Memaparkan catatan dengan label Manchester United. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manchester United. Papar semua catatan

Ahad, 15 Disember 2013

Welbeck sumbang dua gol pantas



WELBECK (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan ketika United menentang Aston Villa di Villa Park semalam.


LONDON - Danny Welbeck menjaringkan dua gol pantas bagi membantu Manchester United menang selesa 3-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana England di Villa Park semalam.
Penyerang kebangsaan England itu meledak dua gol dalam masa empat minit pada babak pertama, sekali gus memberikan kedudukan selesa buat United sebelum Tom Cleverly menyumbat satu lagi gol The Red Devils.

Pengurus United, David Moyes menurunkan Welbeck dalam kesebelasan utama untuk digandingkan bersama Wayne Rooney apabila Robin van Persie tidak dapat diturunkan kerana masih dibelenggu kecederaan.

Perlawanan itu juga menyaksikan penampilan semula pemain tengah, Darren Fletcher sejak kali terakhir dia beraksi bersama United setahun yang lalu.

Villa terlebih dulu melakukan serangan dengan menguji penjaga gol United, David De Gea melalui Karim El Ahmadi, Marc Albrighton dan Christian Benteke.

Namun, tuan rumah telah dikejutkan dengan jaringan United pada minit ke-15 apabila Welbeck dengan tenang menjaringkan gol selepas percubaan Adnan Janujaj terkena tiang hasil hantaran Rafael.

Penyerang berusia 23 tahun itu meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-18, bermula daripada usaha keras yang dilakukan pemain sayap, Antonio Valencia.

Gol ketiga United hadir menerusi hantaran Rooney yang disempurnakan dengan bijak oleh Cleverly pada minit ke-52.

Fletcher mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton apabila pemain kelahiran Scotland itu dimasukkan ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Kemenangan tersebut meletakkan skuad kendalian Moyes itu di tangga kelapan dengan ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu, Arsenal manakala Villa pula kekal di tangga ke-11.

Sementara itu, Norwich City mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Swansea City. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 3 Disember 2013

Moyes akui United masih terkial-kial



MOYES (kanan) berharap sekembalinya Robin van Persie daripada kecederaan dapat membantu United menemui rentak.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, David Moyes mengakui pasukannya masih tercari-cari momentum sebenar dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England, musim ini.

Moyes berkata demikian menjelang aksi pertemuan menentang Everton di Old Trafford, awal pagi esok.

The Red Devils kini tergelincir di tangga kelapan liga selepas sekadar seri 2-2 ketika menentang Cardiff City dan Tottenham Hotspur baru-baru ini.

Justeru, Moyes menganggap ia masih terlalu awal untuk mengatakan pasukannya dianggap sebagai pasukan pilihan biarpun United dijadualkan menentang kelab bawahan seperti Aston Villa, Stoke City, Hull City dan Norwich City selepas aksi bertemu Everton.

"Kami juga bimbang kerana United dilihat terlalu jauh (dengan pendahulu Liga Perdana England, Arsenal) tetapi kami juga ingin mengatakan perjalanan liga masih jauh.

"United masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan itu dan tanpa disangkal, prestasi kami bertambah bagus.

"Saya berharap United berjaya menemui rentak sebenar. Saya turut sedar bahawa masih banyak perlawanan menanti kami dengan harapan United masih berada dalam keadaan terbaik ketika itu.
"Spurs bukan satu lawan yang mudah dan mereka berjaya mempamerkan aksi cemerlang, baru-baru ini.

"Kini kami memiliki masa seminggu yang mana United ada dua perlawanan di laman sendiri dan tiga aksi di gelanggang lawan.

"Kami berjaya menang (menewaskan Bayer Leverkusen 5-0) pada aksi Liga Juara-Juara, Mungkin prestasi United tidak konsisten tetapi ianya tidak begitu teruk," ujarnya.- AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 12 November 2013

‘Petanda baik buat United’

 
‘Petanda baik buat United’ 
 Robin van Persie meledak gol kemenangan ke atas Arsenal.
 
Atasi Arsenal isyarat jelas Devils mampu kekal gelaran: Charlton

Manchester: Legenda Manchester United, Bobby Charlton percaya kejayaan The Red Devils menumpaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal 1-0 membuktikan mereka mampu mempertahankan kejuaraan dalam musim pertama David Moyes bersama pasukan itu.

Kemenangan hujung minggu lalu di Old Trafford menyaksikan United kini hanya ketinggalan lima mata di belakang Gunners manakala pencabar kejuaraan lain – Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur – semuanya tercicir mata.
United hanya memenangi tiga daripada lapan perlawanan pertama di bawah Moyes, bekas pengurus Everton yang mengambil alih ‘kerusi panas’ Alex Ferguson yang bersara selepas 26 tahun setengah memegang jawatan itu.


Mula bangkit

Bagaimanapun, mereka kini mencatat rekod sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan dan Charlton percaya rekod itu sudah memadai untuk menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuan pengendali dari Scotland itu.

“Terdapat sedikit kritikan tetapi saya tidak perlu menjawabnya kerana David sendiri sudah menjawabnya sendiri. Kami bukan jenis pasukan yang boleh berada di kedudukan bawah liga dan ia sangat meyakinkan untuk memperoleh semula keputusan yang bagus.

“Lagi pun, saya setuju dengan Sir Alex Ferguson yang menegaskan hanya kami satu-satunya pasukan dalam liga yang boleh memenangi kejuaraan mahkota liga walaupun ketinggalan dengan jurang mata yang besar,” kata Charlton yang memenangi Piala Dunia 1966 bersama England. Agensi

Isnin, 11 November 2013

United masih belum sempurna


MOYES (kanan) berjabat tangan dengan van Persie selepas tamat perlawanan semalam.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, David Moyes mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki anak-anak buahnya meskipun mereka berjaya membenam pendahulu Liga Perdana England, Arsenal 1-0 di Old Trafford awal pagi semalam.

Gol tunggal bekas penyerang The Gunners, Robin van Persie pada minit ke-27 sudah cukup untuk memisahkan buat United pulang dengan tiga mata berharga.

Dengan kemenangan itu, United yang mengutip 20 mata kini hanya dibezakan lima mata di belakang Arsenal selepas ditewaskan Liverpool, Manchester City dan West Bromwich Albion sebelum ini.

Kekalahan pencabar terdekat United, Manchester City dan Tottenham Hotspur selain Chelsea sekadar melakar keputusan seri juga menghidupkan semula peluang The Red Devils mempertahankan trofi liga musim ini.

Namun, Moyes menegaskan betapa perjuangan mereka masih belum selesai dan banyak perkara perlu diambil kira selepas ini.

