Memaparkan catatan dengan label Lions XII. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lions XII. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2013

Amukan ATM menakjubkan



PENYERANG ATM, Marlon Alex James (kiri) tampil cemerlang untuk memusnahkan impian Lions XII pada aksi suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.


PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan memuji kebangkitan dramatik anak-anak buahnya dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2013 bagi menyingkirkan Lions XII dengan kemenangan 4-2 secara agregat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.

Sebelum turun, skuad The Gladiators ketinggalan dengan agregat 0-1 selepas tewas dalam aksi pertama minggu lalu bagaimana pun itu tidak menghalang mereka mempamerkan aksi garang untuk membenam Lions XII 4-1 pada aksi timbal-balik tersebut.

Menurut Sathianathan, para pemainnya bermain mengikut arahan serta beliau tidak menafikan kualiti yang ada dalam penjaring hatrik pada perlawanan tersebut, Marlon Alex James yang menjadi nadi utama kebangkitan mereka pada aksi kedua itu.

“Seperti saya pernah katakan sebelum ini, jika para pemain mengikut perancangan serta sentiasa menyerang tidak mustahil kami mampu mencatat kejayaan seumpama ini.

“Saya memuji persembahan semua pemain terutama benteng pertahanan yang berfungsi dengan baik dan bagi Marlon sememangnya saya akui dia merupakan seorang pemain yang sangat berkualiti.
“Saya tahu memang dia (Marlon) akan jaringkan gol pada malam ini (kelmarin).

“Tetapi saya sedikit kecewa dengan layangan kad merah kepada Amiridzwan Taj Tajuddin kerana bagi saya dia perlu mengawal emosi dalam perlawanan getir seperti ini namun saya akan memikirkan pengganti yang sesuai untuk tempatnya pada separuh akhir nanti,” kata Sathianathan.

Dalam pada itu, Sathianathan berkata, beliau juga sangat berpuas hati kerana dapat menyingkirkan pasukan kuat seperti Lions XII pada peringkat suku akhir ini dan pada musim lalu, ATM menyingkirkan skuad yang sama pada peringkat separuh akhir.

“Saya sangat berpuas hati kerana dapat menyingkirkan pasukan hebat seperti Lions XII pada peringkat ini. Saya rasa bukan saya seorang yang gembira, malah semua orang gembira apabila pasukan ini tersingkir kerana mereka sebuah pasukan yang sangat sukar untuk dijinakkan.

“Saya masih tidak memikirkan aksi separuh akhir dan saya tidak kisah lawan mana yang akan kami temui. Biarlah kami meraikan dahulu kejayaan manis malam ini (kelmarin) dahulu,” kata Sathianathan lagi.

Sementara itu, jurulatih Lions XII, V. Sundramoorthy berkata, beliau sangat kecewa kerana perjalanan skuad Lions XII terkandas pada suku akhir musim ini.

Katanya, beliau memuji persembahan bertenanga ATM dalam aksi kedua itu dan mereka ternyata lebih bersedia untuk aksi kedua itu selepas tewas tipis 0-1 pada aksi pertama minggu lalu.

“Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini, dan ATM sememangnya berhak menang kerana mereka beraksi sangat sempurna pada aksi kedua malam ini (kelmarin).

“Pasukan saya tidak bernasib baik, kami seperti hilang punca dan kesempatan itu telah digunakan sepenuhnya oleh ATM untuk mengasak ke kubu kami,” kata Sundramoorthy.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 3 Oktober 2013

ATM waspada 'bola mati' Lions


JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya berhati-hati dengan setiap set piece yang diperoleh Lions XII dalam pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini
.
Menurut Sathianathan, set piece merupakan senjata utama Lions XII selain keampuhan benteng pertahanan juara Liga Super itu yang dianggap faktor penyumbang kejayaan mereka sebelum ini.

Pada masa sama, Sathianathan menuntut The Gladiators tampil dengan corak menyerang jika mahu mengubah skrip keputusan aksi suku akhir pertama yang menyaksikan Lions XII meraih kemenangan tipis 1-0.

“Seperti semua sedia maklum, Lions XII sangat bahaya jika mendapat peluang menerusi set piece, sama ada sepakan percuma atau sepakan penjuru

“Itu kelebihan mereka, situasi ‘bola mati’ menjadi kekuatan Lions XII untuk menghasilkan gol dalam kebanyakan perlawanan sebelum ini.

“Saya juga melihat Lions XII sangat kental ketika bertahan. Barisan pertahanan mereka amat berdisiplin dan jika mendahului lawan, mereka pasti akan bertahan dengan baik.

“Jadi, saya sentiasa mengingatkan para pemain agar bermain bersungguh-sungguh sepanjang perlawanan berlangsung,” kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau gembira apabila kesemua pemainnya cergas serta bebas daripada penggantungan perlawanan.

Sathianathan sudah pasti menagih bisa penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Marlon Alex James sambil dibantu oleh kepakaran kapten, Hairuddin Omar.

‘Arkitek’ ATM, Bruno Martelotto yang kurang cergas minggu lalu juga diharap sudah kembali kepada prestasi sebenar dalam misi merencana bahagian tengah The Gladiators.

Menyedari peluang ATM mara ke saingan separuh akhir masih ada, Sathianathan optimis anak-anak buahnya mampu ‘melangsaikan’ misi mereka malam ini.

“Saya yakin kami mampu mengatasi keputusan 1-0 itu dan kami akan turun dengan aksi menyerang habis-habisan.

“Saya sedar, Lions XII juga tidak akan duduk diam dan selesa dengan kelebihan satu gol itu dan saya jangka mereka juga akan bermain dengan corak serangan.

“Jadi mana-mana pasukan yang tidak melakukan kesilapan pasti akan menang,” kata Sathianathan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 2 Oktober 2013

ATM sedia perangkap Lions XII di Selayang



HAIRUDDIN (tengah) bakal memainkan peranan penting bagi merangka serangan ATM ketika menentang Lions XII di Selayang malam esok.


HANYA kemenangan menjadi fokus Angkatan Tentera Malaysia ketika melayan kunjungan Lions XII pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok, lapor NOR AZIRAN YUNUS.

Justeru, kapten ATM, Hairud- din Omar berharap The Gladia- tors bangkit bagi mengatasi defisit satu gol yang dimiliki Lions XII dalam aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu.
Menurut Hairuddin, mereka perlu mencari gol awal untuk menyamakan agregat sebelum memikirkan jaringan kemenangan bagi melayakkan diri ke separuh akhir.

