berdepan Fenerbahce, kami mampu menewaskan mana-mana pasukan," kata Walcott. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 15 Ogos 2013

Lambert wira England


LAMBERT (tengah) menjaringkan gol kemenangan England ketika menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi semalam.


LONDON - Penyerang Southampton, Rickie Lambert menjaringkan gol kemenangan England ketika menewaskan Scotland 3-2 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi semalam.

Lambert, 31, yang membuat penampilan sulung dengan skuad The Three Lions meledak gol kemenangan itu pada minit ke-70 pada pertemuan klasik antara dua musuh tradisi itu.

Pertembungan itu adalah yang pertama antara kedua-dua pasukan sepanjang tempoh 14 tahun.

Sebelum itu, pemain sayap Arsenal, Theo Walcott dan penyerang Manchester United, Danny Welbeck masing-masing meledakkan satu gol buat England yang ketinggalan sebanyak dua kali.

Pemain tengah West Bromwich Albion, James Morrison terlebih dahulu membuka jaringan buat Scotland pada minit ke-11.

Selepas itu, Wallcott berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-29 sebelum Kenny Miller meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-49.

Empat minit selepas itu, penyerang skuad The Red Devils, Wellbeck sekali lagi menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Lambert muncul wira England apabila menjaringkan gol menerusi rembatan dari jarak jauh.

"Saya seperti bermimpi dan ia memberikan satu kenangan paling manis dalam hidup saya.
"Jaringan itu sangat bermakna buat diri saya dan pasukan," kata Lambert.

Sementara itu, seorang lagi penyerang United, Wayne Rooney yang dilaporkan kurang cergas sebelum ini hanya bermain selama 66 minit sebelum digantikan Lambert. - AP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 13 Ogos 2013

INFO : SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK PALING PANTAS DI DUNIA!

  http://penpatah.blogspot.com/2013/02/info-senarai-pemain-bola-sepak-paling.html

Kelajuan dan kepantasan diukur berdasarkan ketangkasan mengejar dan merampas bola dari pihak lawan serta kelajuan mereka semasa menjaringkan goal.


5. Robin van Persie (32.1 km/jam)

Tarikh Lahir: 6 August 1983 (Usia 28)
Tempat Lahir: Rotterdam
Negara: Netherlands
Tinggi: 183 cm.
Berat Badan: 71 Kg.
Peranan: Striker
Nombor Jersi: 20
Team Nasional: Belanda
Team Club : Manchester United




4. Wayne Rooney (32.6 km/jam)



Tarikh Lahir: 24 Okt 1985 (Usia 25)
Tempat Lahir: Liverpool
Negara: England
Tinggi: 178 cm.
Berat Badan: 83 Kg.
Peranan: Striker
Nombor Jersi: 10
Team Nasional: Inggeris
Team Club : Manchester United



3. Theo Walcott (32.7 km/jam)



Tarikh Lahir: 16 Mar 1989 (Usia 22)
Tempat Lahir: Stanmore
Negara: England
Tinggi: 176 cm.
Berat Badan: 68 Kg.
Peranan: Striker
Nombor Jersi:14
Team Nasional: Inggeris U-21
Team Club : Arsenal


2. Arjen Robben (32.9 km/jam)



Tarikh Lahir: 23 Jan 1984 (Usia 27)
Tempat Lahir: Bedum
Negara: Netherlands
Tinggi: 183 cm.
Berat Badan: 75 Kg.
Peranan: Midfielder
Nombor Jersi: 10
Team Nasional: Belanda
Team Club : Bayern Munchen


1. Cristiano Ronaldo (33.6 km/jam)



Nama Lengkap: Cristiano Ronaldo Dos Santos Aveiro
Nama Panggilan: CR7
Tarikh Lahir: 5 Feb 1985 (Usia 26)
Tempat Lahir: Madeira
Negara: Portugis
Tinggi: 185 cm.
Berat Badan: 83 Kg.
Peranan: Midfielder
Nombor Jersi: 7
Team Nasional: Portugal
Team Club : Real Madrid

Rabu, 10 Julai 2013

Walcott mahu Arsenal bermula cemerlang

LONDON - Arsenal memperkenalkan jersi baharu musim depan untuk aksi di tempat lawan di London semalam.