"Bagi saya, ini merupakan satu lagi langkah untuk kembali ke landasan sebenar.

"Namun, perjalanan liga masih panjang dan saya memerlukan sedikit masa untuk memastikan segala-galanya memihak kepada kami," kata Moyes.

Moyes juga mengakui berpuas hati dengan kedudukan United sejurus sebelum saingan liga berhenti seketika bagi aksi persahabatan antarabangsa selepas ini.

"Masih banyak ranjau berliku menanti kami selepas ini.

"Pada permulaan musim, ramai sudah menjangkakan kami tidak akan bermula selesa gara-gara pertukaran pengurus.

"Saya juga percaya pasukan lain tidak akan memberikan laluan mudah buat kami, ini membuktikan United bukan lagi memonopoli saingan liga," katanya. - AFP

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 20 Oktober 2013

Arsenal terus mengganas


Steven Gerrard (tiga dari kiri) diraikan rakan-rakan sepasukan selepas meledak gol penyamaan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James’ Park, Newcastle semalam. - AFP
 
LONDON - Dua jaringan Mesut Ozil membantu Arsenal membenam Norwich 4-1 di Emirates semalam, sekali gus mengukuhkan cengkamannya sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris. 

Ketika The Gunners terus menikmati musim yang menggembirakan, Liverpool dan Manchester United meraih keputusan mengecewakan apabila sekadar seri dalam perlawanan masing-masing.

Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan berdepan 10 pemain Newcastle apabila seri 2-2 di St James’ Park, pada ketika United diikat 1-1 oleh Southampton di Old Trafford.

Chelsea sebaliknya melonjak ke tangga kedua liga dengan membelasah kelab bermasalah, Cardiff City 4-1 di Stamford Bridge.

Arsenal, yang kini melebarkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan membuka jaringan menerusi Jack Wilshere pada minit ke-18, sebelum Ozil menambah gol di minit ke-58 dan 88. Satu lagi gol Gunners disempurnakan oleh Aaron Ramsey pada minit ke-83.

Di Newcastle, Liverpool dipaksa bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk membawa pulang mata berharga dan memastikan misi memburu empat kedudukan teratas liga masih di landasan terbaik. 

Tuan rumah terpaksa mengharungi saingan dengan 10 pemain selepas Mapou Yanga-Mbiwa dilayangkan kad merah pada minit ke-40 kerana menjatuhkan Luis Suarez. 

Newcastle terdahulu di depan menerusi rembatan kencang Yohan Cabaye pada minit ke-23. 

Bagaimanapun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-42 apabila tindakan Yanga-Mbiwa mengkasari Suarez membawa padah. 

Steven Gerrard tenang mengambil sepakan untuk menyamakan kedudukan 1-1. 

Biarpun beraksi dengan kekurangan pemain, Newcastle tetap berjaya menambah gol melalui sepakan kaki kiri pemain gantian, Paul Dummett pada minit ke-57.

Liverpool, yang membelasah The Magpies 6-0 pada pertemuan musim lalu, bangkit sekali lagi hasil gerakan Suarez yang berjaya ditanduk oleh Daniel Sturridge pada minit ke-72. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 17 Oktober 2013

Januzaj pilih beraksi untuk Three Lions

Berita Harian
Januzaj pilih   beraksi untuk Three Lions
London: Penyerang Manchester United, Adnan Januzaj (gambar) memilih England sebagai pasukan yang akan diwakili di pentas antarabangsa jika Persatuan Bola Sepak (FA) England boleh mengatasi 'peraturan pemastautin lima tahun' untuk melayakkannya beraksi bersama Three Lions.

Tonggak sayap United itu dilahirkan di Brussels dengan ibu bapanya berketurunan Albania dan Kosovo - sudah menolak untuk beraksi bersama Belgium selepas FA England mendedahkan pemain berusia 18 tahun itu layak mewakili empat negara namun Januzaj lebih menjurus kepada England.
Tetapi pengurus England, Roy Hodgson dan pengerusi FA, Greg Dyke menjelaskan mereka mahu melihat kemungkinan Januzaj beraksi bersama negara itu dan ia boleh dimulakan dengan permohonan pasport British dan cuba mencabar peraturan pemastautin yang diguna pakai sekarang.


Perbuatan memalukan

Sementara itu bapa Januzaj, Abedin mengecam jurulatih Belgium, Marc Wilmots selepas cuba meyakinkan pemain itu beraksi bersama mereka.

“Ia adalah mustahil untuk berunding dengan saya. Dia mahu bermain? OK, tunjukkan kepada saya. Jika anda beraksi di pentas tertinggi di Manchester, buktikan kemahiran kamu dan jika saya rasa perlu, saya akan panggil!”

Januzaj bagaimanapun dalam reaksinya balasnya berkata: “Ini perbuatan memalukan. Kami tidak menerima sebarang panggilan telefon atau surat daripada FA Belgium. Mereka yang buat pemilihan dan bukannya kami.” - Agensi

Ahad, 6 Oktober 2013

Saya yakin Januzaj kekal di United: Moyes

Berita Harian
 
Sunderland: David Moyes menegaskan, dia yakin dengan masa depan Adnan Januzaj selepas pemain tengah remaja itu meledak dua gol pada penampilan pertama di kancah Liga Perdana Inggeris untuk membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan dan menewaskan Sunderland 2-1 kelmarin.

Wakil Januzaj menyambung kembali rundingan untuk kontrak lebih baik bagi pemain 18 tahun itu, selepas usahanya sebelumnya terhenti berikutan persaraan Alex Ferguson di Old Trafford awal tahun ini.
Kontrak pemain yang memegang kewarganegaraan Belgium dan Albania itu tamat akhir musim ini, dengan ejennya mendakwa ada beberapa kelab besar sekitar Eropah berminat mendapatkan khidmatnya.


Jelmaan Rooney

Bagaimanapun Moyes yakin Januzaj - yang turut berpeluang mewakili England berdasarkan tempat tinggalnya - akan setia bersama kelab juara Inggeris itu untuk tempoh yang panjang.

“Saya tidak terlalu risau mengenai perkara itu (situasi kontrak) kerana setiap pemain muda mengimpikan untuk beraksi bersama Manchester United,” kata Moyes.

“Jika saya bapa kepada seorang remaja yang berpotensi bermain di peringkat ini, saya akan nampak peluang cerah untuk menyertai pasukan ini.” Januzaj meledak dua kali dalam tempoh enam minit pada babak kedua untuk melonjak kembali United dalam kelompok 10 teratas sebelum Liga Perdana berehat.
Bagi Moyes, penampilan pertama Januzaj mengingatkannya kepada Wayne Rooney sewaktu dia mengendali Everton. “Adnan mempunyai kualiti sepertinya, seorang pemain yang sangat hebat,” katanya.” - AFP

Sabtu, 5 Oktober 2013

Moyes tekad mantapkan skuad


MOYES lebih berminat untuk memberi tumpuan memantapkan rentak persembahan United.