"Saya dan rakan-rakan sudah bersedia untuk aksi suku akhir kedua itu nanti dan motivasi para pemain ATM kini juga berada dalam keadaan terbaik dan kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

"Apa yang saya harapkan adalah komitmen rakan-rakan sepasukan termasuk diri saya sendiri kerana kami kini ketinggalan dengan satu gol.

"Namun, saya anggap ia merupakan satu tekanan positif. Kami perlu turun bermain bagi menyamakan agregat seterusnya mencari gol kemenangan.

"Saya tidak rasa ia satu tekanan yang sangat berat untuk mencipta kemenangan dalam pertemuan kedua nanti. 

"Tambahan pula, ATM kini memiliki kesebelasan terbaik selepas semua pemain bebas daripada kecederaan dan kami juga akan turun beraksi di hadapan penyokong sendiri," kata Hairuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Hairuddin juga memberitahu, The Gladiators akan menukar corak permainan menyerang pada pertemuan malam esok.

Katanya, ATM terpaksa bermain secara bertahan di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu kerana menyedari Lions XII memiliki kelebihan beraksi di padang rumput tiruan itu.

"Untuk pertemuan Jumaat ini (esok), kami perlu kembali bermain dengan corak menyerang untuk mencipta lebih banyak jaringan," jelasnya.

Lions XII membawa bekalan tipis satu gol ke Selayang hasil kemenangan 1-0 jaringan Madhu Mohana dalam pertemuan suku akhir pertama.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Jumaat, 6 September 2013

Tarikh perlawanan Sarawak, Lions XII diumum hari ini

BERITA HARIAN
 
Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan membuat keputusan mengenai tarikh sebenar perlawanan membabitkan Sarawak dengan Lions XII pada aksi Kumpulan D saingan Piala Ma laysia di Stadium Jalan Besar, hari ini.

Ketua Jabatan Pertandingan Tempatan FAM, Mohd Shazli Sheikh Mohd, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan wakil Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), semalam dan akan cuba menyelesaikan masalah itu hari ini.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Selasa, 3 September 2013

Lions XII dilabel 'anak emas' FAM



AKSI antara Sarawak dan Lions XII dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 24 Ogos lalu.


JUARA Liga Super, Lions XII sekali lagi menerima 'layanan istimewa' daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selepas mendapat 'lampu hijau' untuk menyenaraikan 10 pemain berusia lebih 23 tahun ketika kembali beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim lalu, Lions XII seakan-akan 'kebal' apabila tidak akan 'diturunkan pangkat' ke saingan Liga Premier sehingga 2015 meskipun menduduki tangga tercorot Liga Super.

Ia berdasarkan memorandum persefahaman (MoU) antara FAM dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini.

Terbaharu, FAM memberi kebenaran kepada skuad kendalian V. Sundramoorthy itu untuk beraksi lewat sehari berbanding kesemua perlawanan lain ketika melayan kunjungan Sarawak di Stadium Jalan Besar, Singapura dalam aksi Kumpulan D Piala Malaysia pada 18 September depan.

Situasi itu jelas mengundang kemarahan pengendali Bujang Senang, Robert Alberts apabila beliau hanya memiliki tempoh rehat yang terhad sebelum melayan kunjungan Perak di Stadium Negeri, Petra Jaya pada aksi terakhir Kumpulan D tiga hari kemudian.

Difahamkan, pindaan tarikh perlawanan itu disebabkan Lions XII beraksi pada Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung di Kuantan, Pahang dari 7 hingga 14 September ini.

'Layanan istimewa' yang diterima Lions XII itu jelas tidak disenangi majoriti peminat bola sepak tempatan terutama penyokong Sarawak yang mahu FAM bersikap lebih adil.

Tambahan pula, Lions XII pasti memiliki momentum selepas mengharungi Pestabola Merdeka berbanding Bujang Senang yang hanya akan kembali beraksi selepas aksi Piala Malaysia direhatkan lebih dua minggu.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Afandi Hamzah tidak dapat mengulas lanjut mengenai pindaan tarikh perlawanan yang membabitkan kedua-dua pasukan berkenaan.

"Saya masih belum menerima maklumat daripada pegawai saya berhubung perkara itu," katanya ringkas kepada Kosmo! semalam.

Isnin lalu, Kosmo! melaporkan hasrat Alberts yang telah memohon Persatuan Bola Sepak Sarawak supaya mendapatkan penjelasan daripada FAM berhubung perkara itu.

Alberts yang kecewa dengan perkara itu berkata, situasi tersebut akan memberikan kelebihan kepada Lions XII terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pindaan tarikh berkenaan.

"Pasukan Lions XII telah mengemukakan permohonan berkenaan kerana terlibat dalam Pestabola Merdeka," jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 28 Ogos 2013

Liga Malaysia didakwa kembali dihantui rasuah


PENYERANG Selangor, Muhammad Afiq Azmi (kanan) dicabar pertahanan Sime Darby, Firdaus Faudzi pada aksi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin yang menyaksikan pasukan Selangor tewas 0-3.


IMEJ Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) sekali lagi menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan pemerhati dan peminat tempatan.

Semuanya gara-gara beberapa aksi meragukan dalam kempen Piala Malaysia yang baru berlangsung tiga perlawanan peringkat kumpulan membabitkan 16 pasukan.

Antara kejutan yang berlaku setakat ini sudah pasti melibatkan prestasi hambar beberapa pasukan elit, antaranya Lions XII dan Selangor.

Selaku juara Liga Super, Lions XII sekadar mampu meraih satu mata, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot Kumpulan D di belakang Perak, Sarawak dan Kedah.

Selangor yang tampil selaku juara Piala Malaysia 32 kali turut mengalami kemerosotan prestasi apabila terperosok dalam saingan Kumpulan A di belakang Sime Darby, Johor dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Berbeza pula dengan nasib dua pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS dan Sime Darby yang dilihat lebih bergaya apabila masing-masing mengungguli Kumpulan A dan Kumpulan B.

Elemen-elemen kejutan itu mula membuatkan sesetengah pihak membuat andaian bahawa arena bola sepak Malaysia kini kembali dilanda gejala rasuah sebagaimana tahun 1995.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat memberitahu, setakat ini belum ada mana-mana pemain atau pegawai bola sepak didakwa atas kesalahan gejala rasuah.

Sebaliknya, Aseh berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memantau aktiviti pemain dan pegawai pertandingan dari semasa ke semasa.
“Saya tidak dapat mengesahkan kesahihan (rasuah) tetapi saya terdengar ‘cakap-cakap belakang’ mengenai situasi bola sepak kita sekarang.