Jersi tersebut mempunyai kolar biru dan stokin berbelang kuning biru. Pemain Arsenal, Theo Walcott menyukai rekaan baharu jersi Gunners itu.

"Arsenal sinonim dengan warna kuning dan biru dan saya rasa rekaan jersi ini adalah gabungan elemen tradisi dan moden," katanya.

Walcott menambah, Arsenal perlu bermula baik dalam saingan musim depan untuk memastikan mereka mampu mencabar kejuaraan.

Gunners menamatkan saingan musim lalu pada tangga keempat namun terpaksa mengharungi perlawanan playoff bulan depan untuk layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
"Arsenal harus melakukan lebih baik daripada musim lalu jika mahu menyaingi pasukan seperti Manchester United dan Chelsea.

"Kami harus meneruskan prestasi baik yang kami miliki sejak awal lagi kerana kami boleh mencabar apa sahaja kejuaraan. Kami boleh mengalahkan sesiapa sahaja.

"Kami harus menjadi pasukan yang digeruni lawan terutama apabila beraksi di Emirates," katanya. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 29 Jun 2013

Walcott akhiri zaman bujang

SELEPAS hampir sedekad menjalinkan hubungan cinta, bintang bola sepak Arsenal, Theo Walcott dan Melanie Slade akhirnya melengkapkan kisah romantis mereka dengan perkahwinan.

Seperti yang diimpikan oleh pasangan pengantin muda itu, majlis perkahwinan berlangsung dengan penuh eksklusif dan mewah di sebuah istana lama, Castello Di Vincigliata yang terletak di Florence, Itali pada 15 Jun lalu. 

Hanya keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai dibenarkan hadir pada majlis berkenaan. Kieran Gibbs, Laurent Koscielny, Aaron Ramsey, Alex Oxlade-Chamberlain serta Thomas Vermaelen antara bintang Arsenal yang meraikan hari istimewa Walcott dan Melanie. 

Biarpun majlis perkahwinan mereka sudah berlangsung hampir dua minggu, namun gambar-gambar pasangan ini hanya tersebar minggu ini. 

Pada majlis tersebut juga, Walcott dan Melanie telah meminta tetamu agar tidak membawa hadiah perkahwinan, sebaliknya mahu mereka menderma kepada Yayasan Willow. 

Yayasan tersebut yang diasaskan oleh legenda Gunners, Bob Wilson ditubuhkan untuk membantu pesakit kanser. 

Mengimbas bagaimana hubungan Walcott, 24, dan Melanie, 23 mula terjalin, kedua-duanya bertemu buat kali pertama di sebuah pusat membeli belah di WestQuay, Southampton pada 2004. 

Ketika itu, Walcott baharu berusia 15 tahun dan sedang memulakan kariernya dengan menuntut di Akademi Bola Sepak Southampton, manakala Melanie pula masih belajar di sekolah tinggi. Mereka bertunang pada sambutan tahun baharu 2012. 

"Mereka jatuh cinta sebelum Theo terkenal lagi dan itulah yang mengukuhkan hubungan kedua-duanya," kata seorang rakan rapat pasangan muda ini.

Walaupun seorang yang kental dan lasak ketika di padang bola, namun pada hari ketika disatukan gadis pujaannya sejak zaman remaja, Walcott tidak dapat menyembunyikan rasa terharu kerana akhirnya bergelar suami. 

"Ia sangat luar biasa kerana akhirnya saya memanggil Melanie isteri. Sekarang saya sangat teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada masa depan kami.

"Saya tidak fikir perkahwinan ini akan merubah hubungan kami, saya harap tidak kerana perkahwinan adalah segala-galanya yang kami impikan selama ini," ujar Walcott. 