LONDON - Pengurus Manchester United, David Moyes menjelaskan bahawa pengambilan pemain-pemain baharu pada jendela perpindahan Januari depan masih belum berupaya untuk menyelamatkan prestasi hambar skuad kendaliannya musim ini.

Biarpun memiliki dana untuk berbelanja besar musim ini, Moyes tetap gagal untuk mendapatkan pemain baharu yang mereka inginkan.

Namun, Moyes mendedahkan, beliau akan mengekal dan memberikan perhatian dengan skuad sedia ada sekiranya beliau tidak berjaya untuk mendapatkan pemain-pemain yang diidamkan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka Januari depan.

"Saya akan mengkaji sama ada mahu membeli pemain baharu pada jendela perpindahan pemain Januari nanti, tetapi saya tidak mahu para peminat memberikan jangkaan tinggi sama ada United akan menandatangani pemain-pemain yang hebat.

"pada masa yang sama, saya juga tidak memikirkan untuk mendapatkan pemain baharu, sebaliknya akan terus membentuk skuad yang mantap dengan barisan pemain yang kami ada sekarang.

"Jika kamu berada dalam zon bahaya, kamu mungkin terdesak untuk melakukan sesuatu tetapi saya fikir, lebih baik fokus dengan skuad sekarang.

"Sebenarnya, saya telah memiliki ramai pemain hebat untuk meneruskan perjuangan pasukan musim ini.

"Buat masa ini, kami masih mencari rentak sebenar untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dan ia sudah menjadi sebahagian daripada tugas saya.

"Saya akan pastikan pasukan ini menikmati perubahan dan mungkin memberi pertimbangan untuk mendapatkan khidmat pemain baharu jiia keadaan memaksa," kata Moyes. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Khamis, 3 Oktober 2013

Ferguson pertahankan Moyes



FERGUSON (kiri) yakin dengan kemampuan Moyes untuk mengembalikan semula kegemilangan United.


LONDON - Bekas pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin David Moyes akan mengembalikan semula kegemilangan skuad The Red Devils.

Meskipun Moyes gagal melakukannya, Ferguson yang dilabel sebagai pengurus paling berjaya di Britain tidak akan mengambil-alih semula jawatan itu.

Moyes menempuh pengalaman 'ngeri' Old Trafford apabila United melakukan permulaan yang buruk dalam saingan Liga Perdana England sejak 1989 apabila Ferguson tertekan untuk mengumpul trofi dalam kabinetnya.

Bagaimanapun, keputusan seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk pada aksi Kumpulan A kempen Liga Juara-Juara di Donbass Arena awal pagi semalam dianggap sebagai satu petanda yang baik buat Moyes selepas selepas mengalami kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana England.

Ferguson berkata, beliau yakin bekas pengurus Everton ini akan membuktikanya.

"Moyes akan menjalankan tugas yang baik untuk United. Saya yakin mengenai perkara itu.

"Beliau adalah pilihan saya untuk menggantikan tempat saya dan sudah tentu saya menyokongnya 100 peratus.

"Kelab juga akan memberikan sokongan penuh dan beliau akan melakukannya dengan baik. United dibimbing seorang pengurus yang tepat," kata Ferguson.

Ferguson memenangi 13 gelaran Liga Perdana England dan dua trofi Liga Juara-Juara sepanjang 27 tahun di Old Trafford.

Bagaimanapun, Ferguson berkata, pada usia 71 tahun, beliau tidak berpeluang untuk keluar daripada persaraan.

Sementara itu, Moyes mengakui berpuas hati apabila skuad The Red Devils bangkit daripada kekalahan kepada 1-2 kepada West Bromwich Albion di Old Trafford, Sabtu lalu dengan mencuri satu mata pada aksi menentang Donetsk.

Moyes berkata, keputusan seri itu sudah memadai meskipun mereka mendahului menerusi jaringan Danny Welbeck pada minit ke-18 sebelum Taison mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-76. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Rabu, 2 Oktober 2013

Saya tak minat kembali: Fergie

Berita Harian
Saya tak minat kembali: Fergie
London: Ketika ramai menjangkakan Alex Ferguson bakal kembali menyelamatkan Manchester United, bekas pengurus kelab itu tampil menegaskan dia langsung tidak berminat untuk terbabit atau mengurus semula pasukan.

“Saya tidak berminat atau memikirkan soal keputusan dialami pasukan Manchester United,” kata Ferguson dalam satu temubual dengan televisyen Amerika Syarikat, semalam.
“United berada dalam kawalan yang baik di bawah David Moyes. Dia akan melakukannya dengan baik. Dia pengurus yang bagus. Anda akan hanya membuang wang anda jika bertaruh saya akan kembali sebagai pengurus.


“Saya sudah membuat keputusan. Tidak mungkin saya akan berpatah balik sekarang. Saya sudah mempunyai kehidupan baru,” - Agensi

Moyes enggan letak harapan terlalu tinggi



PEMAIN-PEMAIN United menjalani latihan bagi menghadapi aksi Kumpulan A kempen Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk awal pagi esok.


LONDON - Pengendali Manchester United, David Moyes tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi pada aksi Kumpulan A kempen Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk awal pagi esok.
Moyes berkata, perlawanan di Donbass Arena itu merupakan masa yang sesuai untuk bangkit daripada prestasi hambar dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

United mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan liga domestik dan dijangka berdepan cabaran sengit pada aksi menentang Donetsk.

Moyes yang dihimpit tekanan selepas kekalahan mengejutkan 1-2 kepada West Bromwich Albion di Old Trafford, Sabtu lalu mengakui bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya lima pemain berkelas dunia jika mahu menjulang trofi Eropah musim ini.

Meskipun United memulakan kempen dengan kejayaan 4-2 ke atas Bayer Leverkusen, Moyes sedar skuad The Red Devils akan berdepan ujian getir dalam aspek karakter dan mentaliti apabila berdepan juara Ukraine itu.

"Saya rasa kami perlu turun ke sana dengan skuad terbaik. Beraksi di Ukraine selalunya sukar kerana Donetsk memiliki rekod yang hebat.

"Saya tahu mereka telah menjual seorang atau dua pemain tetapi mereka masih ada lima atau enam pemain Brazil yang pernah beraksi di beberapa negara Eropah.

"Pertandingan Eropah ini menjadi semakin sukar untuk dimenangi setiap tahun dengan beberapa pasukan berbelanja besar termasuklah Paris Saint Germain (PSG).