“FAM dan SPRM telah memantau perkembangan bola sepak negara dan buat masa ini, pihak kami tidak terima sebarang aduan berhubung kes rasuah,” kata Aseh ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Bagaimanapun, Aseh berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak supaya lebih berani tampil memberikan maklumat atau bukti kepada pihak berkuasa jika benar gejala rasuah berlaku.
“Kami sentiasa bersedia menerima maklumat daripada pihak pengadu atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat. Cuma saya minta pengadu itu harus bertanggungjawab dengan setiap maklumat yang diberikan.

“Ini bukan satu masalah baharu. Jangan jadi seperti baling batu tetapi sorok tangan di belakang. Perkara sebeginilah menyebabkan siasatan kami tergendala.

“Jangan risau, identiti dan keselamatan mereka kekal selamat dan itu janji saya,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menambah, badan induk itu sentiasa memantau setiap perlawanan bagi mengelak daripada sebarang unsur rasuah.

“Sekiranya kami menerima maklumat sahih berhubung gejala rasuah, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut peraturan sedia ada.

“Buat masa ini, kami telah bekerjasama dengan pihak SPRM bagi membendung gejala rasuah daripada kembali menular dalam liga bola sepak tempatan,” katanya.

Selasa, 27 Ogos 2013

Taring Singa makin tumpul

Oleh Bashah Zainol Abidin dan Azizan Hashim
 
Ipoh: Perak terus menyempitkan laluan Lions XII dalam kempen Piala Malaysia Kumpulan D hasil kejayaan menundukkan skuad dari Singapura itu 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

Bagaikan kebal di gelanggang sendiri, Perak yang belum tumpas setakat ini, memperoleh jaringan tunggal menerusi Azlan Ismail seawal minit ke-9.
Jaringan itu kekal sehingga babak pertama berakhir.


Walaupun Lions XII menambah tekanan pada babak kedua, Perak berjaya menghalang rentetan percubaan berbahaya pelawat untuk memastikan kemenangan kedua skuad itu pada kempen kali ini.

Kemenangan itu menyaksikan Perak bagaikan sudah berada satu kaki untuk ke suku akhir apabila mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu keputusan seri.

Selepas tiga perlawanan, Lions XII kini berada di laluan yang sukar selepas sekadar mengutip satu mata dan perlu menang dalam baki tiga perlawanan selepas ini bermula dengan Perak di Stadium Jalan Besar, Sabtu depan.

l Di Alor Setar, dalam satu lagi saingan Kumpulan D, Kedah dan Sarawak sekadar seri 0-0 sekali gus menyaksikan skuad Hijau Kuning terus gagal memburu kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut dalam kempen kali ini.
Sekalipun hampir di depan, jaringan hasil rembatan padu Baddrol Bakhtiar pada minit ke-39 dibatalkan pengadil akibat Khyril Muhymeen Zambri yang dikatakan ofsaid

Perdaya pertahanan

Pada babak kedua, permainan tambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan cubaan terbaik Sarawak muncul menerusi penyerang Bobby Gonzalez yang berjaya memperdaya dua pertahanan Kedah pada minit ke-56, namun rembatan kencangnya sekadar menggegar palang, diikuti tandukannya turut melencong ke kanan gawang.

Kedah turut mempunyai peluang terhidang menerusi pemain tengah, Mohd Syazwan Zainon dua minit kemudian yang berjaya memperdaya perangkap ofsaid pertahanan Sarawak, Mafry Balang, tetapi kelewatannya melepaskan rembatan membuatkannya berputih mata.

Sarawak kini di kedudukan kedua Kumpulan D apabila mengumpul empat mata diikuti Kedah, tiga mata manakala Lion XII, satu mata.

Isnin, 26 Ogos 2013

Seladang tekad ratah Singa

Oleh Azizan Hashim 
 
Ipoh: Selepas Kedah dan Sarawak tunjuk bisa menjinakkan Lions XII, Perak bertekad mengikuti jejak kedua-dua pasukan itu apabila turun melayan kunjungan juara Liga Super itu dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Perak, malam ini.

Jurulatihnya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, kejayaan Kedah mengikat Lions XII 2-2 di Stadium Jalan Besar dan keupayaan juara Liga Perdana Sarawak mengejutkan anak buah V Sundramoorthy 2-1 harus menjadi rangsangan terbaik kepada anak buahnya untuk membenam juara Liga Super itu.

Tidak mahu diperangkap


Jika kedua-dua pasukan itu (Kedah dan Sarawak) mampu menjinakkan Lions XII, mengapa kita tidak. Jadi, saya mahu pemain menjadikan kejayaan kedua-dua pasukan itu contoh terbaik betapa juara Liga Super itu bukan terlalu kebal untuk ditumpaskan.

Saya percaya jika mereka mengikut segala percaturan yang sudah direncanakan dan tidak melakukan kesilapan mudah, kemenangan sudah pasti berada dalam genggaman sekali gus mencerahkan peluang kita ke suku akhir, katanya semalam.

Mohd Azraai yang terkenal dengan magisnya dalam kempen Piala Malaysia apabila membantu Kedah dan Negeri Sembilan menjulang piala berprestij itu bagaimanapun mengingatkan anak didiknya tidak terlalu yakin membenam lawan.

Kami perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam kebangkitan lawan yang sudah tentu tidak mahu tewas kerana akan menjejaskan peluang mereka ke suku akhir. Malah, mereka sudah tentu tidak mahu status mereka sebagai Liga Super dicemari dengan gagal ke saingan kalah mati, katanya.

Bagi menghadapi perlawanan malam ini, Azraai dijangka menurunkan kesebelasan sama ketika seri 1-1 menentang Kedah, Sabtu lalu yang menyaksikan dua pemain muda, Mohd Norhakim Isa dan Mohammad Syahmil Khairi beraksi cemerlang mengekang pemain lawan.

Isnin, 29 Julai 2013

Lions XII tidak tertekan

Oleh NOR AZIRAN YUNUS


SHAHRIL (kanan), salah seorang daripada tiga pemain yang melebihi usia 23 tahun dalam skuad Lions XII.


JUARA Liga Super, Lions XII tidak mahu mendabik dada.
Wakil dari Singapura itu lebih selesa jika dianggap sebagai pasukan bukan pilihan pada kempen Piala Malaysia 2013 yang bakal membuka tirainya 20 Ogos nanti.

Jurulatihnya, V. Sundramoorthy berkata, status selaku juara Liga Super bukan jaminan buat mereka untuk berasa selesa pada kempen Piala Malaysia itu.

Menurutnya, sudah menjadi tradisi dalam saingan paling berprestij di Malaysia itu, semua pasukan perlu bekerja keras untuk menjadi juara.