Setelah menjadi pasangan suami isteri, Walcott dan Melanie mempunyai beberapa pilihan tempat tinggal, iaitu sama ada mahu kekal di England atau berhijrah ke Itali. 

Semua bergantung kepada kontrak Walcott bersama Arsenal musim depan. 

Sementara itu Melanie mengakui, detik paling indah dalam hidupnya adalah ketika melihat lelaki pujaannya menanti di atas altar untuk melafazkan ikrar perkahwinan mereka. 

"Ia adalah detik paling indah ketika saya melihat Theo menanti di atas altar. Emosi saya bercampur baur, saya sangat teruja dan gembira kerana bakal mengahwini lelaki yang paling saya cintai.

"Begitupun pada masa yang sama, saya rasa gelisah kerana sedar saya akan memasuki satu fasa baharu dalam hidup saya," ujar Melanie. 

Melanie sebelum ini pernah dilabel sebagai Coleen McLoughlin (isteri Wayne Rooney) baharu oleh media Britain, namun dia lebih gemar bersikap rendah diri dengan hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai fisioterapi. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Jumaat, 8 Februari 2013

England mula 'cakap besar'



LAMPARD (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua England ketika menentang Brazil pada aksi persahabatan di Stadium Wembley awal pagi semalam.


LONDON - Perancang England, Frank Lampard percaya kemenangan 2-1 ke atas Brazil di Stadium Wembley awal pagi semalam membuktikan skuad kendalian Roy Hodgson itu akhirnya sudah cukup ampuh untuk memberi tentangan kepada pasukan-pasukan gergasi di dunia ini.

Selepas mempamerkan prestasi hambar ketika era Fabio Capello dan permainan berhati-hati pada awal bimbingan Hodgson, England akhirnya mencatat kemenangan pertama ke atas Brazil sejak 23 tahun hasil permainan corak serangan yang diterapkan skuad gabungan pemain muda dan veteran itu.

Dengan Steven Gerrard mengetuai jentera tengah, dua pemain muda - Jack Wilshere dan Tom Cleverley diberi peluang untuk naik membantu jentera serangan di belakang Wayne Rooney, manakala Theo Walcott dan Danny Welbeck menambahkan lagi ancaman England di bahagian sayap.

Ia satu gabungan yang menakjubkan dan sukar untuk dihadapi oleh Brazil terutamanya ketika Rooney membuka jaringan hasil serangan bertali arus yang melibatkan Wilshere dan Walcott.

Walaupun Brazil berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua menerusi Fred, perancang Chelsea, Lampard pula muncul menghadiahkan kemenangan buat The Three Lions pada minit ke-60.
"Konsentrasi dan kerjasama di bahagian tengah di antara saya, Steven (Gerrard) dan Jack sangat hebat," jelas Lampard.

"Kami sangat berbahaya ketika naik menyerang dan kami juga memiliki kepantasan. Kalau kamu lihat kepada pasukan ini sekarang, kamu akan dapati ia lebih sedikit mengujakan.

"Kalau kamu lihat apa yang Theo lakukan ketika bertahan, apa yang Wayne dan Danny lakukan, kamu akan sedar bahawa kami mampu mengalahkan mana-mana pasukan.

"Daripada segi kerja berpasukan dan peluang yang kami cipta, jelas sekali kami lebih bagus daripada Brazil yang mempunyai pemain berkualiti." - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

England mengganas


LAMPARD menjaringkan gol kemenangan England pada aksi menentang Brazil awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, England menang 2-1.


LONDON – Selepas 23 tahun, England akhirnya berjaya memusnahkan Brazil. Walaupun sekadar aksi persahabatan, tetapi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad kendalian Roy Hodgson itu membawa makna yang amat besar buat bola sepak England.

Ia satu kebangkitan yang sudah lama dinantikan oleh penyokong fanatik England yang selama ini sering dihampakan oleh bekas gergasi bola sepak dunia itu.