"Jadi, ia satu situasi yang agak sukar buat United dan saya tidak boleh memberikan jaminan yang kami akan mara ke pusingan seterusnya," kata Moyes.

Sementara itu, perancang United, Anderson mahu rakan sepasukannya bangkit daripada kekalahan kepada West Brom dengan menewaskan Donetsk.

"Kami mahu memenangi setiap perlawanan dalam semua pertandingan. Jadi, untuk melakukannya kami perlu lupakan kekalahan minggu lalu dan fokus kepada perlawanan seterusnya.

"Kami akan terus bekerja kuat di atas padang dan juga dalam sesi latihan kerana inilah yang harus dilakukan jika mahu menjadi pemain United," katanya. - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Isnin, 30 September 2013

Moyes tak dengar cakap


DAVID Moyes (kiri) tidak mempedulikan nasihat Alex Ferguson agar tidak memecat pembantunya ketika beliau menjadi pengurus Manchester United.
 
LONDON - Alex Ferguson menasihatkan David Moyes agar tidak menyingkirkan barisan jurulatih yang telah membantunya membawa Manchester United merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, malangnya permintaan Ferguson tidak diendahkan oleh Moyes. 

Ferguson telah mengadakan perbincangan dengan Moyes sebelum menyerahkan tugas kepada bekas pengendali Everton itu, dan dengan jelasnya memberitahu agar tidak sesekali membuang pasukan kejurulatihan yang sedia ada. 

Bagaimanapun sebaik diumumkan sebagai pengurus baharu Red Devils, Moyes menyingkirkan pembantu Ferguson, Mike Phelan, jurulatih, Rene Meulensteen dan jurulatih penjaga gol, Eric Steele. 

Beliau kemudian melantik Steve Round sebagai orang No. 2 United, selain Phil Neville dan Jimmy Lumsden dalam barisan kejurulatihan. Chris Woods pula bertanggungjawab melatih penjaga gol. 

Tindakan Moyes nyata memakan diri apabila United kini mengharungi musim terburuk dalam tempoh 24 tahun. Mereka menghuni tangga ke-12 ekoran tiga kekalahan daripada enam perlawanan.
“Dia (Moyes) memberitahu saya, Mick dan Rene bahawa kami tidak diperlukan.

“Saya beritahu dia, ini adakah keputusan yang berani.

“Saya tidak mahu pergi, kenapa saya patut pergi?. Saya sedar, David akan masuk dan saya tertanya-tanya, siapakah yang akan dibawa dalam pasukan ini," kata Steele kepada majalah Inside United.

Steele mengakui, sebagai pengurus tindakan Moyes tidak salah, namun secara logiknya apakah wajar untuk menyingkirkan sebuah pasukan yang telah membawa kelab merangkul kejuaraan. 

“Itu ironik bukan? Anda sebahagian daripada barisan yang jurulatih membantu pasukan mengharungi musim terbaik dan merangkul Liga Perdana." - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 29 September 2013

United tiada taring - Moyes


Pemain Manchester United, Adnan Januzaj (kiri) diasak pemain West Bromwich Albion, Youssouf Mulumbu dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, kelmarin. West Bromwich menang 2-1. - REUTERS
 
MANCHESTER - Pengendali Manchester United, David Moyes mengakui, jentera serangan pasukannya yang kurang menyengat menimbulkan kebimbangan besar dan menjadi punca mereka kalah mengejut 1-2 kepada West Brom di tempat sendiri pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, kelmarin. 

Menurut Moyes, sejak mencatat kemenangan 4-1 ke atas Swansea City dalam aksi pembukaan liga, kebanyakan gol United diperoleh sama ada menerusi situasi bola mati atau gerakan yang berpunca daripada sepakan percuma dan sudut. 

Anak-anak buah Moyes gagal untuk menghasilkan gol daripada permainan terbuka, dan keadaan tersebut amat membimbangkan pengurus kelahiran Scotland itu, terutama selepas ia berulang lagi dalam pertemuan dengan West Brom.

Kekalahan kelmarin menyebabkan penyandang juara itu mencatat permulaan terburuk liga dalam sejarah kelab sejak 1989, malah sejak Moyes mengambil alih pasukan daripada Alex Ferguson, mereka telah mengalami tiga kekalahan musim ini.

“Saya sangat bimbang, bukan hanya kerana kami tidak bermain dengan baik (menentang West Brom) tetapi ada faktor lain yang menganggu pasukan daripada mencatat kemenangan. Ada banyak perlawanan lagi menunggu selepas ini, jadi kami harus segera memperbaiki kelemahan itu. 

“Masalah utama kami bukan kurangnya percubaan dibuat atau ketiadaan pemain penyerang dalam pasukan. Kami ada ramai penyerang, tetapi mereka tidak beraksi seperti yang diharapkan dan kami kena buat lebih baik daripada sekarang.

“Kami hilang faktor peledak yang boleh membawa pasukan ke atas, kalau benda itu ada ia sudah tentu membawa perbezaan. Kalau kami berjaya menghasilkan lebih gol, keadaan akan berubah. 

“Tiada persoalan lagi, West Brom memang berhak memenangi perlawanan ini," kata Moyes. 

Moyes sebelum ini merungut tentang kempen pembukaan United yang sukar apabila mereka terpaksa berdepan tiga kelab gergasi, Chelsea, Liverpool dan Manchester City dalam tiga daripada lima perlawanan pertama liga.

United seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Old Trafford, sebelum kalah 0-1 kepada Liverpool dan dibelasah 4-1 oleh City. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Khamis, 26 September 2013

Hernandez muncul wira United



HERNANDEZ meledakkan gol kemenangan 1-0 United ke atas Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford awal pagi semalam.


MANCHESTER, England - Penyerang Mexico, Javier Hernandez muncul wira Manchester United apabila meledakkan gol kemenangan 1-0 ke atas Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford awal pagi semalam.

Kekalahan itu turut memusnahkan impian penyerang Uruguay, Luis Suarez yang membuat penampilan pertama selepas menamatkan penggantungan sebanyak 10 perlawanan ekoran menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic pada aksi Liga Perdana England musim lalu.
Kehadiran Suarez dalam kesebelasan utama Liverpool tidak mampu untuk memberikan impak selepas Hernandez meledakkan gol kemenangan United pada minit ke-46.

Selain mengubati kekecewaan selepas dimalukan musuh sejiran, Manchester City 1-4, kemenangan anak-anak buah David Moyes turut menebus kekalahan 0-1 kepada Liverpool pada aksi Liga Perdana England musim ini.