"Pasukan saya dibarisi pemain muda bawah 23 tahun dan mereka perlu bekerja keras dalam saingan Piala Malaysia. Saya juga melihat kami akan beraksi tanpa sebarang tekanan.

"Bagi saya, pasukan-pasukan elit lain yang dibarisi pemain senior dan pemain-pemain import yang hebat, perlu lebih merasai tekanan. Bagi kami, sebagai sebuah pasukan muda, kami lebih selesa beraksi sebagai sebuah pasukan bukan pilihan," kata Sundramoorthy ketika ditemui Kosmo!, baru-baru ini.

Tegasnya, beliau turut berpuas hati dengan undian Piala Malaysia kali ini yang menyaksikan Lions XII diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Perak, Sarawak dan Kedah.
Sundramoorthy berkata, beliau meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan, sekali gus mara ke suku akhir.

"Selepas melepasi peringkat kumpulan dan beraksi di suku akhir, barulah kami mencongak peluang seterusnya dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

"Selain itu, walaupun kami tidak pernah tewas dalam saingan Liga Super ketika beraksi di gelanggang sendiri, sukar untuk saya nyatakan dalam saingan Piala Malaysia nanti. Dalam bola sepak, apa juga perkara boleh berlaku dan ia sangat sukar untuk dijangka.

"Saya berpendapat, jika kami menampilkan aksi yang sama (dalam Liga Super) ketika beraksi di Stadium Jalan Besar itu nanti, tidak mustahil sasaran awal ke suku akhir tidak sukar untuk dicapai," katanya.

Dalam saingan kali ini, hanya tiga pemain tonggak yang melebihi usia 23 tahun membantu pasukan Lions XII iaitu ketua pasukan, Shahril Ishak, Isa Halim dan Baihakki Khaizan, manakala selebihnya adalah para pemain skuad Bawah-23 (B-23) tahun Singapura.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 9 Julai 2013

'Sang juara' terima habuan hari ini



IMBAS KEMBALI... Barisan pemain serta pegawai skuad Pulau Pinang meraikan kejayaaan muncul juara Liga FAM 2013 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Jun lalu.


KESEMUA pemenang Liga Malaysia (Liga M) meliputi juara Liga Super, Liga Premier dan Liga FAM akan menerima hadiah kemenangan serta insentif tahunan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pasukan masing-masing hari ini. 

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, selain hadiah kemenangan serta insentif berkenaan yang berjumlah RM5.132 juta, pasukan tuan rumah yang mendapat liputan perlawanan secara langsung daripada Astro sepanjang musim ini turut akan menerima bayaran pampasan berjumlah RM950,000.

"Bayaran kepada pegawai perlawanan kejohanan bawah umur seperti bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun hampir RM200,000 turut akan dikreditkan esok (hari ini) termasuk subsidi untuk Liga Futsal Kebangsaan 2012 yang turut berjumlah RM700,000 dan kesemua bayaran ini melibatkan wang tunai berjumlah RM8 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis meraikan perpisahan bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempersoalkan wang penajaan RM30 juta setahun yang diterima FAM daripada Astro untuk hak penyiaran Liga M yang sepatutnya diagihkan kepada pasukan tempatan yang menghadapi masalah kewangan.

Dalam perkembangan berasingan, Hamidin berkata, FAM tidak akan berganjak dengan keputusan asal mereka untuk tidak membenarkan mana-mana pasukan yang layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia meminjam pemain pasukan lain.

Katanya, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada pengurusan pasukan bola sepak tempatan melalui beberapa seminar dan taklimat yang diadakan oleh FAM pada awal tahun ini.

"Keputusan yang sama turut dicapai oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM sejak awal tahun ini selain mengurangkan kerenah birokrasi di FAM yang mempunyai beberapa sekretariat.
"Pasukan hanya boleh menguatkan pemain menerusi dua pintu perpindahan pemain yang dibuka pada Januari dan April lepas," kata Hamidin.

Ahad lalu, penolong pengurus T-Team, Mohamed Sekanther Abdul Hamed dilapor sebagai berkata, wakil kelab Terengganu itu berhasrat meminjam tiga pemain yang beraksi di posisi penyerang, pemain tengah dan penjaga gol untuk memperkuatkan skuad The Titans bagi menghadapi kempen Piala Malaysia bulan depan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 7 Julai 2013

Lions XII boleh kena tindakan - FAM

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - Padah boleh menanti Lions XII sekiranya terdapat aduan berasas yang menunjukkan mereka tidak membenarkan penggunaan padang di Stadium Jalan Besar, sehari sebelum perlawanan kepada pasukan pelawat.

Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang berkata, menjadi satu kesalahan sekiranya pasukan tuan rumah tidak memberikan ruang kepada mana-mana pasukan lawan menguji terlebih dahulu permukaan padang tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Ujarnya, pasukan yang terlibat boleh menyatakan aduan secara rasmi kepada badan induk bola sepak negara itu dan mereka turut akan meneliti laporan dikemukakan oleh pegawai perlawanan bagi mendapatkan bukti.

"Menurut pemahaman saya difahamkan ada sebahagian pasukan tidak dapat menggunakan Stadium Jalan Besar sehari sebelum perlawanan manakala yang sebahagiannya tidak berdepan sebarang masalah, namun menjadi satu kesalahan jika mereka tidak membenarkan lawan berlatih tanpa sebarang alasan yang kukuh melainkan mereka ada perkara lain untuk digunakan di atas padang tersebut.

"Pengecualian latihan di tempat perlawanan sehari sebelum aksi sebenar hanya dibolehkan jika cuaca hujan kerana boleh merosakkan permukaan padang tetapi di Jalan Besar adalah padang tiruan, jadi sudah tentu tiada sebarang masalah.

"JKPT FAM amat prihatin apabila mendengar permasalahan ini dan mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada FAM dan akan meneliti laporan yang dikemukakan oleh komisioner perlawanan," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Liga Futsal Felda Kebangsaan 2013 di Menara Felda, semalam.

Dalam laporan Utusan Malaysia pada 5 Julai lalu, jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan dan Perak, Mohd. Azraai Khor ada menyatakan yang pasukan mereka tidak dibenarkan menjalani latihan di Stadium Jalan Besar, sehari sebelum perlawanan dan hanya diberikan padang latihan tiruan di Bukit Timah.

Faktor itu menyebabkan mereka tidak menyesuaikan diri dengan keadaan padang tiruan di Jalan Besar yang berbeza dan menyukarkan perancangan jurulatih mencongak strategi.