Bukan setakat berjaya menamatkan badi selama 23 tahun tetapi juga merupakan kali pertama England berjaya mengatasi Brazil dengan jaringan dua gol sejak tahun 1984.

Hodgson merupakan individu paling berbangga dengan kejayaan itu dan dia melontarkan pujian terhadap aksi anak-anak buahnya yang berjaya mencatatkan kemenangan pertama ke atas juara dunia lima kali itu.

Jaringan Wayne Rooney dan Frank Lampard kelmarin sudah cukup untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang England ke atas Brazil pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu.
Hodgson berkata: “Saya sangat berpuas hati. Kami telah membuktikan bahawa kami sudah cukup bagus.

“Ia pertemuan pertama saya dengan Brazil sebagai jurulatih dan saya gembira kerana berjaya melaksanakannya dengan kemenangan.

“Kemenangan ini sesuatu yang positif bagi kami. Saya harap ia akan melonjakkan lagi keyakinan pemain. Paling penting, ia satu persembahan yang sangat memuaskan daripada seluruh pasukan.”
Pada perlawanan tersebut, penjaga gol England, Joe Hart berjaya menyelamatkan dua percubaan Ronaldinho hasil daripada sepakan penalti sebelum Rooney meletakkan The Three Lions di depan pada minit ke-27.

Penyerang Brazil, Fred kemudian menyamakan kedudukan 1-1 namun, perancang Chelsea, Lampard meledakkan gol kemenangan pada babak kedua.

Ini adalah kemenangan pertama England ke atas Brazil dalam 23 tahun dan juga kali pertama mereka menjaringkan dua gol ke atas gergasi Amerika Selatan itu sejak 1984.
“Apabila kamu mengendalikan skuad England dan bermain di Wembley, kamu pasti akan bangga dengan setiap kemenangan.

“Selain daripada aksi hambar pada awal babak kedua di mana kami banyak kehilangan bola, pasukan ini bagaimanapun berjaya menangani asakan Brazil dengan baik sekali.

“Apa yang paling saya puas hati ialah kami berjaya menunjukkan karakter sebenar meskipun dalam keadaan tertekan,” katanya.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengakui England memang layak untuk menang.
Bekas pengurus Chelsea itu berkata: “Saya tidak kecewa kerana kalah pada perlawanan ini.

“Kami beraksi menentang pasukan England yang memiliki pemain berkualiti dan berkelebihan dari segi fizikal,” ujarnya. – Agensi

-Kosmo_

Isnin, 21 Januari 2013

Chelsea bergelut atasi Arsenal



LAMPARD (dua dari kanan) antara penyumbang gol buat Chelsea semalam apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Ramirez dijatuhkan dalam kotak penalti.


LONDON - Chelsea menarik nafas lega apabila berjaya mengatasi tentangan sengit Arsenal sebelum mencipta kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana England yang berlangsung di bawah cuaca bersalji di Stamford Brigde semalam.

Kemenangan itu sekali gus membantu Chelsea terus menghambat pendahulu liga, Manchester United dan Manchester City di tangga kedua.

Walaupun mendahului selesa 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Juan Mata dan penalti Frank Lampard, kelab bimbingan Rafa Benitez ini dipaksa bekerja keras dalam babak kedua untuk mempertahankan kedudukan itu.

Ini berikutan Arsenal mempamerkan kebangkitan sebaik permainan bersambung sehingga membolehkan mereka merapatkan jurang menerusi Theo Walcott.

Jaringan itu menaikkan semangat pemain-pemain Arsenal yang mengasak sehingga saat-saat akhir permainan untuk mencari gol penyamaan.

Namun, usaha pasukan pelawat itu tidak berhasil, sekali gus menghadiahkan kemenangan yang dicari-cari Chelsea selepas hanya seri 2-2 dengan Southampton pada Khamis lalu.

Dengan kemenangan itu, Chelsea kekal ketinggalan enam mata di belakang City untuk terus menghuni tangga ketiga liga. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my