Moyes memuji kebangkitan para pemain selepas membuat sedikit perubahan dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Beliau memberikan peluang kepada pemain-pemain yang tidak beraksi di Stadium Etihad pada Ahad lalu seperti Shinji Kagawa, Nani dan Javier Hernandez untuk beraksi menentang Liverpool.
Pertaruhan Moyes berbaloi apabila Hernandez bijak menyambar bola hasil satu sepakan penjuru yang diambil Wayne Rooney.

"Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan persembahan yang terbaik pada aksi bertemu Liverpool selepas mempamerkan persembahan mengecewakan ketika bertemu City hujung minggu lalu.

"Kini, saya boleh anggap ia sebagai kebangkitan semula pasukan kami dan saya sangat berpuas hati dengan keputusan malam ini (semalam). Saya telah memberi peluang kepada beberapa pemain baharu untuk memberi satu kelainan dalam persembahan kami," kata Moyes.

Sementara itu, Moyes turut memuji persembahan bertenaga Hernandez yang menjaringkan gol kemenangan United itu.

"Sentuhannya sangat memukau ketika menghasilkan gol kemenangan itu. Itulah kualiti sebenar yang ada dalam diri Chicharito. Dia sangat bijak mencari ruang kosong," tegas Moyes. 

Sementara itu, impian Swansea City untuk mempertahankan trofi Piala Liga tidak kesampaian selepas tewas 1-3 kepada Birmingham City di Stadium St. Andrews.

Gol-gol kemenangan Birmingham diperoleh masing-masing satu menerusi Daniel Burn pada minit ke-57, Matthew Green (61) dan Tom Adeyemi (81), manakala gol sagu hati Swansea dijaringkan Wilfried Bony pada masa kecederaan.
- Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Selasa, 17 September 2013

Fellaini akui bergelut sejak tiba di Old Trafford


MANCHESTER - Pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini mendedahkan, dia mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya, Manchester United, namun perkara tersebut tidak akan menghalangnya daripada terus berada di Old Trafford. 

Bekas bintang Everton itu menyertai United selepas menandatangani kontrak pada hari terakhir pasaran perpindahan pemain ditutup, 11 September lalu. 

Kehadirannya ke Old Trafford menimbulkan kemarahan penyokong Red Devils yang merasakan Fellaini tidak cukup bagus untuk menyarung jersi pasukan. 

Pemain antarabangsa Belgium itu diberi tepukan ketika membuat penampilan sulung buat United dalam perlawanan menentang Crystal Palace, Sabtu lalu, namun dia masih belum mampu meyakinkan mereka yang sering meragui kemampuannya. 

"Saya menghadapi masalah dengan intensiti latihan Manchester United kerana saya bermain dengan ramai pemain yang hebat. 

"Ia lebih cepat daripada apa yang saya lakukan di Everton selama ini, namun saya tetap gembira berada di sini.

"Saya sukakan permainan bola sepak dan kerana itu saya bersemangat untuk bermain," kata Fellaini.
Di United, sesi latihan biasanya dimulakan dengan para pemain melakukan hantaran sesama sendiri dalam satu bulatan. Bulatan ini dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut hierarki.

Bulatan pertama akan diketuai oleh pengurus pasukan, David Moyes. 

Dia akan dikelilingi oleh pemain-pemain utama yang menerima gaji tertinggi dan merupakan bintang pasukan. Biasanya, Moyes akan berlatih bersama Wayne Rooney, Robin van Persie, Michael Carrick, Ryan Giggs, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Nani, Ashley Young serta Tom Cleverley.

Fellaini, 25, yang tiba ke Old Trafford dengan bayaran 27.5 juta pound (RM142.27 juta) hanya diletakkan dalam kumpulan kedua bersama pemain seperti Alex Buttner, Anderson, Chris Smalling, kembar Da Silva, Javier Hernandez, Wilfried Zaha, Anderson, Jonny Evans dan Antonio Valencia kerana kesukarannya menyesuaikan diri dengan kepantasan pemain-pemain utama. 

Kumpulan ini, diketuai oleh jurulatih pasukan utama, Phil Neville. 

Biarpun menyedari kesukaran pemain kesayangannya itu untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baharu di Old Trafford, namun Moyes tetap yakin bahawa Fellaini mampu membuktikan kehebatannya jika diberi sedikit masa. 

"Dia ada potensi untuk menjadi pemain yang hebat. Saya sentiasa menganggap bahawa dia antara pemain terbaik Belgium dan negara itu mempunyai sebuah pasukan yang bagus kerana kehadiran pemain-pemain sepertinya.

"Harap, dia dapat membantu kami melakar keputusan lebih bagus, namun untuk membolehkan pemain-pemain ini menyerlahkan kemampuan sebenar, mereka harus diberi kebebasan di atas padang. Marouane adalah pemain yang cukup baik untuk pasukan dan saya rasa dia juga masih muda serta mempunyai banyak masa untuk meningkat. 

"Kalau kita beri dia sedikit masa dan ruang, saya percaya dia akan menjadi pemain Manchester United sebenar. Dia pasti dapat memberi sumbangan besar kepada pasukan," kata Moyes. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Berita Harian
 
 
Man United 4-2 Leverkusen

Plzen 0-3 Man City
Bayern 3-0 CSKA Moscow


Benfica 2-0 Anderlecht

Copenhagen 1-1 Juventus

Galatasaray 1-6 Real Madrid

Olympiakos 1-4 PSG
Real Sociedad 0-2 Shakhtar

Isnin, 16 September 2013

Ronaldo 'tak pandang' United


KECERIAAN jelas terpampang di wajah Cristiano Ronaldo (kiri) dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez selepas pemain itu menandatangani kontrak baharu yang amat lumayan di Santiago Bernabeu, Madrid semalam. - AFP 
 
LONDON - Bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menegaskan, dia mempunyai masa depan yang amat cerah di Real Madrid dan tidak mungkin kembali ke Manchester selepas menandatangani kontrak baharu bernilai 270,000 pound (RM1.41 juta) seminggu.

Kontrak tersebut bukan saja akan mengekalkan bintang sayap Portugal itu di Madrid sehingga 2018, malah membolehkannya menikmati gaji yang lebih tinggi berbanding sensasi baharu Real, Gareth Bale.

Malah yang paling penting, United sudah boleh melupakan sebarang hajat untuk membawa pulang bekas bintang mereka itu ke Old Trafford kerana Ronaldo menegaskan bahawa Real Madrid adalah masa depannya.

"Semua orang tahu saya pernah bermain untuk Manchester United selama enam tahun, tetapi Manchester adalah masa lampau saya. 