Selain itu, pemain mereka juga berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan permukaan padang tiruan kerana menjadikan pergerakan bola terlalu laju yang menyebabkan mereka sukar untuk melakukan serta menerima hantaran.

Lions XII muncul juara Liga Super 2012 setelah mengaut 31 daripada 43 mata di Jalan Besar dan tidak kalah di gelanggang sendiri kepada mana-mana pasukan.

Dalam perkembangan yang sama, Hamidin menjelaskan, soal penggunaan padang tiruan tidak menjadi satu masalah besar kerana mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
"Perkara ini mula menjadi isu selepas Lions XII menjuarai Liga Super baru-baru ini sedangkan mereka telah menggunakan padang tiruan sejak musim lalu.

"Sebenarnya tiada masalah untuk beraksi di atas padang tiruan kerana telah mendapat kebenaran FIFA, namun kami di FAM bersetuju menerima sebarang pendapat rungutan daripada semua pihak," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Sabtu, 6 Julai 2013

Liga Super: Kelantan menang penentuan ‘dua juara’

Liga Super: Kelantan menang penentuan ‘dua juara’ Penjaga gol Lions XII Khairulhin berjaya menyelamatkan pintu gol daripada asakan penyerang Kelantan pada pertemuan terakhir Liga Super di Stadium Sultan Muhammad, malam tadi.
Kota Bharu: Juara Piala FA, Kelantan mengembalikan maruah negara apabila berjaya membenam juara Liga Super Lions XII 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.

Seawal minit ke-6, Mohd Badhri Radzi sudah menceriakan penyokong tuan rumah apabila sepakan sudutnya terus menerjah jaring sekali gus menewaskan penjaga gol lawan, Muhammad Khairulhin Mohd Khalid untuk gol pertama The Red Warriors (TRW).
Palang jadi penghalang




Ketinggalan menyaksikan Lions XII menggandakan asakan dan sepakan percuma Shahfiq Ghani minit ke-13 hampir menjadikan kedudukan kembali seimbang namun ia bijak ditepis penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Shahfiq sekali lagi kecewa apabila melihat percubaan keduanya pada minit ke-31 turut gagal menerjah gawang tuan rumah apabila dinafikan palang gol.

Bermain di depan lebih 20,000 penyokong setia ternyata memberi tonik kepada TRW dan berpunca daripada lorongan Mohd Badhri ia pantas dimanfaatkan tonggak import berbisa, Dickson Nwakaeme yang merembat kencang untuk gol kedua minit ke-58 sekali gus kedudukan 2-0 kekal hingga tamat saingan. 
 
 
Bharian

Jumaat, 5 Julai 2013

Padang tiruan beri Lions XII kelebihan

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - Bukan kerana tidak boleh menerima hakikat, namun kelebihan beraksi di atas padang tiruan di Stadium Jalan Besar jelas menjadi faktor paling ketara membantu Lions XII.

Menjuarai Liga Super musim ini dengan 31 mata dikutip di gelanggang sendiri daripada jumlah 43 mata sudah cukup menceritakan segala-galanya.

Pandangan ini turut dipersetujui tiga jurulatih dalam saingan Liga Super, B. Sathianathan (Angkatan Tentera Malaysia), Mohd. Azraai Khor Abdullah (Perak) dan Dollah Salleh (Pahang) yang melihat Lions XII terlalu kebal atas padang tiruan.

Bola yang terlalu laju dan keengganan tuan rumah memberikan ruang kepada lawan menguji satu hari lebih awal permukaan padang di stadium mereka menjadi antara persoalan besar mengapa Jalan Besar menjadi lubuk mata buat Lions XII.

Menurut Sathianathan, yang menyaksikan pasukan bimbingannya kecundang 1-3 kepada Lions XII pada 20 April lalu berkata, walaupun mereka ada mengadakan latihan di padang tiruan dekat Majlis Sukan Negara (MSN), ia masih tidak mencukupi kerana permukaannya yang berbeza.

''Pertama kali, saya hendak memberitahu bukan mudah untuk beraksi di atas padang tiruan sedangkan 21 perlawanan yang lain, kami bermain di atas padang rumput dan jika ada orang berkata padang tiruan memberikan kelebihan besar kepada Lions untuk muncul juara, saya memang bersetuju.

''Tidak banyak tempoh persiapan dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari bagi tujuan penyesuaian malahan permukaan padang tiruan yang ada di padang Majlis Sukan Negara sebenarnya tidak sama seperti mana di Jalan Besar.

''Semasa di sana, kami tidak diberi peluang menguji Stadium Jalan Besar sehari sebelum perlawanan kerana ada perlawanan Liga Singapura (S-League) dan itu memang tidak adil kerana tahap permainan di atas padang tiruan ternyata berbeza sama sekali terutama dalam aspek pergerakan bola," katanya.

Sementara itu, Dollah berkata, Lions XII sebenarnya bergelut apabila beraksi di padang rumput di tempat lawan dengan dua kemenangan sahaja yang mampu dikutip membuktikan mereka hanya gah semasa di kandang sendiri.

''Memang betul, (padang tiruan beri kelebihan), lawan yang bermain di sana benar-benar bergelut kerana daripada segi teknikal, pemain yang jarang-jarang beraksi di atas padang tiruan sukar membuat menduga kelajuan bola.

''Lihatlah sendiri pemain sayap saya, R. Gopinathan yang mempunyai daya kawalan bola yang baik, namun apabila menerima hantaran daripada rakan sepasukan pasti dia akan hilang kawalan sama ada bola akan dirampas lawan atau terkeluar dari kawasan permainan.

''Persoalan saya mengapa mereka tidak boleh bermain di atas padang rumput seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga Super, kelebihan yang dimiliki mereka terlalu ketara," katanya.

Bagi Azraai, mereka hanya diberikan peluang berlatih di padang latihan terletak di Bukit Timah dan para pemainnya diakui sukar menyesuaikan diri dengan cara permainan di atas padang tiruan.

''Lions XII memang beruntung beraksi di atas gelanggang tiruan kerana kebanyakan pasukan lain jelas tidak memperagakan aksi sebenar apabila bertandang ke sana termasuk pasukan saya sendiri.
''Kita lihatlah sendiri bagaimana kawalan bola pemain-pemain Lions yang cukup selesa dan memudahkan mereka meraih kemenangan apabila bertemu lawan yang tidak biasa bermain di gelanggang tiruan.

''Jika musim depan dibiarkan mereka beraksi di atas padang yang sama, saya tidak fikir mana-mana pasukan mampu merampas kejuaraan daripada mereka dalam saingan Liga Super," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 4 Julai 2013

Kejayaan Lions XII tamparan pasukan tempatan

JOHOR BAHRU - Kejayaan juara Liga Super musim 2013, Lions XII kelmarin merupakan tamparan hebat buat pasukan tempatan yang lebih mengutamakan pemain bertaraf bintang untuk bersaing pada edisi kali ini.

Sedangkan pasukan negara republik itu hanya meletakkan harapan kepada para pemain tempatan berusia di bawah 23 tahun bagi menggalas cabaran untuk berhadapan pasukan-pasukan berpengalaman dari Malaysia.

Ternyata strategi V. Sundramoorthy membuahkan hasil apabila pasukan yang dikendalikannya berjaya mengekalkan rentak konsisten sepanjang musim ini.

Tanpa tonggak import, Sundramoorthy memberitahu, skuad yang dibarisi anak-anak muda tempatan itu berjaya bergelar juara.

Malah, mereka dikatakan jauh lebih baik berbanding pasukan Singapura pada tahun 1994.
"Berbanding pasukan lain, pasukan ini tidak meletakkan harapan kepada beberapa pemain utama sebaliknya ia dibarisi para pemain muda untuk menggalas setiap cabaran. Sekiranya berlaku kecederaan kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurunkan pemain muda yang baharu.

"Kebanyakan pasukan tempatan lain, mereka banyak bergantung kepada dua atau tiga pemain utama dan sekiranya berlaku kecederaan mereka mengalami masalah untuk meneruskan cabaran dan menyebabkan mereka tercicir mata kerana tiada pemain mampu menggantikan pemain utama," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam aksi di Stadium Jalan Besar, kelmarin Lions XII membelasah Felda United 4-0 untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super.

Mengulas mengenai pertemuan terakhir Liga Super menentang Kelantan di Kota Bharu, Sabtu ini, beliau memberitahu, beberapa pemain akan direhatkan pada pertemuan itu dan akan membariskan para pemain muda.

Sementara itu, pada saingan Piala Malaysia musim ini, beliau berharap pasukan Lions XII akan diundi bersama pasukan yang lebih mudah bagi membolehkan mereka mara lebih jauh dalam saingan itu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

FAM nafi double standard

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

Hamidin (kanan) menjelaskan tiada lagi majlis penyerahan trofi di Wisma FAM sambil menolak tuduhan adanya layanan istimewa diberikan kepada Lions XII di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu. 
 
KUALA LUMPUR - Kejayaan Lions XII menjulang kejuaraan Liga Super bukan sahaja akan diingati oleh peminat bola sepak tanah air sebagai pasukan jemputan pertama meraih trofi berkenaan sejak diperkenalkan pada tahun 2004, malah layanan kelas pertama diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

Jika dibandingkan dengan apa yang dinikmati oleh juara tahun lalu, Kelantan, jelas seolah-olah terdapat perbezaan antara dua darjat dengan Lions XII berpeluang menjulang trofi berkenaan dan menerima cek di hadapan penyokong sendiri di Stadium Jalan Besar sebaik sahaja mengesahkan kejuaraan menewaskan Felda United 4-0.

Sedangkan Kelantan yang mengesahkan kejuaraan Liga Super dua perlawanan lebih awal musim lalu tidak diberikan kesempatan yang sama oleh FAM apabila disuruh hadir ke Wisma FAM bagi upacara penyerahan trofi berkenaan dan penerimaan cek selepas jadual liga berakhir sehinggakan tidak berpeluang menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri pada mulanya.

Perkara itu bagaimanapun selesai apabila rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) supaya majlis penyerahan trofi itu diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan terakhir Liga Super diterima oleh FAM, namun tidak dihadiri mana-mana pemimpin tertinggi FAM.

Namun, pada perlawanan semalam, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin telah hadir sendiri di Stadium Jalan Besar, untuk menyerahkan trofi Liga Super dan cek kepada Lions XII kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Situasi yang terjadi itu jelas mengundang satu persoalan besar mengapa perkara itu boleh terjadi dan menambahkan lagi kekecewaan para penyokong bola sepak tempatan selepas menyaksikan melihat trofi dari liga sendiri terlepas ke tangan orang luar.

Menjelaskan persoalan itu, Hamidin yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, mulai tahun lalu FAM sebenarnya telah mengubah pendekatan itu dan tiada lagi majlis penyerahan trofi di Wisma FAM selepas Kelantan berpeluang menjulang trofi Liga Super di hadapan penyokong sendiri sambil menolak tuduhan adanya layanan istimewa diberikan kepada Lions XII.

"Sekarang di FAM kami telah mengamalkan konsep baharu dengan setiap pemenang akan terus diberikan trofi seperti mana yang kita lakukan di Singapura, semalam dan bukannya ada layanan khas kepada Lions XII.

"Memang kami telah bersedia sekiranya Lions XII menang, kami akan terus berikan kepada mereka dan saya harap isu ini tidak perlu diperbesarkan, perkara sama juga berlaku jika pasukan lain yang menang, " katanya

Musim lalu, Kelantan memenangi kejuaraan Liga Super selepas mengalahkan Perak 6-0 pada 6 Julai tetapi FAM memberitahu majlis pemberian hadiah kemenangan akan diadakan pada 20 Julai.

Perkara itu ternyata menimbulkan perasaan kurang penyokong Kelantan sebelum FAM berlembut hati dengan membenarkan majlis pemberian trofi itu diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV pada perlawanan menentang Sarawak pada 14 Julai, iaitu aksi terakhir Liga Super 2012.

Tambah Hamidin, FAM telah mengubah pendekatan ini kerana telah memikirkan lebih meriah jika majlis pemberian trofi diadakan di hadapan penyokong sendiri.

"Perkara ini telah difikirkan sejak tahun lalu apabila Kelantan berpeluang menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri dan ia diteruskan lagi pada tahun ini.

"Memang tidak meriah tanpa kehadiran penyokong sendiri dan sebab itulah kami tidak adakan lagi di Wisma FAM seperti mana sebelum ini sebaliknya memberikan terus di tempat mereka bermain," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Misi sama Selangor, Johor DT



PERTAHANAN Selangor, Adam Griffith (kanan) mengasak pemain T-Team, Damir Ibric Yuksel pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin.


PASUKAN manakah yang lebih layak mengiringi Kelantan untuk beraksi dalam kempen Piala AFC musim depan? 