"Sekarang kelab saya adalah Real Madrid. Ini rumah saya, keluarga saya juga berada di sini dan saya sangat gembira tinggal di Madrid," katanya yang menerima gaji tahunan 14.25 juta pound (RM 74.80 juta). 

Menurut Ronaldo, 28, dia menghormati semua kelab yang pernah menyuarakan minat untuk mendapatkan khidmatnya, termasuk United tetapi dia percaya semua pasukan itu tahu apa yang dimahukan dalam kariernya.

"Mereka tahu apa keputusan saya. Satu-satunya sasaran saya adalah untuk bermain dan berada di sini (Madrid) selama yang mungkin, malah barangkali saya akan menghabiskan seluruh karier saya di sini," katanya lagi.

Pendapatan mingguan Ronaldo bernilai hampir 100,000 pound (RM524,000) lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh Bale, yang berjaya mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol dalam penampilan sulung bersama Real, Sabtu lalu.

Malah, angka tersebut tidak termasuk bonus yang bakal dinikmati sekiranya dia berjaya membantu Real Madrid muncul juara La Liga atau Liga Juara-Juara. 

Ronaldo merupakan pemain yang menerima gaji tertinggi di dunia ketika ini.

Rekod terdahulu dipegang oleh bintang penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang menerima 14 juta pound setahun (RM73.49 juta) daripada kelab Perancis, Paris Saint-Germain. 

Bintang penyerang Argentina, Lionel Messi pula menerima 11.8 juta pound (RM61.94 juta) daripada Barcelona. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 15 September 2013

Pemain Terbaik MU Sepanjang Sejarah Manchester United



Memilih 10 pemain MU terbaik sepanjang sejarah bukanlah hal mudah karena MU adalah kelab besar dengan sejarah yang luar biasa dan mempunyai banyak deretan pemain bagus dan berkelas. Walaupun begitu, jika diteliti, era yang menonjol selama perjalanan panjang United mulai dari 1878 ketika masih bernama Newton Heath sampai sekarang adalah era Matt Busby yang terkenal dengan Busby Babes nya dan tentu saja era Ferguson karena sebenarnya dia sendirilah yang berada di posisi teratas jika kita bicara tentang legenda secara keseluruhan. Meskipun tentu saja ada banyak pemain hebat lain selain era tersebut, tetapi saya pikir dua era tersebut adalah sesuatu yang sangat tidak bisa kita tinggalkan.
1) Ryan Giggs
Salah satu winger terbaik dalam sejarah MU dan mungkin juga Eropah. The Welsh Wizard adalah pemegang rekod caps terbanyak untuk MU (melewati rekod Bobby Charlton), dan masih aktif bermain sampai saat ini. Winger kidal ini terkenal akan akselerasinya yang cepat menyusup sisi kiri padang dan di usia yang semakin bertambah, dia lebih visioner dengan umpanan yang akurat. Gol menentang Arsenal di semifinal FA Cup tahun 1999 mungkin adalah gol terbaiknya. Berlari membawa bola lebih dari setengah padang setelah memotong umpanan dari Vieira, dia menewaskan 4 pemain Arsenal dan di sudut sempit dia berhasil memperdaya David Seaman diakhir tendangan kencangnya. Selain itu di tahun yang sama dia juga berhasil membuat gol di masa injury time yang menyelamatkan MU dari kekalahan kepada Juventus pada semifinal leg I Champions League di Old Trafford. Giggs merupakan salah satu pemain penting dalam kejayaan MU meraih treble winner di tahun 1999. Giggs sekarang bersama Paul Scholes, sebagai pemain yang tinggal sejak memenangi treble, memimpin barisan muda MU mencuba meraih trofi ke seterusnya Liga Inggris. Giggs juga dinobatkan sebagai pemain terbaik United sepanjang masa dalam polling internasional di tahun 2011  web resmi kelub.


2) Eric Cantona
Cantona adalah pemain yang pintar, flamboyan, dan punya pengaruh sangat penting dalam permainan United. Anda tentu masih ingat tendangan kungfunya kepada seorang penonton sebagai aksi negatif yang melekat padanya, tetapi dia adalah pemain yang istimewa. Cantona menyertai  MU di pertengahan musim 1992/1993, dan membantu MU meraih gelar Liga secara mengejutkan kerana dalam setengah musim sebelum dia datang, MU dalam posisi tertinggal dengan Aston Villa, Blackburn Rovers, dan Queen Park Rangers. Cantona membawa gelar Liga lagi bagi MU di musim berikutnya dan menjadi gandingan maut bersama Mark Hughes dengan di belakangnya ada pemain kreatif macam McClair. Selain gelaran Liga, Cantona juga memenangi FA Cup dan PFA Player of the Year. Kehebatan Cantona ternyata diikuti perangainya yang bengis. Sering mendapat kad merah, pernah meludah kepada seorang penonton, menendang pemain Crystal Palace diikuti dengan kungfu kick nya ke arah penyokong Palace. Cantona dianggap membawa perbezaan di MU, ketika dia tidak sdibenarkan bermain kerana masih dalam tempoh hukuman larangan bertanding, MU kalah dalam perebutan gelaran melawan Blackburn. Di musim berikutnya Cantona comeback ke pertandingan dan kembali membawa United meraih double winner, gelar Liga dan FA cup. Yes, he is the King, membawa United meraih 4 gelar Liga dalam 5 musim (1 musim runner up kerana Cantona menjalani masa hukuman) cukup untuk membuatnya masuk dalam daftar legenda United.