Biarpun Lions XII sudah sah ditabalkan selaku juara Liga Super musim ini, namun wakil Singapura itu tidak layak beraksi pada kempen Piala AFC disebabkan status mereka sebagai pasukan jemputan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Sabtu lalu, Kelantan telah mengesahkan slot ke Piala AFC 2013 secara automatik selepas muncul juara Piala FA hasil kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kini, Selangor dan Johor DT mencongak peluang masing-masing memburu gelaran naib juara Liga Super, sekali gus melayakkan diri secara automatik ke saingan Piala AFC musim depan.

Secara kebetulan, Selangor dan Johor DT akan berentap sesama sendiri pada aksi terakhir Liga Super di Stadium di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Sabtu ini.

Bagi pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim, beliau optimis skuad Gergasi Merah kini berada pada landasan terbaik dalam usaha untuk merebut gelaran naib juara Liga Super musim ini.

“Ia satu pertembungan menarik. Lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan berhajat untuk memburu kedudukan naib juara Liga Super. 

“Lebih menarik, kami bertemu pada aksi penutup tirai Liga Super dan saya percaya perlawanan itu nanti pasti ditunggu-tunggu oleh penyokong setia kedua-dua pasukan.

“Memang kami hanya perlukan seri untuk muncul naib juara, seterusnya layak beraksi pada Piala AFC, namun tiada istilah seri untuk para pemain Selangor.

“Selain itu, saya hanya menuntut mereka melebarkan rekod tiga kemenangan berturut-turut,” kata Irfan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Irfan menyifatkan Johor DT umpama harimau terluka selepas tewas kepada Kelantan pada aksi final Piala FA Sabtu lalu.

Begitupun, Irfan yakin skuad kendaliannya mampu mengulangi prestasi cemerlang ketika mereka menewaskan Johor DT 2-1 di gelanggang lawan pada saingan Piala FA April lalu.

“Saya mahu anak-anak buah saya tampil lebih yakin tetapi biarlah berwaspada. Ini kerana sikap terlalu yakin boleh mengecewakan Selangor.

“Kami menyedari, bukan satu tugas yang mudah untuk menentang Johor DT. Mereka sudah pasti mahu memburu tiga mata berharga pada aksi terakhir liga di depan penyokong sendiri.

“Namun, kami pernah mencipta kejayaan di sana (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) dan saya yakin, Selangor mampu mengulangi persembahan positif itu nanti,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 2 Julai 2013

Lions XII hampiri kejuaraan

Oleh FERZALFIE FAUZI

KUALA LUMPUR - Apakah hari ini gelaran Liga Super 2013 akan menjadi milik Lions XII yang melayan kunjungan pasukan kedua tercorot Felda United di Stadium Jalan Besar, Singapura?

Andai Lions XII menang dalam perlawanan kedua terakhir liga hari ini, bermakna Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT) boleh mengucapkan selamat tinggal kepada trofi Liga Super.
Melainkan Felda mampu mencipta keajaiban di Jalan Besar, segala-galanya akan kembali berubah.

Setakat ini, Lions XII berada di puncak liga dengan 40 mata dan masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang keramat mereka, melainkan seri menentang Johor DT pada 21 Jun lalu. 

Selangor pula berkongsi 36 mata dengan Johor DT, dan pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu memiliki kelebihan bolos paling sedikit.

Jika dilihat dari segi kedudukan liga, tidak ada masalah buat Lions XII untuk memungut mata penuh seterusnya dinobatkan sebagai juara liga, namun Felda United sudah pasti tidak mahu kekal di tangga kedua tercorot yang akan menyebabkan mereka terhumban ke Liga Perdana musim depan.

Selasa lepas, Felda telah menunjukkan sedikit usaha untuk terus kekal di Liga Super selepas berjaya mengikat Johor DT 1-1, jadi perkara yang sama juga boleh berlaku di Stadium Jalan Besar hari ini, yang akan mengheret penentuan juara liga dibawa pada perlawanan terakhir, Sabtu ini.

Selangor bukan sahaja mahu menduduki tempat kedua liga yang membolehkan mereka beraksi di Piala AFC musim depan, mereka sudah tentu mempunyai cita-cita lebih besar dan menghalang trofi Liga Super terlepas ke pasukan jemputan.

"Saya seorang yang percaya kepada keajaiban. Orang nampak Lions XII sangat kuat dan mustahil untuk dikalahkan, tetapi saya rasa tidak mustahil Felda boleh buat kejutan kerana mereka sangat terdesak sekarang dan mahu mengelak daripada tersingkir dari Liga Super musim depan. Lagipun, Lions XII pasti lebih tertekan kerana mereka begitu menginginkan kemenangan.

"Bagi Selangor, saya tidak mahu pemain turun ke padang dengan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi dalam satu lagi pertarungan di Jalan Besar, sebaliknya saya mahu mereka turun dengan memikirkan kita ada dua lagi misi penting untuk diharungi, menentang T-Team dan kemudian Johor DT. Kita harus menang kedua-dua perlawanan kerana kalau tidak muncul juara sekalipun, sekurang-kurangnya kita kena duduk nombor dua. 

"Tahun lalu kita sekadar menghuni tangga ketiga, jadi sudah tentu kita kena memperbaiki kedudukan itu dan berada di tempat yang lebih baik," kata Irfan yang turut tidak dapat menggunakan Mohd. Bunyamin Umar and S. Veenod akibat dibelenggu kecederaan.

Sementara itu, Johor DT harus melupakan kekecewaan tewas kepada Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu, mereka harus pandang ke depan dan berharap dapat menewaskan pasukan tangga tercorot Negeri Sembilan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Menurut penolong jurulatih Johor DT, Ismail Ibrahim, baki dua perlawanan Liga Super sangat penting buat mereka sekarang, sasaran mereka adalah mampu berada di kedudukan terbaik liga untuk melayakkan diri ke Piala AFC 2014

"Kami berharap dua lagi perlawanan Liga Super (termasuk hari ini) dapat berakhir dengan kemenangan dan pemain perlu memberi tumpuan sepenuhnya," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Selasa, 25 Jun 2013

PBNJ kemuka bukti

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI


REAKSI Aidil (kanan) apabila gagal menjaringkan gol pada perlawanan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan mengemukakan bukti video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran kad merah yang diterima tonggak pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak ketika menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

Perkara itu didedahkan oleh jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Fandi Ahmad yang mengesahkan bahawa PBNJ telah menghantar surat rayuan kepada FAM sebelum menyerahkan bukti rakaman video kepada badan induk itu hari ini.

“Kita telah menghantar surat rayuan hari ini (semalam) dan disusuli bukti video rakaman kepada pihak FAM esok (hari ini). 

“Video menunjukkan bahawa Aidil sebenarnya lebih mencabar bola, bukan untuk mengasari pemain Lions XII.