3) George Best
Simply the best. Genius. Pernah mencetak gol enam gol dalam satu pertandingan. Negara asal  Irlandia Utara (negara asal George Best) sering berkata,” Maradona good; Pelé better; George Best”. Pemain ini tahun 1999 masuk di posisi 11 dalam IFFHS European Player of the Century election, dan juga ranking 16 di the World Player of the Century election. Best mengabungkan akselerasi, dua kaki, keseimbangan, dan kemampuan menjaga bola dan kemahiran mengkucar kacirkan pemain lawan yang luar biasa. Bahkan banyak orang mengatakan dia mirip Lionel Messi di masa lampau. Ketika George Best masih berusia 23 tahun, dia sudah bermain sebanyak 300 kali untuk United dan merupakan pemain paling popular di dunia saat itu. Meskipun  di usia 27, tetapi George Best adalah pemain paling berbakat di era Matt Busby, dan dialah the truly Busby Babes. Dia juga seorang superstar di masanya, mirip dengan David Beckham saatnya. Best adalah individu yang berjaya meningkatkan darjat bolasepak dari permainan para pekerja menjadi hiburan masa kini. Salah satu quotesnya yang terkenal adalah: “I once said Gazza's IQ was less than his shirt number and he asked me: "What's an IQ?”
4) Bobby Charlton
17 tahun menjadi pemain MU dan merupakan pencetak gol terbanyak bagi MU sepanjang masa, 249 gol dari 758 pertandingan. Bobby Charlton juga merupakan kunci penting MU meraih gelaran European Cup atau sekarang lebih dikenali dengan Champions League di tahun 1968, mengikuti gelaran Liga di tahun sebelumnya. Rata-rata gol nya mungkin bukan yang paling bagus, tetapi dia adalah figure penting dalam kejayaan MU meraih kejayaan di waktu itu. Dia juga pemegang rekod penampilan terbanyak kedua untuk MU di bawah Ryan Giggs. Pemenang Ballon D’Or tahun 1966, di tahun yang sama dia menjadi skuad Inggris yang berhasil memenangi Piala Dunia, satu-satunya gelaran major bagi Inggeris yang pernah mereka dapat. Ada sedikit cerita menarik ketika MU melawan Munchen di final Champions League 1999. Bobby Charlton sudah meninggalkan bangku penonton ketika pertandingan memasuki minit ke 90. Ketika dia berada di luar, dia mendengar sorakan penonton dan tahu bahwa United berhasil menyamakan kedudukan. Sir Bobby berusaha cepat-cepat kembali lagi ke bangku penonton tetapi ternyata ada sorakan lagi sesaat sebelum dia masuk ke pertandingan dan dia menyedari bahwa dia ketinggalan dua gol dan telah merubah  kedudukan  United mendahului 3-2.


5) Christiano Ronaldo

Ronaldo adalah fenomena. Dia dibeli kerana penampilan luar biasanya ketika MU menghadapi kelab nya ketika itu, Sporting Lisbon, dalam sebuah pertandingan persahabatan yang dimenangi Sporting dengan jaringan 3-1. Ronaldo sendiri mencetak 2 gol untuk kemenangan Sporting. Dalam perjalanan pulang, para pemain United membicarakannya dan akhirnya kemudian dia dibawa ke Old Trafford pada tahun 2003 untuk mewarisi nombor 7 milik David Beckham. Tidak diragukan lagi, dia adalah salah satu talent terbaik milik MU. Sebagai seorang winger, Ronaldo sangat tajam. Dia bisa mencetak gol melalui kepala, kaki kanan, maupun kaki kirinya. Seorang eksekutor pinalti dan tendangan bebas yang mengelirukan, pecutan yang sangat cepat di padang. Bahkan ketika dia masih membawa bola, selain itu kemampuannya mengelecek pemain lawan membuat kelab lain selalu menampilkan Ronaldo dengan dua pemain ketika dia membawa bola. Tahun 2008 adalah tahunnya Ronaldo. Dia seolah memenangkan semuanya sendirian. Membawa pulang semua gelar individual dan membawa United meraih duoble winner (Premier dan Champions League). Ronaldo meninggalkan United tahun 2009, memecahkan rekod perpindahan dunia bernilai 80 juta pound dan memulakan karier baru bersama di Real Madrid.


6) Paul Scholes
Jika dalam dunia bolasepak ada istilah tentang fantastik, maka di MU bagi saya Scholes adalah orangnya meskipun dia bukanlah seorang attacking midfielder atau free role yang lazim bagi seorang Fantastik.  Seorang passer dan penghantar bola yang bagus, umpan side to side maupun satu dua sentuhan, box to box, dan shooter jarak jauh yang spesial. Saya selalu teringat gaya klasik 4-4-2 monoton MU dimana Scholes sering memberi umpan diagonal area kepada Giggs di sisi kiri ataupun Beckham di sisi kanan dengan sangat tepat. Scholes adalah idola Xavi muda, dan di usianya yang sudah 38 tahun, kemampuannya masih  yang terbaik di antara semua pemain MU meskipun fisizal, stamina, power, dan shoot jarak jauhnya sudah menurun.

7) David Beckham 
David Robert Joseph Beckham atau yang lebih dikenal dengan nama David Beckham , lahir pada tanggal 2 Mei tahun 1975 di Leytonstone, London, inggris. Dia merupakan pemain sepakbola Inggris yang saat ini main di klub Amerika Serikat "Los Angeles Galaxy".

David Beckham mengawali karier sepak bolanya pada tahun 1994, Beckham masuk ke skuad senior Manchester United. Beckham pernah bermain untuk Manchester United, Real Madrid,  AC Milan, serta tim nasional Inggris. Selain itu, Pria yang terkenal dengan tendangan bebasnya ini,  pernah bermain sebagai pemain pinjaman untuk Preston North End di tahun 1995, dan AC Milan di tahun 2009 dan 2010.

Pada tanggal 1 September 1996 merupakan penampilan perdananya untuk Timnas Inggris dalam pertandingan kualifikasi Piala Dunia melawan Moldova. Pada Piala Dunia 1998, Beckham tidak bermain di dua pertandingan awal tetapi ia main ketika Inggeris menghadapi Kolombia dan ia mencetak 1 gol. Di Piala Dunia 2002, dia bermain di seluruh pertandingan.  Di Piala dunia 2006 , Beckham masih bermain untuk Pasukan England sebagai Kapten Pasukan.

Prestasi yang Pernah Diraih :

Manchester United
Premier League (6): 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03
FA Cup (2): 1995–96, 1998–99
UEFA Champions League (1): 1998–99
Intercontinental Cup (1): 1999
FA Community Shield (4): 1993, 1994, 1996, 1997
FA Youth Cup (1): 1992


8) Roy Keane
Roy Keane, dia adalah jenis pemain yang akan diperlukan semua manager/pemain di dunia ini untuk ditempatkan di bahagian tengah. Dia tidak pernah kalah dari pertandingan, ball winner, mengendali bahagian tengah dengan sangat luar biasa, dan kadang mencetak gol penting. Pemain ini tidak pernah sepi dari kontroversi dan  sering mendapat kad merah. Walaupun begitu, Roy Keane selalu memberikan 100 percent sewaktu bermain. Perlawanan yang paling banyak diingat orang adalah ketika melawan Juventus di semifinal Liga Champions tahun 1999, dia bermain luar biasa dan berhasil membawa MU merubah kedudukan dengan skor 3-2 setelah tertinggal 2-0. Lampard pernah berkata kalau pemain yang paling dia takuti adalah Keane. Lampard akan lebih memilih cepat-cepat memasing bola daripada harus berhadapan dengan Roy Keane.