“Khidmat Aidil amat ditagih oleh pasukan dan saya berharap FAM dapat mempertimbangkan kad merah bagi membenarkan dia beraksi pada final Piala FA nanti,” kata Fandi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu, Aidil diarahkan keluar padang selepas mengasari pemain Lions XII, Irwan Shah.

Fandi berkata, beliau dapat membuktikan pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu tidak bersalah selepas menerima kad merah daripada pengadil perlawanan, Zamzaidi Katimin.

Dalam perkembangan lain, Fandi memberi bayangan awal bahawa beliau menurunkan skuad kedua Johor DT ketika melayan kunjungan Felda United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Ini kerana pengendali kelahiran Singapura itu mahu merehatkan barisan pemain utama bagi memberikan tumpuan untuk aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

Begitupun, Fandi tidak mahu memandang rendah terhadap cabaran Felda kerana beliau menyedari skuad Harimau Selatan telah kehilangan ramai tonggak untuk aksi tersebut.

“Kami terpaksa beraksi tanpa khidmat Safee Sali, Safiq Rahim, Andre Francisco dan Nazrin Ahmad yang digantung satu perlawanan.

“Ini merupakan satu situasi sukar buat kami kerana Felda sudah pasti mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata di Larkin.

“Mereka kini terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran Liga Super dan pasti akan berjuang habis-habisan nanti,” kata Fandi.

Ahad, 19 Mei 2013

ATM gagal pintas Lions


HAIRUDDIN Omar (depan) berjaya meloloskan diri daripada kawalan pemain pertahanan Negeri Sembilan ketika aksi Liga Super di Paroi malam tadi, Pada perlawanan tersebut Negeri Sembilan menewaskan ATM 2-1.


HASRAT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memintas kedudukan Lions XII selaku pendahulu Liga Super tidak kesampaian apabila tewas mengejut kepada Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan The Gladiators kekal di tangga kedua liga, dipisah dengan perbezaan dua mata oleh Lions XII.

Pada aksi semalam, skuad kendalian B. Sathianathan terlebih dahulu dihukum menerusi gol pantas Hoben Jang Hoben jaringan Mohd. Fauzi Nan pada minit kedua.

Begitupun, kapten ATM, Hairuddin Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-14, namun kelebihan itu sekadar bertahan selama enam minit apabila Mohd. Nazrin Mohd. Nawi kembali meletakkan Negeri Sembilan di depan menerusi sepakan percuma pada minit ke-20.

The Gladiators yang terdesak untuk mencari gol penyamaan, terus bekerja keras mengasak gawang namun usaha mereka terus menemui kebuntuan.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan.
Ia merupakan kemenangan pertama Hoben Jang Hoben dalam saingan liga musim ini. 

Sementara itu, Selangor PKNS berpesta gol apabila menewaskan Felda United 5-0 pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

PKNS terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mohd. Fauzan Dzulkifli pada minit ke-33 sebelum menggandakan kedudukan hasil jaringan Muhd. Khairu Azrin Khazali (45).

Skuad Abdul Rahman Ibrahim terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Felda apabila penyerang import PKNS, Patrick Ronaldinho Wleh meledak gol ketiga PKNS pada minit ke-50.

Perancang import PKNS, Roman Chmelo terus menambah derita pasukan pelawat dengan menambah gol keempat sebelum penyerang, Mohd. Nizad Ayub melengkapkan kemenangan bergaya itu dengan jaringan kelima pada masa kecederaan.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, Kelantan kempunan meraih tiga mata apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Selangor.

Meskipun beraksi di Kota Bharu, pasukan pelawat lebih banyak mendominasi permainan dan hampir membuka tirai jaringan menerusi penggempur berbisanya, Francis Forkey Doe seawal minit ketujuh namun dibatalkan pengadil selepas pemain tersebut berada dalam kedudukan offsaid.

Penguasaan Selangor berterusan pada minit ke-12 menerusi gerakan menarik Forkey Doe yang berjaya memperdayakan benteng pertahanan tuan rumah, namun rembatannya dinafikan ketangkasan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selangor akhirnya memperoleh gol pertamanya pada minit ke-55 menerusi pemain import, Adam Davids yang berjaya menanduk kemas hantaran pemain gantian, Raimi Mat Nor.

Pada minit ke-66, pemain gantian Kelantan Zairol Anuar Zailani menceriakan pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan bagi membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata selepas kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/

Selasa, 7 Mei 2013

TM tekan Lions XII


KAPTEN ATM, Hairuddin Omar (tengah) diasak dua pemain Johor DT pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan malam tadi


PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James meletakkan skuad The Gladiators di landasan tepat bagi memburu trofi Liga Super musim ini.

Marlon meledakkan dua gol pada minit ke-55 dan 64 untuk membantu ATM menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian B. Sathianathan itu memberikan tekanan kepada pendahulu liga, Lions XII yang memiliki kelebihan satu mata berbanding skuad
The Gladiators.

Begitupun, Lions XII yang menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan petang semalam mengutip 30 mata tetapi kurang satu perlawanan berbanding ATM.
Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, impian Pahang untuk mengatasi ‘badi’ terhadap Selangor tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2.

Pada aksi itu, skuad Gergasi Merah membuka jaringan menerusi penyerang import, Francis Forkey Doe seawal minit ketiga namun pasukan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan R. Surendran pada minit ke-39.

Selangor sekali lagi memberikan tekanan kepada Tok Gajah apabila Forkey Doe menjaringkan gol kedua buat pasukan pelawat namun Surendran memastikan Pahang berkongsi satu mata dengan juara 32 kali Piala Malaysia itu apabila meledakkan gol kedua pada masa kecederaan babak kedua.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih tiga mata berharga dengan menewaskan Felda United 3-0.

Pada aksi tersebut, Indra Putra Mahayuddin muncul sebagai wira skuad The Red Warriors apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-32 dan 35.

Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan tuan rumah apabila meledakkan gol ketiga pada masa kecederaan.

Di Stadium Perak, Ipoh, Paulo Rangel kembali mengulangi sentuhan cemerlang apabila meledakkan dua gol untuk membantu Perak menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Pemain kelahiran Brazil itu menghukum kerapuhan benteng pertahanan skuad Hoben Jang Hoben dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-21 dan 60.

Gol sagu hati Negeri Sembilan dijaringkan oleh Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada masa kecederaan babak kedua dan kekalahan itu menyebabkan Hoben Jang Hoben kekal di tangga tercorot liga.
Dalam satu lagi perlawanan PKNS menewaskan T-Team 2-1.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my