9) Peter Schmeichel
The Great Dane. Keeper terbaik yang pernah dimiliki MU dengan fizikalnya yang tinggi besar dan aksi-aksi menyelamatnya yang spectaculer. Bermain dari tahun 1991-1999 untuk MU dengan total 292 pertandingan di Liga. Schmeichel di tahun 1992 dan 1993 terpilih sebagai “The World’s Best Goalkeeper”. Schmeichel juga mempunyai catatan clean sheet ratio yang paling tinggi dalam sejarah Premier League dengan 46% dari total bermain yang berakhir dengan tanpa kecacatan. Dia menutup karier di United dengan gemilang, meraih treble di tahun 1999 dan juga menjadi kapten di final Champions League melawan Munchen yang dimenangi MU dengan sangat dramatis. Aksi menyelamatnya ketika melawan Arsenal pada semifinal FA Cup di musim 1998/1999 mungkin yang paling banyak dikenal dan diingat orang. Dia mementahkan tendangan pinalti Dennis Bergkamp di injury time babak kedua yang membawa pertandingan ke extra time dan kemudian gol spectaculer Giggs membawa kemenangan MU.
10) Wayne Rooney

Pemain kelahiran 24 Oktober 1985 ini menjelma menjadi striker yang menakutkan. Penampilan ciamik bersama Manchester United, terutama musim 2007 & 2009, membuatnya sangat dibayangkan England untuk mengulang prestasi di Piala Dunia 1966 di negerinya sendiri.

Di kelabnya dengan kehadiran Cristiano Ronaldo membuat  Alex Ferguson amat teruja. Mereka selalu mengkucar kacir pertahanan lawan. Kelincahan, gelicikan, dan naluri pembunuh hampir selalu mencetak gol dalam setiap perlawanan.

Rooney dibesarkan di persekitaran  Liverpool's Croxteth district. Ia menghabiskan waktu kecilnya untuk main bola. Dia adalah pelapis Everton. Bekas pemain Everton, Duncan Ferguson adalah striker kegemarannya.

Pada usia sembilan tahun dia sudah berlatih di akademi Everton. Setelah itu, ia memperkuat Everton U- 15 dan 19. Pada Oktober 2002, ia merakamkan penampilan di Liga Primer Inggeris. Satu tendangan jarak jauh memberi Everton kemenangan atas Arsenal. Ia menjadi pencetak gol paling muda di Liga Inggeris.

Dia kemudian hijrah ke Manchester United dengan yuran perpindahan harga 26,5 juta euro. perpindahan ini setelah Rooney bermain di Piala Eropa 2004. Di kelab berjuluk Red Devil ia menjadi bintang dalam pembikinan dan menjadi pemain paling terkenal. Bahkan di bawah bimbingan Fabio Capello, Rooney mencetak gol sembilan gol dari 10 perlawanan. Paling produktif sepanjang massa.

Suami dari Coleen McLoughlin in terkenal tamperemental. Gaya mainnya gelicikan  membuat ia kerap cedera. Pada Piala Dunia 2010 di Jerman, ia cedera menjelang akhir perlawanan. Rooney adalah pengemar novel Harry Potter. Ia membaca seluruh buku karya JK Rowling tersebut.

Sumber Beberapa pemain : http://www.bolatotal.com

Tanda kebangkitan Manchester United


Wayne Rooney menjaringkan gol Manchester United menentang Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. - AFP 
 
LONDON - Robin van Persie dan Wayne Rooney berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol untuk membolehkan Manchester United mencatat kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace di laman sendiri semalam, sedikit sebanyak memberikan kerisauan buat pencabar lain yang juga untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Van Persie menjaringkan gol ketiganya musim ini pada masa kecederaan separuh masa pertama, selepas menyempurnakan sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil, Jon Moss selepas Kagisho Dikgacoi mengasari Ashley Young.

Crystal Palace ibarat jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila kekasaran tersebut menyebabkan Dikgacoi dilayangkan kad merah.

United berjaya menggandakan jaringan pada minit ke-81 menerusi Rooney selepas melakukan sepakan percuma dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gol lawan, Julian Speroni.

Rooney yang terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama skuad England kerana kecederaan kepala, melambaikan tangan kepada penyokong selepas menjaringkan gol pertamanya musim ini sekali gus memberi petanda bahawa dia masih setia bersama United.

Sebelum musim baharu ini bermula Rooney dihimpit dengan kontroversi untuk meninggalkan United dan dia dikaitkan akan berpindah ke Chelsea sebelum pasaran perpindahan pemain tutup.

Pemain yang baru dibeli sebelum pasaran perpindahan ditutup awal bulan lalu, Marouane Fellaini diletakkan di bangku simpanan sebelum dimasukkan pada separuh masa kedua untuk membantu pasukan menghalang serangan yang dilakukan Palace.

Kemenangan tersebut membolehkan United sekarang ini mengumpul tujuh mata daripada empat perlawanan pembukaan liga, manakala Palace yang baru dinaikkan daripada Liga Kejuaraan musim ini hanya mengumpul tiga mata. - Reuters

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Ahad, 8 September 2013

Fellaini optimis United kekalkan kejuaraan liga


FELLAINI (kiri) kini sedang sibuk membantu Belgium menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 dan dijangka akan membuat penampilan pertama bersama United hujung minggu ini.


LONDON - Pemain Manchester United, Marouane Fellaini percaya pasukan baharunya itu masih memiliki keupayaan untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana England pada musim ini.

Bintang Belgium itu muncul pemain kelima termahal dalam sejarah United sebaik melengkapkan perpindahan dengan yuran sebanyak £27.5 juta (RM142 juta) dari Everton pada minggu lalu.

Kini, Fellaini yakin bahawa United yang memenangi kejuaraan liga dengan kelebihan 11 mata pada musim lalu, masih berupaya mencabar kuasa besar Chelsea dan Manchester City dalam mengekalkan kejuaraan musim ini.

"Ia menjadi satu perkara sukar, setiap tahun adalah cabaran hebat buat pasukan besar tetapi saya fikir United memiliki kualiti untuk memenangi kejuaraan liga.

"Paling mustahak bagi saya adalah memenangi trofi dan beraksi lebih kerap bersama United," kata Fellaini.

Fellaini percaya beliau dapat menyesuaikan diri di Old Trafford dengan cepat namun dia dijangka bakal berjuang untuk merebut posisi dalam kesebelasan utama United.

Buat masa ini, Michael Carrick dan Tom Cleverley menjadi pilihan utama pengurus United, David Moyes manakala Anderson, Phil Jones dan Ryan Giggs muncul sebagai pemain alternatif kedua.

Tambah Fellaini: "Satu langkah yang besar untuk saya namun saya telah beraksi di England selama lima tahun. Saya mengenali liga ini dan saya tahu cara persembahan pemain di sini.

"Saya tidak fikir bahawa saya akan berdepan masalah nanti untuk beraksi bersama United." - Agensi

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my